"Kak Syaf tak datang ke opah?" Tanya Raikal. Dia sudah dibenarkan keluar dari hospital. Suhunya sudah turun.
"Errr...."Puan Sri Faridah memandang anaknya.
"Kak Syaf datang nanti sayang...
Don't worry okay?"Balas Sayf Aydeen."Betul ni? Daddy tak tipu Raikal?"
Sayf Aydeen hanya mengangguk. Sudah berpuluh kali dia menelefon gadis itu. Langsung tak berjawab.
Apabila Raikal sudah masuk ke bilik tidurnya, dia merapati Puan Sri Faridah.
"Ma...I need your help..."
"Apa lagi along..Kan mama dah cakap, mama taknak masuk campur lagi....Pandai-pandailah kamu selesaikan.."
"Ma..Kali ni je...Tolonglah...Along nak minta nombor telefon Aunty Roslina....Along janji akan selesaikan semuanya.."
"Make sure kamu bawa Syaf tu balik ke rumah kita semula.."
"Promise..."Apa pun yang jadi. Dia tekad dengan rasa hatinya.
.....
"Hello, siapa ye?"
"Assalamualaikum aunty...Saya ni, Aydeen.."
"Waalaikumusalam, Eh!...
Aydeen....Kamu apa khabar, sihat? Lama tak jumpa kamu dengan anak-anak..""Alhamdulilah saya sihat...Aunty dengan uncle sihat?"
"Alhamdulillah, semua sihat sahaja.."
"Err...Aunty..Saya ada hajat ni..."
"Hajat apa tu Aydeen? Besar sangat gaya bunyinya tu.."
"Saya sebenarnya..."
.....
"Ewah.....Meriah lauk kita malam ni....Ada nak sambut apa-apa ke?"
"Sambut kau nak bertunang la kak..."Usik Adneen.
"Ish...Apa kamu ni Neen..."Tegah mak...Buatnya mengamuk anak dara dia sorang ni. Rosak makan malam mereka nanti.
"Kau kalau aku hempuk....Satu pun tak dapat..."Balasku.
"Tak elok tau bakal pengantin marah-marah....Nanti kena jual..."
Kali ni Adleen pula sambung."Apa kena korang berdua ni? Kemaruk nak kahwin sangat ke? Tengok mak anak dara mak dua orang ni..Gatal merenyam.."
"Memang budak berdua ni....Mak suruh abah nikahkan baru tahu..Gatal sangat..."
"Gurau je mak....Tak sporting betul la mak dengan akak ni..."
"Dah-dah....Akak naik bilik ganti baju sopan sikit...Malam ni kita ada tetamu..."
"Tetamu? Siapa?"
"Bakal abang ipar kitaorang la, kan Leen?..."Habis sahaja ayat itu, segera si kembar mengangkat kaki. Kalau lama disitu, ada kemungkinan mereka berdua menjadi lauk malam tu.
.....
"Sebenarnya apa Aydeen?"Soal Puan Roslina.
"Malam esok, saya dengan family nak datang merisik...Aunty sudi terima?"
Terkejut juga la Puan Roslina dibuatnya. Takda dengar pula yang anaknya itu menjalinkan hubungan dengan lelaki ini. Tup...Tup...Nak hantar rombongan merisik bagai.
"Merisik siapa Aydeen? Aunty ada 3 kuntum bunga yang belum berpunya.."
"Niat dihati nak merisik bunga yang sudi menjadi ibu untuk anak-anak saya..."
Paham akan niat suci lelaki itu. Dia hargai sangat dengan keberanian lelaki itu untuk bersemuka dengannya.
"Eloklah kita bertemu dua mata, dapat berbincang lebih lama.."
"Aunty terima rombongan saya?"
"Datanglah Aydeen....Kalau ada jodoh kamu berdua..In sha Allah dipermudahkan.."
"In sha Allah....Terima kasih aunty..."
"Sama-sama.." Setelah berpamitan. Talian dimatikan. Puan Roslina merenung handphone miliknya. Tak sangka, bunga yang dia jaga dari kecil itu sudah mahu dipetik kumbang. Sekejap sangat rasanya anak-anaknya itu tumbuh membesar.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...