"Kak Syaf dah siap solat?"Raikal berdiri di pintu bilik. Bilik ini diberikan untuk aku guna buat solat dan rehat. Aku yang masih dalam telekung memandang Raikal dan tersenyum.
"Dah sayang, why?"Dia menghampiri aku lalu duduk bersila di depan aku.
"Esok ustazah nak dengar Raikal baca surah Al-Asr..Kak Syaf boleh tolong Raikal semak?"Dia telah membuka muqadam dan surah yang disebut tadi.
Bagi pandangan dia, Raikal seorang yang matang sebelum usia. Dia memang tunjuk sisi dia sebagai seorang abang. Simpatinya semakin tinggi saat dia teringat yang Raikal dan Raina tidak dapat merasai belaian dan kasih seorang wanita yang bergelar ibu.
Apa yang ada dalam fikiran anak di usia begini? Rindukah dia pada ibunya? Perasaan apakah yang hadir dalam diri anak-anak ini terhadap ibu mereka?
Melihat anak-anak ini membuatkan rasa syukurnya semakin bertambah kerana dia masih dapat merasai belaian ibu dan ayah. Allah masih pinjamkan dia anugerah yang tak ternilai itu sehingga hari ini.
Dan dia berdoa agar Allah masih panjangkan umur mereka semua untuk terus bersama hingga jannah.
"Boleh sayang..."Aku membalas sambil memegang pipi kanan Raikal. Dari hari pertama dia bekerja di sini sehingga saat ini.
Kasih dan sayangnya mula tumpah buat si kembar ini. Walaupun bukan darah dagingnya tapi dia sayangkan mereka seperti darah dagingnya sendiri. Mungkin naluri seorang ibu itu datang saat menjaga mereka. Dia kan perempuan..
"Thank you Kak Syaf..You are the best ever.."Ujar Raikal.
"Amboiii...Melambung puji akak...
Ada apa-apa ke?""Takdalah...Raikal ikhlas puji akak..."
"Okaylah..Thank you..."Aku gosok kepalanya.
Baru sahaja nak mulakan bacaan surah An-Asr itu. Satu suara menerjah pula.
"Kak Syaf...Me too..."Dia menunjukkan muqadamnya pada Syafa Adreen. Lantas senyuman manis melebar di bibir merah itu.
"Boleh sayang, come join us.."Aku menepuk ruang bersebelahan dengan Raikal. Menjemput Raina duduk di situ.
Mereka bertiga mula mengalunkan bacaan surah itu bersama-sama. Dia kagum dengan kembar ini, walaupun masih kecil, ilmu agama mereka sangat baik. Itu mungkin satu hal yang dia suka terhadap daddy mereka. Sentiasa menerapkan tentang agama buat anak-anaknya.
Tanpa mereka sedar, ada susuk berdiri di balik pintu bilik itu. Dia pulang awal ke rumah hari ini kerana kebetulan dia ada meeting di kawasan berhampiran rumah. Masa mahu menuju ke bilik, dia nampak Raina baru sahaja masuk ke bilik ini. Niat ingin menegur anaknya itu, tapi sekarang niatnya mati begitu sahaja.
Kaki juga mati dari melangkah kerana masih terpaku di depan pintu bilik ini. Mendengar anak-anaknya membaca ayat al-quran bersama wanita itu.
Entah kenapa ada rasa nyaman menyelinap dalam diri. Tak salah mama memilih wanita ini menjadi babysitter anak-anaknya. Anak-anaknya itu juga selesa dengan Syafa Adreen.
Dia berdiri agak lama disitu sambil berbicara dengan hati sendiri dan dia tersedar pun saat pintu dibuka dari dalam. Kerana bukaan pintu yang luas itu, matanya tertacap pada susuk yang sedang melipat telekung itu.
Matanya terus terbuntang. Bukan telekung itu yang membuatkan matanya terbeliak tetapi orang yang melipat telekung itu.
"Daddy?"Suara Raina menyedarkan dia dan juga orang di dalam sana.
"Encik!!"Segera dia menggagau kain telekung untuk menutup kepalanya yang kosong tanpa hijab itu.
"Arr..Err...Daddy naik bilik dulu.."Segera dia membawa kaki laju pergi dari situ. Sungguh dia takda niat nak terjah privasi Syafa Adreen tapi tadi dia juga dibawa perasaan. Sungguh dia tak sengaja.
Syafa Adreen mengeluh. Sungguh dia tak jangka akan berlaku begini. Mahkotanya dilihat oleh lelaki bukan mahram. Ya Allah, sungguh aku tak sengaja. Ampunkan aku ya Allah.
"Raina..Next time, please don't open the door too wide, okay?.."
"Okay Kak Syaf..."Dia dan Raikal segera berlalu dari bilik itu. Pintu juga sudah tertutup rapat.
......
Kereta berjenama Mini Cooper itu baru sahaja melepasi pagar rumah agam ini. Dia memerhati sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangan kemudian dia mengeluh. Dia berjalan meninggalkan balkoni itu. Birai katil dia duduki. Kejadian beberapa minit lepas kembali masuk ke dalam mindanya.
Tipu kalau dia tak terpukau dengan keadaan Syafa Adreen tanpa sehelai kain yang menutupi rambutnya. Rambut lurus paras bahu itu mengganggu fikirannya.
"Astaghfirullah...."Dia beristighfar. Sedar dia sudah tergelincir dengan godaan syaitan kerana terus membayangi susuk Syafa Adreen tadi.
"Tak...Tak...Bie takkan khianati sayang...."Dia menggapai tuala lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia nak solat, semoga Allah jauhi dia dari bisikkan syaitan yang semakin kuat menghasut.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...