Bab 16

2.1K 70 4
                                    

Minggu berganti munggi kini usia perkhawinan mereka telah masuk bulan ke 5. Hani Sofea gelisah. Termasuk hari ini sudah 2 hari dia tidak menerima apa-apa pesanan daripada Faiz Idham. Sudah cuba dihubungi, namun semuanya tidak dijawab. Dia bimbang jika ada sesuatu yang menimpa Faiz Idham. Ingin ditanyakan kepada kawan-kawan suaminya itu, dia takut jika rahsianya terbongkar, lagipun Faiz Idham ada memaklumkan yang rakan serumahnya Kamal pulang ke Malaysia setelah tamat peperiksaan. Faiz Idham tidak pulang kerana mahu menemani Hani Sofea yang sedang menjalani semester pendek. Jadi dia mengambil keputusan untuk pergi ke apartment suaminya malam ini juga. Memandangkan kini dia hanya tinggal bersendirian. Suraya juga telah selamat sampai ke Malaysia.

                                                                     ***

"Assalamualaikum.." Pintu diketuk.

"Assalamualaikum.." Sekali lagi salam diberi.

'Klak'

Pintu terbuka dari dalam. Wajah lemah Faiz Idham menyapa mata Hani Sofea. Melihat itu, Hani Sofea terus menyentuh dahi Faiz Idham yang ditampal cool fever.

"Awak demam?" Tanyanya.
anya anggukan yang dibalas.

"Erkk.. boleh saya masuk.." Hani Sofea meminta izin. Ini kali pertama dia berkunjung ke rumah lelaki. Dia agak kekok. Walaupun mereka suami isteri tetapi mereka jarang bertemu dan berada dekat begini.

"Masuklah." Tangan Hani Sofea dicapai. Pintu ditutup dan langkah kaki terus dibawa ke sofa yang ada diruang tamu.

Sampai saja disofa itu, Faiz Idham terus membaringkan dirinya.

"Saya tak larat." Katanya. Selepas solat tadi baru dia dapat melelapkan mata.

"Badan awak panas sangat ni. Dah makan ubat?" Tanya Hani Sofea setelah melihat plastik ubat yang ada di atas meja.

"Pagi tadi dah." Mata masih lagi dipejamkan.

Pagi tadi? sekarang saja sudah hampir pukul 9 malam.

"Awak duduk kejap, saya hidangkan sarapan. Saya ada bawa spaghetti." Langkah kaki terus diatur kedapur.

"Nah makan ubat pula." Ubat dihulurkan bersama secawan air. Sedah selamat sepinggan spaghetti carbonate di telah. Walaupun tekaknya sakit tapi dia gagahkan juga untuk menelannya. Dia sangat lapar, ada pula yang tolong suapkan jadi ada selera sikit untuk dia makan.

"Thanks." Ujurnya.

Terus saja matanya ditutup kembali. kepalanya masih berat.

Hani Sofea tidak sampai hati mehu meninggalkan suaminya bersendirian. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak pulang malam ini. Esok pagi-pagi setelah bersarapan dia akan pulang. Lagipun hari sudah larut malam untuk dia pulang.


Faiz Idham mula tersedar. kepalanya terasa sedikit ringan. Pandangan dihalakan kearah isteri nya yang sedang tidur sambil duduk ditepi sofa. Sepanjang malam Hani Sofea menjaganya. Hani Sofea menukar cool fever setiap 2 jam sekali. Jatuh kasihan dia melihat isterinya yang tidur dalam keadaan duduk begitu.

“Hani, bangun. Dah nak masuk subuh.”

Mata dibuka berlahan-lahan.

“Eh, sorry saya tertidur.” Tudung dikepala dibetulkan.

“Jom subuh sama-sama.”

                                                                   ***

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now