Part 4

4.4K 149 0
                                    

"Daddy looks, I got a new toys.."Ujar Raina. Anak perempuannya ini memang manja sikit. Anak bongsu la katakan.

"Eleh, abang also got a new one la...Kan opah?"Raikal memandang Puan Sri Faridah.

"Ye..Cucu-cucu opah semua dapat mainan baru. Dah jom, kita ajak daddy balik.."Balas Puan Sri Faridah.

"Siapa bagi?"Tanya Sayf Aydeen.

"Acu!!"Balas anak kembar itu serentak. Mereka berlari mendapatkan makcik mereka yang duk berdiri tu.

"Thanks Fea, jagakan anak-anak along.."Adik perempuannya itu dihampiri. Lalu tubuh kecil itu dipeluk sayang. Dia hargai pengorbanan ahli keluarganya dalam membesarkan kembar itu selama 4 tahun ini. Dia tahu dia agak selfish, tapi ini untuk kebaikan dia dan anak-anak. Dia perlu kuat untuk masa depan anak-anak...

Dia taknak terus hanyut dengan diri sendiri, dia perlu cari kekuatan untuk besarkan amanah Allah itu. Alhamdulillah, 4 tahun di US, banyak mengubah dirinya. Dia temui semangat baru ketika menetap di sana.

"Not a big deal brother..Mereka pun anak saudara Fea..."Dia simpati dengan nasib alongnya. Tak salah dia korbankan sikit masa untuk jaga anak-anak buahnya. Darah dagingnya juga. Arwah kakak iparnya anak yatim piatu. Jadi semua hak jagaan dibawah tanggungjawab Sayf Aydeen 100%.

"Dah la jom kita balik. Boleh bersembang lama sikit."Ujar Tan Sri Yusuf yang dari tadi hanya senyap memerhati. Dia lega anak sulongnya sudah pulang. Dia harap kepulangan ini menjadi satu titik baru untuk anaknya itu. Orang tua mana yang tak sedih melihat semangat anaknya hampir hilang?

"Sekejap..Along ada something nak selesaikan..."Baru dia teringat yang tadi ada perempuan yang bercakap dengannya. Pusing sahaja ke belakang, kelibat tersebut sudah tiada. Aik!

"Errr...Mama dengan papa ada nampak tak perempuan yang berdiri belakang along tadi?"

Tan Sri Yusuf serta Puan Sri Faridah memandang sesama sendiri. Aik! Bawa balik calon menantu ke anak kita ni?

"Siapa long? Bakal kakak ipar ke?"Ainin Sofea sudah tersenyum kambing. Tak salah kalau abangnya itu mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi. Abangnya itu masih hot apa walaupun duda.

"Nope..Jangan nak mengarut..
Tadi along terlanggar dia...Skrin handphone dia pecah, dia nak minta ganti la kut...Ni hilang pulak dah..."

"Hish! Kamu ni... Kawasan ni punyalah besar, nak dilanggar juga anak orang.."Puan Sri Faridah mula membebel.

"Along tak sengaja la mama.... Along dah minta maaf tadi.."
Sekali lagi dia memerhati sekitar kawasan airport tersebut. Memang takde. Hurm! Serba salah pula dia rasa.

"Ada?"Tanya Tan Sri Yusuf.

Sayf Aydeen hanya menggeleng. Bukan rezeki kau lah wahai perempuan. Aku nak ganti dah skrin tu, kau pula hilang...

"Takpelah..Kalau ada rezeki dia nanti..Berjumpa la kamu berdua....Dah, mari balik...Jom cucu-cucu atok kita balik.."Dia dihampiri kedua-dua cucunya. Lalu tangan kiri serta kanannya dipegang.

"Let's go atok!"

.....
TBC
.....

Next week okey?
😁😁

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now