Sedar tak sedar, esok semua umat islam akan menyambut bulan ramadhan. Ini ramadhan pertama ku bergelar isteri. Teruja aku nak lalui bulan barakah ini bersama dengan suami dan anak-anak.
"Esok Raikal dengan Raina kena puasa tau...Kita cuba sebulan okay?"Ujar Sayf Aydeen. Waktu itu kami baru sahaja selesai solat isyak berjemaah. Ouh, kami juga sudah pindah masuk ke rumah baru.
"Daddy betul ke bulan puasa ni syaitan kena ikat?"
"Mana Raikal dengar ni?"
"Kawan Raikal cakap..."
"Betul..Tapi tak semua....
Mengikut mufti....Hanya sebahagian sahaja, itupun yang memang jahat sangat-sangat...""Jadi..Raikal takpayah la takut kan nak pergi tandas malam-malam?"
Sayf Aydeen memandangku dan kami tersenyum..
"Tak perlu takut la Raikal....Kalau bukan bulan puasa pun takpayah takut....Kalau kita takut, lagi syaitan suka kacau...."
"Raina not scared..."Ujar Raina bangga.
"Eleh...Habis yang nangis-nangis minta opah teman pergi tandas tu apa?"Raikal menjuling matanya ke atas.
"Sebab malam...."Ringkas sahaja jawapan Raina. Aduilah anak...Macam-macam...
"Sama la tu...Abang cakap malam la...."
"Dah...Dah...Sudah....Pergi masuk bilik tidur....Esok kita nak bangun sahur..."Sayf Aydeen menegah bunga-bunga perbalahan si kembar.
"Okay daddy..."Mereka berdua bangun lalu keluar dari bilik solat ini.
"Macam-macamlah anak abang tu..."Aku memandang kembar sehingga hilang dari balik pintu.
"Biasalah sayang....Budak nak membesar..Akal panjang la tu..."Aku mengangguk setuju. Telekung aku buka dan aku bangun untuk menyidainya di penyangkut.
"Jom.."Aku mengajak suamiku bangun.
"Pergi mana?"
"Bilik.."Mata lelaki itu sudah memancarkan cahaya.
"Buat apa?"
"Tidurlah..Buat apa lagi..."
Jawabku mudah."Tidur je?"
"Yelah...Esok kan nak bangun sahur...Abang nak tidur ke tak ni? Kalau taknak lagi, Reen masuk dulu..."
Terus merundum wajah itu. Aik, lain macam je...
"Awal lagi sayang...Takkan nak tidur dah..."
"Huh?"
"Errr...Kalau kita...Ermm..I mean,
You know..You and I...Err.."Patutlah. Haih..Suaminya itu salah tafsir ni...Aduiyaii....
"Nope....Dah Reen masuk dulu ye..Assalamualaikum.."Aku mahu keluar dari bilik itu.
"Ala..Sayang...Sayang....Boleh lah..."Dia mengekori ku keluar dan menuju ke bilik tidur kami.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...