Part 37

4.5K 137 0
                                    

2 bulan seakan cepat berlalu. Tak banyak yang berubah dalam hidup aku sebagai isteri kepada Sayf Aydeen. Tapi layanannya tak pernah berkurang untuk aku. Sentiasa mengambil berat akan diri aku.

Esok anak-anak akan mula bercuti. Agak lama juga.
2 minggu... Cuti pertengahan tahun. Balik sekolah semalam, riuh mulut kembar itu merangka aktiviti untuk percutian mereka.

Aku dan Sayf Aydeen hanya mendengar sahaja. Tak mungkin kesemua impian mereka tercapai kerana Sayf Aydeen masih bekerja. Aku faham.

"Ibu..."Panggil Raina..

"Ye sayang?"Waktu itu kami baru sahaja selesai solat isyak. Kami rehat sekejap di ruang tamu sambil melayan cerita. Mama dengan papa ada event malam tu. Tinggalah aku, Sayf Aydeen dan kembar sahaja di rumah.

"Ibu ada village?"

"Erm.....Ada..Why?"

"Wow..Serius?"Sampuk Raikal..

"Kenapa excited sangat ni?"Aku mengelus rambut mereka berdua.

"Kami tak pernah ada kampung kan Raina? Best tak kampung ibu?"

"Ye ke? Opah takda kampung ke?"Maklumlah. Tak banyak juga aku tahu tentang keluarga ini.

Raikal dan Raina hanya menggeleng.

"Kampung ibu ada sungai?"
Raikal bertanya lagi.

"Ada...Sejukkkkk sangat...Best..."

"Bestnya....What is sungai ibu?"
Eh..Eh..Budak Raina ni...Dah cakap best lepastu tanya pula.

"Eeeeiii...Sungai pun tak tahu ke? River la river.."Balas Raikal. Nak buat macamana adik dia sorang ni lidah minah saleh sikit.

"Ouuhhhhh...I know la river...Huh!"Siap berflip lagi rambutnya..

"Dah...Dah...Takmau gaduh-gaduh.....Kenapa anak ibu tiba-tiba tanya ni?"

"Kawan kami cerita yang minggu lepas dia balik kampung....Dia kata seronok mandi sungai...
Raikal jealous la ibu....Boleh tak ibu bawa kami pergi kampung ibu?"

"Betul...Betul...Betul..."Sahut Raina pula.

"In sha Allah..Nanti kita ajak daddy balik ye....Dah...Time to sleep....Pergi masuk tidur...."Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam... Sedar tak sedar, lama juga kami berborak.

"Aip...Aip..Captain...Selamat malam ibu, Assalamualaikum..."
Mereka berdua bergilir-gilir menyalam dan mencium ku...
Memang rutin harian mereka kalau nak tidur..

"Selamat malam...
Waalaikumusalam..."Pandangan ku mengekori langkah mereka naik ke tingkat atas. Apabila mereka berdua lesap, aku berdiri dan menekan punat off televisyen.

Kaki ku melangkah ke arah dapur. Terasa nak buat air untuk cik suami. Sayf Aydeen macam biasa, lepas sahaja makan malam dan solat isyak, mesti dia akan bertapa dalam bilik kerjanya sampai pukul berapa pun aku tak tahu.

Bukan tak pernah aku menunggu dia di dalam bilik tapi tetap juga aku akan terlelap. Syukurlah, bila bangun pagi. Dia ada baring di sisi aku. Takdalah aku syak yang bukan-bukan.

Mug yang bertulisan 'I Love You' itu aku ambil. Aku perasan yang lelaki ini gemar benar minum air kopi. Setiap kali waktu sarapan wajib ada secawan kopi untuknya. Tapi takdalah aku nak buat air kopi untuk dia malam ni. Tak boleh tidur pula suami aku itu. Aku cadang nak buat air coklat panas untuk dia.

Setelah siap bancuh, aku matikan lampu dapur dan menuju ke bilik kerja beliau. Bilik kerja lelaki ini di tingkat bawah sahaja. Agak jauh dari ruang tamu. Saat sampai di depan pintu bilik itu, aku perasan yang pintu bilik tidak bertutup rapat. Baru sahaja aku nak ketuk pintu, niat aku terbatal apabila terdengar suara seseorang bernada sayu.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now