Bab 43

2.7K 111 14
                                    

Majlis telah berjalan dengan lancar. Ada tetamu yang sudah mula pulang. Faiz Idham juga mahu segera pulang. Dia penat. Siang tadi banyak juga kerja yang dia buat. Dan sekarang dia mahu berehat.

“Ma, pa. Am balik dulu tau. Penat.” Beritahunya.

“Kita balik sekali lah sayang, Papa pun dah penat sangat tu. Kesian papa.” Kata Puan Jasmeen.

“Jom ma, Dhina penat dah ni.” Fir Irdhina juga telah mula mengantuk.

“Auntie nak balik dah ke? Boleh tak Am hantarkan Lia balik. Tadi datang sini dengan Auntie.” Minta Dahlia.

Fir Irdhina hanya membuat muka meluat melihat Dahlia yang cantik memakai gaun labuh berwarna hitam dipadankan dengan selendang hitam juga.

‘Cantik tapi tulah gedik! Balik la sendiri. Ada Grab kan order je la. Mengadalah perempuan ni!’ Kutuk Fir Irdhina didalam hati.

I nak terus balik, you baliklah sendiri. Order Grab.”

“Am, hantarkanlah kesian Lia.” Pujuk Puan Jasmeen.

No! Am penatlah ma.”

“Please Am.”

Tiba-tiba saja Tuan Faizal muncul dari belakang.

“Am tolong hantarkan Dahlia balik. Papa nak drive jauh-jauh tak nampak sangat. Pak Ali tak ada malam ni.” Ucap Tuan Faizal. Dia yang akan memandu sebentar lagi. Fir Irdhina tidak tahu untuk membawa kereta besar begitu.

“Okaylah, cepatlah I nak balik sekarang.” Malas mahu berdebat dengan papanya.

“Jom kita balik sama-sama.” Kata Puan Jasmeen.

***

Perjalanan malam itu hanya ditemani oleh bunyi radio. Faiz Idham benar-benar letih. Pada awalnya Dahlia ada ajak berbual tetapi hanya dibalas sepi oleh Faiz Idham.

Keadaan jalan pada malam ini agak licin kerana hujan petang tadi. Sampai dikawasan sedikit berbukit Faiz Idham menambah kelajuannya.

Semasa menurun bukit, tiba-tiba dia rasakan yang brek tidak dapat di tekan. Dia agak kalut. Entah dimana silapnya dia sudah tidak dapat mengawal keretanya.

“Eh Am what’s happened?” Menyedari situasi itu Dahlia juga kalut.

“Am! Slow Am! Depan tu kereta Uncle…..”

"Oh my God... Oh my God... Oh my God..!

‘Bum!’

Kereta yang di pandu Faiz Idham menghentam kereta yang sedang dipandu oleh Tuan Faizal.

3 kali kereta mereka berpusing.

Kereta Faiz Idham terbabas merempuh pembahagi jalan, manakala kereta  Tuan Faizal merumpuh 2 batang pokok. Rempuhan yang kuat di yang kuat menyebabkan Dahlia dan Tuan Faizal tercampak keluar.

Puan Jasmeen yang berada di tempat duduk penumpang telah tersepit. Manakala, Fir Irdhina yang duduk dibahagian belakang juga sedikit tersepit. Tetapi dia masih sedarkan diri.

“Ma..ma.. pa.. pa..” Halus saja suaranya memanggil ibu bapanya. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Namun tiada apa-apa balasan dari Puan Jasmeen.

Manakala Faiz Idham juga telah tersepit di bahagian pemandu. Dia tidak sedarkan diri.

Orang ramai mula berhenti, untuk membantu. Keadaan di situ begitu tragis sekali. Darah dan seperpihan kereta pertaburan. Dahlia yang tercampak itu di bantu oleh orang ramai. Begitu juga dengan Tuan Faizal. Masing-masing tidak  sedarkan diri.

Fir Irdhina masih lagi memanggil mamanya.

“Ma..ma..”

