Part 49

4.8K 148 1
                                    

Lagi beberapa hari cuti sekolah bakal berakhir. Lelaki itu? Macam biasa, masih cuba membuatkan aku terpujuk. Tipu kalau aku tidak terbuai, namun cepat-cepat aku ingat kembali peristiwa yang menyakitkan hati itu. Rasa kecewa semakin mendalam terhadap lelaki ini. Apa patut aku buat dengan rumah tangga kami ya Allah?

"Reen!"Terkejut aku dengan sapaan si dia. Aku yang duduk dibawah pokok mangga ini terus melihat ke tepi.

"Awak memang tak boleh nak tegur elok-elok ke? Suka kalau saya mati terkejut?"

"Okay....Okay, abang minta maaf. Abang tak sengaja...Reen janganlah garang sangat..."

Aku pandang ke hadapan semula. Memerhati si kembar yang sedang kusyuk memberi ayam dan itik nenek makan dedak. Dah jadi budak kampung dah anak-anak dia ni. Muka pun dah comot.

"Reen.."

"Apa?"Kacau ketenteraman betul la mamat ni.

"Esok ikut abang balik KL ye? Kembar dah nak sekolah, abang ingat nak bawa kembar pergi pantai sebelum sekolah buka...Reen ikut ye?"

"Hhmmm..Tengoklah macamana."Aku malas nak layan.

"Reennn....Takda ke sikit pun rasa sayang Reen pada abang? Susah sungguh Reen nak beri abang peluang kedua...Abang janji Reen, abang akan tebus salah abang pada Reen.... Tolonglah, beri abang peluang tu...Itu je yang abang minta sekarang ni..."Dia pegang kedua-dua tanganku. Matanya yang berwarna coklat pekat itu aku pandang.

"Sakit yang awak beri terlalu dalam Aydeen....Segala kepercayaan saya, saya serahkan kepada awak...Tapi apa yang awak balas pada saya? Kedustaan..Dulu lagi saya pernah cakap dengan awak, kalau awak nak saya jaga anak-anak awak, saya boleh..Tak perlu sampai kahwin....Tapi bila saya dah terima awak sebagai suami....
Keikhlasan awak tu rupanya hanyalah lakonan"Air mataku mula bergantungan di penjuru mata.

"Saya tahu, saya bukan yang pertama pernah hadir dalam hidup awak dan saya tak kejam untuk suruh awak lupakan arwah...Saya cuma nak jalani hidup seperti suami isteri lain diluar sana...Tamak ke saya Aydeen? Cuba cakap sengan saya! Kalau berkahwin dengan saya dengan alasan untuk menjaga kembar, saya rasa kita patut berpi...."

"No! Abang tak setuju....Ye, abang mengaku...Abang salah dan berdosa dengan Reen sebab permainkan Reen...Tapi percaya dengan abang, dalam abang tak sedar. Nama Reen dah lama bertapak dalam hati abang...."Dia berjeda.

"Cuma abang yang nafikan...
Tolonglah Reen...Percayakan abang kali ni...Abang minta kali ni je....Kalau abang masih gagal, abang sendiri yang akan lepaskan Reen, bukan Reen yang minta....Abang janji Reen!"Aku nampak dia begitu merayu. Perlukah aku memberi peluang untuk kali kedua? Sediakah aku jika dilukai lagi? Mampukah aku menahan sakitnya rasa disakiti?

Aku pandang ke arah kembar. Senyuman mereka menyenangkan ku. Ketawa mereka menghiburkan ku. Telatah mereka membuatkan ku terus tersenyum. Apa akan jadi pada anak-anak ini jakalau aku pergi dari hidup mereka? Seminggu aku pergi dulu, mereka memberontak. Aku pun tak tahu kisah itu. Sampailah ibu mentuaku cerita sendiri padaku. Apa yang perlu ibu buat Raikal..Raina?

"Reen..."Tanganku disentuh. Aku pandang ke arahnya.

"Percaya pada abang....Kita mulakan balik kisah kita ye? Kali ini abang akan bahagiakan Reen.. Untuk sampai ke titik itu, abang perlukan Reen...Reen sudi?"

Aku diam sejenak. Menimbang-tara kata-katanya.

Akhirnya....

"Demi anak-anak....Saya setuju..."

"Tak Reen..Kali ini demi kita....
Reen, abang dan anak-anak..."

Aku dongak memandang dia. Air mata yang mengalir aku biarkan. Lantas jari kasar itu mengesat lembut pipiku.

"I swear this is gonna be your last tear, Reen... Abang takkan buat Reen sedih lagi..."Aku menunduk mendengar bicaranya. Saya harap ini kali terakhir saya menangis kerna awak Aydeen. Selepas ini tolong sentiasa buatkan bibir saya tersenyum.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now