Part 21

4.1K 140 3
                                    

Hujung minggu dah habis, kini isnin membuka tirai. Macam biasa, Syafa Adreen akan masuk kerja hari ini. Sampai sahaja di perkarangan rumah Puan Sri Faridah ini, kereta berjenama Mercedes itu juga turut masuk. Macam sudah boleh agak gerangan pemilik kereta tersebut. Aduhhh!

"Kak Syaf!!"Turun sahaja dari kereta. Si kembar itu terus melulu ke arah ku. Macam tak jumpa bertahun gamaknya. Padahal 2 hari je pun..Setelah itu terasa kedua belah kakiku dipeluk erat.

"Miss me?"Tanyaku..

"A lot!"Jawab mulut kecil ini. Hailah, siapa yang tak cair dengan telatah mereka berdua ini? Aku gosok kepala Raikal dan Raina.

"Ehem!"Kepalaku diangkat dan susuk tegap badannya menyapa pandanganku. Sihat dah kut mamat ni, dah boleh pergi office tu kira sihat la kan?

"Seminggu ni aku half day....So seminggu ni aku akan balik waktu macam ni..."Kaki dia belum sembuh sepenuhnya. Masih terhincut kalau berjalan. Ini pun pakai sandal je pergi kerja. Nak work from home, tapi banyak pula benda nak kena urus di office.

Syafa Adreen telan air liur. Dah kenapa nak inform aku bagai? Suka hati dia lah nak balik bila pun..

Namun, atas sebab malas nak pajangkan cerita. Aku angguk sahaja.

"Jom masuk mandi..Nanti kita boleh lunch..."Ujarku kepada si kembar..

"Jom!!"Kami bertiga beriringan masuk meninggalkan si dia keseorangan di perkarangan rumah ini. Pandailah dia masuk sendiri. Rumah dia kut..

......

"Akak kira sampai 10 je tau...
Lambat menyorok, korang pula jadi.."

"Alright Kak Syaf.. Cepat kira..."Sahut Raikal.

"Lagi satu...Jangan keluar lebih dari kawasan ruang tamu ni...Siapa lebih dia kalah..!"

"We know that Kak Syaf.."Balas Raina bosan. Mungkin sebab aku duk cakap benda sama banyak kali. Hahahahaha...

Dengan mata yang dibalut sleeping mask, aku duduk mengira sehingga 10. Inilah kerja aku, kalau tak mengajar budak-budak ni kerja sekolah, aku yang dikerjakan... Nasib baik aku ada mood nak main sembunyi-sembunyi hari ini.

"10...Are you guyss ready?.....I'm coming.."Perlahan-lahan dia meraba sekeliling. Sudahlah penglihatannya terbatas..

Betisnya tiba-tiba melanggar sesuatu, dan dia yakin dia kini berada dekat dengan sofa. Telingannya menangkap bunyi ketawa halus disitu. Gotcha!

Dia terus meraba sofa tersebut sehinggalah dia teraba sesuatu yang agak lain teksturnya dari cushion sofa. Apa ni?

Terasa ada bulu kasar serta angin yang panas menyentuh tapak tangannya.. Apa benda aku pegang ni? Dia menaikkan sleeping mask. Mahu terbuntang matanya saat dia nampak apa yang dia pegang. Tapak tangannya masih lagi kaku pada objek tersebut..

"Done touching on me?"Segera dia menapak ke belakang. Apa objek ni buat dekat sini?

"E...Encik buat apa dekat sini?"Tahulah apa yang dia pegang tadi adalah wajah lelaki ini.

"Rumah aku...Takkan aku tak boleh duduk sini?"Sengaja dia duduk di situ, tak sangka pula yang gadis ini akan sampai ke sofa ini. Sofa ni dah jauh dari ruang tamu. Dari mula mereka bermain, dia duduk situ memerhati gelagat masing-masing.

"Maa...Maaf...Saya tak sengaja..."Baru nak berpaling.. Tanganku disambar.

"Kau suka ambil kesempatan eh? Dua kali kau raba aku Reen!"

"Tak...Encik tak!..Sumpah saya tak sengaja..."Aku cuba melepaskan pegangannya..

"Lepaskan saya encik!"Tak manis kalau keadaan itu dilihat oleh seisi rumah ini. Boleh jatuh fitnah. Dia yakin yang lelaki ini tiada di rumah tadi, kerana kereta tiada di porch. Kenapa boleh muncul tiba-tiba?

"Kalau aku taknak lepas? Kau nak buat apa?"Dia pun taktahu apa yang merasuk dirinya sekarang.

Tiada cara lain...Matanya berpusat kepada kaki lelaki itu.

"Arrggh!!"Terjerit Sayf Aydeen saat Syafa Adreen memijak kuat kaki kanannya. Terduduk dia di atas sofa. Kaki kiri baru aje nak sembuh, sekarang kaki kanan pula kena pijak!

"Reen!"Susuk yang menyelinap ke ruangan dapur itu dia pandang tajam...Kau tunggu nasib kau!

"Why daddy? Why are you screaming?"Raina yang menyorok di balik dinding itu keluar dan menapak ke arahnya.

"Nothing....Semut gigit kaki daddy..."Laju mulutnya memuntahkan alasan.

....
TBC
....

I give u extra tonight....Hehehehe..
🤭🤭🤭

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now