Part 72

4.2K 122 1
                                    

"Abang..Abang ingat tak dulu abang jatuh parit sebab duk kejar ayam nenek..."

"Hish....Syaf ni, benda lama kut. Tak payah la duk ingat..."

"Hahaha....Comot gila abang waktu tu....Semua taknak dekat dengan abang...."Syafa Adreen menutup hidung.

"Cakap baik sikit eh..Itu parit air dia mengalir tau, bukan busuk pun.."

"Eleh, duduk semeter pun orang boleh bau..."

"Eeee...Nek tengok cucu nenek ni....Membahan orang nombor satu..."

"Kamu berdua ni memang...Pening la kepala nenek dengar...."

Setelah selesai terawih tadi, kami duduk di ruang tamu ini sambil moreh. Nenek buat pengat pisang hari ini. Sedap gilerr.. Cair je dalam mulut.

"Kamu jangan terkejut Deen dengan budak berdua ni..Memang macam ni dari dulu. Semua benda mereka bedal, panjat pokok, mandi parit..Kalau tak kena piat telinga sehari tak sah gamaknya.."

"Dulu la nek..Sekarang Syaf dah jadi perempuan sejati...Dah jadi isteri dah pun..."Akui ku.

"Eleh...Pegi lah..."Balas Ashraf.

"Eleh abang dengki la tu...."

"Kamu semua bersembang la ye...Nenek dengan atok nak masuk tidur dulu..."

"Okay nek.."Balas ku.

"Reen..Abang masuk dulu..."Setelah Nek Kalsom meminta diri, Sayf Aydeen juga turut bangun.

"Okay.."Tersentak Sayf Aydeen. Dari bangun rasa macam nak duduk balik. Itu je dia balas?

"Anak-anak tidur dah?"Soal Sayf Aydeen.

"Dah...Awal diaorang tidur..Penat sangat agaknya..."

"Hhmm okay...Reen taknak masuk?"

"Sekejap lagi kut..Nak sembang sekejap..."

"Aku pinjam isteri kau kejap bro...Lama tak jumpa, lepas rindu sekejap...Boleh kan?"

Mahu meletup sahaja lava yang tengah menggelegak dalam hatinya sekarang ni. Suka-suka hati nak pinjam isteri orang.. Ingat isteri aku ni barang agaknya...Mamat ni aku perhati je dari tadi....

Sayf Aydeen hanya tersenyum hambar lalu menapak menjauh ruang tamu itu.

.....

Dalam pukul 11 malam, baru isterinya masuk ke bilik. Dia sedar, dan bukannya dia tidur pun. Cuma mata sahaja terpejam. Gila dia nak tidur kalau isteri duk menyembang dengan lelaki lain dekat luar. Bukanlah dia tak percaya dekat isterinya tapi rasa tak nyaman itu tetap ada. Macam ni la kut isteri aku rasa time aku borak sakan dengan Lisa dulu. Hurm...

Terasa sisinya tenggelam menandakan isterinya itu sudah ambil tempat disebelahnya.

"Good night, I love you abang.."Terasa dahinya dikucup sekilas. Jiwanya yang terasa tak tenteram tadi terus bertukar nyaman. Apa la sihir kau guna ni Reen..Haih...Selepas itu dia rasa pinggangnya dipeluk erat oleh Syafa Adreen.

Tanpa menunggu lama, dia juga turut membalas pelukkan isterinya. Mereka berdua tidur berpelukkan.

"I love you too sayang...Forever..."Dia tahu isteirnya itu tak dengar tapi tetap juga dia nak balas.

....

TBC

....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now