Part 11

4.1K 137 2
                                    

"Tuan...Saya minta maaf..Tapi saya nak resign..."Ujar Lily..Termasuk Lily sudah 3 orang babysitter yang dipanggil untuk menjaga anak-anaknya. Hanya Lily yang bertahan sampai 2 hari. Yang lain sudah minta resign hari pertama bekerja.

"Kenapa awak nak resign..Gaji tak cukup ke?"Seboleh mungkin dia nak korek rahsia pekerja yang menjadi babysitter anak kembarnya itu.

"Bu..Bukan tuan...Sa..Saya nak sambung study..Haa..Saya dapat sambung study.."Bedal sahajalah.

"Erm..Baiklah..."Sampul surat berwarna coklat itu dihulurkan kepada Lily.

"Apa ni tuan?"

"Gaji awak sebulan..Ambil lah..Buat topup apa yang patut, awak nak sambung belajar kan?"Alamak, rasa bersalah pula menipu.

"Eh..Takpe tuan...Saya kerja tak sampai sebulan pun..Jadi tak layak saya nak terima gaji ni...Saya minta diri dulu, Assalamualaikum.."Segera dia berlalu dari situ..

"Lily..."Namun tak dilayan.

"Kak Lily dah balik?"Ujar Raikal. Raina disebelahnya juga turut memandang daddy mereka.

"What are guys trying to do?"Dia yakin, semua ini punca si kembar itu. Tunjuk protes la tu.

"Nothing...Kan abang?"Raina turun tangga lalu sofa di ruang tamu itu dia duduki.

"I want to talk to you guys after this..!"Dia juga ada sabarnya. Anak-anaknya semakin melampau!

"We are dead abang.."Raina mendapatkan abangnya setelah mendengar amaran dari daddy mereka.

"Kita kan ada opah...Jom kita pergi dekat opah..."Mereka berdua berlari mendapatkan Puan Sri Faridah yang berada di halaman rumah...

.....

"Now tell me...Kenapa buat semua babysitter korang macam tu?"Sayf Aydeen memandang tajam wajah anak-anaknya. Puan Sri Faridah hanya duduk jauh dari anak beranak itu. Malas ikut campur.

"Buat apa daddy? Kami tak buat apa-apa pun, kan Raina?"

"Absolutely true daddy..."Siap muka innocent lagi dia tayang.

"Stop playing Raikal...Raina...!
Daddy being serious right now!"

Raikal dan Raina menunduk, pertama kali setelah 4 tahun..Daddy marah mereka.

"Kami cuma nak Kak Syaf balik...Susah ke daddy nak faham? Kak Syaf je yang boleh faham kami.."Balas Raikal lantas berlalu ke biliknya.

"You are too much daddy...I hate you..You don't love us any more!"Raina pula berlalu dari ruang tamu itu.

"Bagus..Bagus...Tengok apa kau dah buat dekat anak-anak aku..
Semua pandai melawan!"Luah Sayf Aydeen. Sofa berangkai itu dia duduki. Lantas wajahnya diraup kasar. Dekat mana salah dia dalam mendidik anak-anak. Dia hanya mahu yang terbaik, salahkah?

"Buat kali ni...Mama minta kamu turunkan ego tu...Jumpa Syaf dan minta maaf...Minta dia kerja balik dekat sini...Kamu nak tengok anak kamu mogok lagi ke Aydeen?"

"Apa yang bagus sangat dia tu ma...Sampai anak-anak Aydeen lebih pilih dia?"

"Anak-anak kamu nampak apa yang kamu tak nampak Aydeen....Mereka dahagakan kasih-sayang seorang ibu...Syaf layan anak-anak kamu macam anak sendiri.."

"Mama dengan Fea pun cukup untuk bagi kasih-sayang tu.."

"Tak sama Aydeen...Tak sama....
Cuba kamu letak diri kamu dekat tempat anak-anak kamu..Mereka makin pandai bukan boleh diperbodohkan.."

"Ini nasihat mama yang terakhir....Jumpa Syaf dan minta dia bekerja semula di sini semula."
Setelah itu, Puan Sri Faridah juga turut meninggalkan anaknya di ruang tamu itu.

....
TBC
....

See yaa...😘

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now