“Eh ada yang hidup lagi, dekat belakang ni.” Terdengar suara orang awam yang sedang memeriksa keadaan kereta Tuan Faizal.

“Ni, tolong belakang ni apa perempuan, masih bernyawa.” Mereka sedaya upaya membantu.

“To..long.. to..long..” Sakit ditangannya sukar digambarkan.

“Cik betahan ya. Sekejap lagi ambulance dengan bomba datang. Bersabar ya cik.” Kata seorang lelaki. Dia antara yang terawal melewati kawasan ini selepas kemalangan berlaku.


Hani Sofea sedang menyusukan Sarah Khalisa. Anaknya itu terjaga dan menangis kuat. Puas dia pujuk akhirnya terdiam saat dia memberi susu.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk.

“Ya. Sekejap.” Sarah Khalisa yang sedang tidur itu di letakkan perlahan-lahan. Risau sekiranya dia menangis lagi.

“Fea, Mak Ita risaulah. Mereka ni tak balik-balik lagi. Dah dekat  pukul 2 pagi ni.” Kata Mak Ita.

Dari tadi dia menanti kepulangan majikannya. Namun sehingga kini tidak sampai-sampai.

“Mak Ita, ada call Dhina ke? Tanya? Mungkin mereka habis lewat tadi.” Hani Sofea cuba untuk menenangkan Mak Ita.

“Pukul 12 tadi Dhina bagitahu dia nak balik dah. Tapi sampai sekarang tak sampai lagi. Apa jauh sangat ke hotel tu dengan rumah ni?” Tanya Mak Ita.

“Eh tak ad lah jauh sangat, dekat juga. Sekejap saya call Dhina kot, kereta rosak ke.” Hani Sofea cuba mengusir fikiran negatif didalam otaknya.

Nombor Fir Irdhina didail.

“Hello, Dhina..”

“Hello, Cik ni kakak mangsa ke?”

“Eh, ini phone adik ipar saya. Di mana adik saya.” Hani Sofea sudah tidak senang duduk apabila mendengar perkataan ‘mangsa’.

“Begini Puan, saya Hakim dari pihak hospital yang jaga barang-barang mangsa kemalangan ni. Adik ipar Puan dan keluarganya kemalangan. Sekarang mereka ada di PPUM. Saya rasa elok cik datang untuk sekarang untuk uruskan urusan tuntutan jenazah dan urusan mangsa yang lain.” Terangnya. Tadi dia telah menghubungi ahli keluarga dari mangsa yang meninggal tetapi mereka tidak mahu menguruskan urusan tuntutan jenazah seperti yang diarahkan. Jadi mereka kalut mencari nombor ahli keluarga yang lain.

“Ya Allah. Jenazah siapa ya? Berapa orang yang meninggal..” Tanya Hani Sofea. Badannya menggigil.

Mak Ita di sebelah telah terduduk lemah.

“2 orang Puan. Seorang lelaki dan seorang perempuan.”

“Allah..” Hanya itu yang keluar. Dia sangat terkejut. Badannya menggigil.

“Bersabar ya Puan. Menurut daripada maklumat yang ada jenazah pertama ialah Fizal Ahmed bin Ali Ahmed. Jenazah yang kedua ialah Dahlia Ann binti Mohhen Young. Puan perlu datang untuk proses pengecaman jenazah.” Jelas Hakim.

“Baiklah sekejap lagi saya sampai. Boleh saya tahu bagaimana dengan adik ipar saya?”

“Adik ipar Puan perempuan ke?”

“Ya.”

“Adik ipar Puan, sedar dia cedera teruk pada bahagian tangan. 2 lagi mangsa 1 lelaki 1 perempuan masih tidak sedarkan diri.”

“Baiklah terima kasih. Sekejap lagi saya sampai.” Panggilan terus diputuskan.

“Ya Allah, Mak Ita. Mereka kema..langan. Tuan Fai..zal dan Dah..lia dah tak ada.” Mereka berpelukan melepaskan tangisan masing-masing.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now