Part 3

4.7K 153 1
                                    

4 tahun berlalu

Saat pintu automatik itu terbuka, segera dia menolak troli bagasi melepasi pintu itu. Dia berhenti di tengah laluan lalu mendepakan tangan.

"Tanah air ku...Ya Allah rindunya bau Malaysia.."Kelakuannya mendapat perhatian orang sekelliling. Tapi ada dia kisah? 4 tahun tak balik wooo....
Handphone miliknya dikeluarkan, ikon kamera ditekan. Setelah itu beberapa gambar diambil untuk dimuat naik ke instagram.

"Letak caption sikit.....Malaysia Here I Am....Gittuuuww!"Setelah memuat naik gambar tadi, dia memerhati keadaan sekeliling. Mana family aku ni? Takkan lupa nak ambil aku kut!

Nombor telefon ayahnya dicari, belum sempat dia mahu membuat panggilan. Tiba-tiba dirinya dirempuh dari belakang. Tercampak handphone yang dipegang.

"Sorry..."Ucap lelaki yang melanggar dirinya. Okay, minta maaf tu dah betul..Yang tak betulnya, dia main blah macam tu je. Skrin handphone aku retak weh....Kuansem punya malaun.

"Woii!"Dia yang sedang berdiri itu, menoleh ke arah ku.

Lelaki itu menunjuk jari telunjuk ke arah dirinya. Me?

"Hah! Yelah kau..Siapa lagi...Tengok apa kau dah buat dengan handphone aku!"Aku menunjukan handphone ku depan mukanya.

Kerek la mamat ni, dalam airport yang teduh ni pun nak pakai shade. Kau dah kenapa nyahh?

"So?"Balasnya.

Wahhhh! Boleh dia tanya So?

"So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi.

"Excuse me, I...."

"Daddy!!"Jeritan suara kanak-kanak mengalihkan pandangan kami.

Aku pandang sepasang kanak-kanak itu berlari menuju ke arah lelaki yang melanggar dirinya tadi. Huish! Muka muda lagi tapi dah ada anak rupanya. Aku segera menjauhi lelaki tersebut.

"How are you, babies? Miss me?"Lelaki tadi sudah melutut untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut. Setelah itu muncul pula seorang lelaki dan wanita yang agak berusia serta seorang perempuan yang dalam linkungan 20-an.

Aduhhhmakkk! Family bonding ke apa ni? Habis, handphone aku ni macamana? Tak manis pula kalau aku tuntut dengan mamat ni sekarang. Hish!

Ting!

Satu pesanan masuk. Aku membuka aplikasi whatsapps itu.

"Kami tunggu dekat parking ni, malas la nak sambut kakak depan pintu masuk." -Adleen-

Menyirap sahaja darahnya apabila membaca pesanan yang dihantar oleh adiknya itu. Dia tak tahu ke aku banyak benda nak bawa ni. Dasar adik tak kenang budi. Macam ni kau balas jasa aku yang jaga korang masa kecil? Aku la yang tolong basuhkan berak korang tahu tak? Macam ni korang balas? Siap kau!

Handphone dan lelaki tadi dipandang. Hish! Aku maafkan kau malaun. Mujur ada family kau je. Dia lantas menolak troli bagasi meninggalkan ruangan tersebut. Kereta yang dibawa adiknya dicari. Tuah apa entah yang kena dekat adiknya sampai dapat parking yang berhampiran dengan pintu masuk. Nasib baik dekat, kalau tak memang aku rejam dua ekor ni.

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now