"Ma.."
"Ye Syaf?"Pagi itu..Setelah menghantar suami untuk pergi kerja dan kembar untuk ke sekolah dari laman rumah. Dia menghampiri mentuanya yang sedang merawat pokok-pokok bunga ros. Mama ni memang suka ros kut. Penuh halaman ini dengan bunga ros.
"Syaf ingat nak bawa lunch ke office abang la hari ni..."
"Hah...Elok la tu...Syaf pun tak pernah jejak lagi kan ke office Aydeen?..."
Aku angguk..Yup! Sepanjang 7 bulan kahwin ni. Mana pernah dia ambil tahu tentang syarikat suaminya itu.
"Apa lauk favourite abang ma?"
"Aydeen ni bukan cerewet pun bab makan. Apa yang mama masak, semua dia makan..Tapi kalau mama masakkan dia sambal tumis udang dengan gulai lemak ayam..Bertambah nasi..."
"Iye?..Mama ajar Syaf masak lauk tu, boleh?"
"Boleh sayang...Jom lah bersiap, kita pergi pasar beli bahan-bahan....Ajak Mak Jah sekali.."Aku angguk lalu masuk ke dalam rumah. Sempat juga aku pesan kepada Mak Jah pesanan mama..
.....
Tok! Tok!
"Masuk.."Matanya yang masih tekun menghadap tablet dan langsung tidak berkalih ke arah pintu.
"Yes Wina? Anything you want to update me?"Namun tiada balasan dari orang disana.
"Wina?"Sayf Aydeen mengalihkan wajahnya ke arah susuk itu.
"Suprise!!!"
"Reen..."Terkejut dia. Tak sangka isterinya itu datang ke sini. Dia bangkit dari duduk lalu isterinya itu dia hampiri.
Tangan suaminya itu dia pegang lalu dia salam.
"Reen buat apa dekat sini?"
"Saje...Reen nak lunch dengan abang..."
"Ouhh okay...Sekejap abang kemas-kemas...Duduk la dulu.."
Belum dia nak kembali ke meja, lengannya dipegang."Kemas-kemas nak pergi mana?"
Tanya Syafa Adreen."Lunch la...Reen datang nak lunch dengan abang kan?"
"Tapi Reen nak lunch dengan abang dekat dalam office ni.."
"Ouhhh....Okay faham....Reen nak makan apa? Abang order grab food.."
"Tsk...No lah abang...Takpayah nak order ke apa....Tengok ni!"
Dia menunjukkan beg kertas yang dipegang."Apa tu??"
"Sinilah buka..."Sayf Aydeen duduk di salah satu sofa di situ.
Tupperware?
"Reen masak?"
Syafa Adreen angguk laju.
"Reen masak dengan mama..
Lauk favourite abang tau..!"Sayf Aydeen segera membuka penutup tupperware itu. Semerbak bau gulai dan sambal tumis di ruangan kerjanya.
"Wow! Lama abang tak makan sambal tumis udang..."Dia pandang isterinya..
"Thanks sayang..."Wajah isterinya itu dielus.
"Welcome....Dah masuk lunch ke? Kalau dah, jomlah makan..."
"Sekejap...Sayang datang dengan apa?"
"Pak Karim hantarkan..."
"Good...Nanti balik dengan abang ye...Tapi Reen tunggu sekejap, takpe kan?"
Aku angguk...Tunggu dia beribu tahun pun aku sanggup...
Cewahh..."Abang nak makan?"Tanyaku. Nasi sudah aku buka penutupnya.
"Sayang suap boleh?"Tak salah kan nak bermanja dengan isteri? Janji bukan isteri orang..Huhuhu
"Amboi! Mengada mengalahkan anak-anak..Diaorang pun pandai suap sendiri.."Aku mengaut nasi ke dalam pinggan..
"Sekali-sekala takpe kan? Mengeratkan ukhuwah..."
"Ye..Ye je...Baca doa, Reen suapkan baby besar ni..."Aku dah tadah tangan..
Setelah itu kami makan secara bergilir-gilir. Habis satu mangkuk nasi yang aku bekalkan dari rumah. Sedar tak sedar aku pun berselera makan bersuap begini.
....
(Sayf Aydeen POV)
"Wina..."Aku menghampiri meja setiausaha ku.
"Yes bos? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
"Saya taknak diganggu.. If ada yang betul-betul urgent je baru inform saya..Selain daripada itu, leave it for tomorrow.. I will check it later...."
"Baik bos.."Aku kemudian masuk ke pejabat ku semula. Aku lihat si dia yang duduk di sofa itu tersenyum ke arah ku.
"Sayang dah siap?"
"Dah...Abang nak solat ye?"
Aku angguk lalu lengan kemeja aku sinsing hingga siku. Tali leher juga aku buka.
"Reen duduk la dulu ye...Lepas abang settle kerja, kita balik..."
"Okay abang...Reen ikut je..."
Aku masuk ke dalam bilik air yang memang tersedia di pejabat ku ini.
Apabila selesai solat zohor aku memandang ke arah sofa panjang. Satu susuk sedang baring di situ. Aku berjalan menghampirinya.
"Kesian isteri abang..Sampai tertidur...Penat masak untuk abang ye?"Aku mengelus lembut rambut isteri ku itu. Sengaja aku menyuruh dia membuka tudung. Biar isterinya itu selesa sedikit.
Terima kasih ya Allah, hadirkan penyeri dalam hidupku semula. Takkan ku siakan dia lagi..Dahi isterinya itu dikucup. Dia bangkit lalu berjalan ke arah meja kerjanya. Dia kena siapkan cepat semua kerja supaya mereka boleh balik awal.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...