Part 76

4.9K 114 0
                                    

Dia pandang wajah lelaki itu. Mengamati wajah lelaki yang bergelar suaminya itu. Susah untuk dirinya mengerti mengapa hati masih lagi menginginkan lelaki ini. Jampi apa yang awak pakai Aydeen?

"Awak masih sayangkan saya?"Tanyaku.

Laju dia mengangguk.

"Tapi saya bukan isteri yang baik pada awak.."

"Reen.."Segera dia menarik tangan isterinya lalu memeluk badan isterinya itu.

"Jangan hukum abang macam ni Reen....Kalau Reen marahkan abang, abang rela dipukul Reen..Stop cakap benda-benda yang mengarut....Tolong Reen..Abang merayu..."

"Betul saya boleh pukul awak?"

Anggukkan di bahu dapat ku rasa.

Aku merenggangkan pelukan. Lantas aku genggam penumbuk.

"Saya benci awak!"

Buk!

Satu tumbukkan di dada suaminya.

"Awak jahat!"

Buk!

"Awak buat saya menangis!"

Buk!

"Saya benci diri saya!"

Buk!

"Yang tak boleh bencikan awak!"

Buk!

Tumbukkan terakhir dia layangkan agak kuat di dada suaminya. Puas! Puas rasa hatinya sekarang.

"Cukup?"Tanya Sayf Aydeen.

Syafa Adreen angguk dengan puas. Lantas dia memandang wajah suaminya.

Sayf Aydeen tarik semula isterinya ke dalam pelukan..

"I'm sorry...Please forgive me...I can't bear to lose you sayang...Forgive me..."

Aku hanya mnegangguk. Lantas pelukannya aku balas.

"Now..My turn.."

"Huh?"

"Arghh!"Terjerit dia saat Sayf Aydeen menolak dirinya jatuh ke atas katil semula. Tangannya sudah dikunci dengan tangan suaminya. Tertelan air liur dia saat berada dalam keadaan begini.

Dahi isterinya dikucup.

"I'm sorry for everything."

Turun ke mata.

"Maafkan abang sebab buat mata Reen sembap."

Hidung..

"Maafkan abang sebab buat hidung Reen merah sebab menangis.."

Akhir sekali kucupan diberikan di bibir basah isterinya.

"Thanks sebab tak bencikan abang..."Ujarnya apabila tautan terlerai. Matanya memandang mata sembap sang isteri.

"Abang tahu, hati Reen banyak terguris sebab abang.. Abang tahu, abang bukan suami yang baik..I'm trying sayang..I'm trying to be a good husband...Abang takut..Abang takut yang Reen akan tinggalkan abang....Cinta abang pada Reen bukan main-main....You are my everything sayang...Sebab tu bila abang tengok lelaki lain sentuh sayang, bemesra dengan sayang...Abang cemburu...."

"Awak tahu kan saya cintakan awak?"Tanya Syafa Adreen.

Sayf Aydeen angguk. Dia tahu..

"Selepas saya terima awak jadi suami saya, saya dah tutup hati saya untuk orang lain. Percayalah, dari dulu hingga sekarang hanya awak yang kekal disitu..Maafkan saya kalau perbuatan saya buat awak cemburu. Saya takda niat..."

"It's not you sayang.....Tapi abang......Sorry again...."

"Saya pun minta maaf...
Ampunkan dosa-dosa saya..."

"0-0?"

Aku angguk dan tersenyum. Masalah dalam rumah tangga ni tak elok dibiarkan begitu lama. Apa yang penting disini adalah komunikasi.

"Awak...Stop.."Syafa Adreen menahan dada bidang suaminya dari terus menghempap dirinya.

"Stop calling me that....Tak sedap telinga abang dengar...Kalau tak..."Dia terus mendekati isterinya. Tidak dia endah tangan kecil yang sibuk menahan dirinya itu.

"Okay..Okay...Abang....Stop..."Aku menahan badannya.

"Kenapa?..."Dia mengelus sisi wajah isterinya.

"Reen ada benda nak bagi abang.."Dia tolak sedikit suaminya sehingga dia dapat bangun dari pembaringan.

Almari dibuka. Lalu kotak bersaiz kecil itu diambil.

"Nah!"Dia berikan kotak itu kepada Sayf Aydeen. Sayf Aydeen mengambil tempat dan duduk di birai katil.

"Kenapa sayang beli benda ni? Sayang mengandung ke?"Tanya Sayf Aydeen. Dia sangat familliar dengan objek tersebut.

"Bukalah tengok.."

Sayf Aydeen hanya menuruti. Apabila alat itu dikeluarkan terkaku dia sebentar. 

"Abang tak suka ke?"

"Bila Reen buat test ni?"

"Subuh tadi....Kenapa abang macam tak suka je?"

Sayf Aydeen menggeleng dengan linangan air mata. Terus dia turun ke lantai dan melakukan sujud syukur. Alhamdulillah...Dia nak jadi daddy lagi...

"Come here."Dia menarik isterinya agar masuk ke dalam pelukan.

"Alhamdulillah..Thanks sayang..."

"Reen ingat abang tak suka..."Dia juga turut menangis. Cuak dengan reaksi si suami.

"Suka sayang...Abang suka, Cuma tadi abang terkejut.....Nanti kita pergi klinik untuk checkup..."

Aku hanya mengangguk. In sha Allah, kalau keputusan itu benar maka sekarang dia sedang membawa janin bayi mereka. Patutlah sejak dua menjak ni badan dia cepat benar lesu dan letih.

"Thanks sayang.."

"Welcome..."

"Mesti kembar happy kalau tahu diaorang nak dapat adik nanti..."Aku mengangguk laju.

"Tak sabar Reen nak tengok reaksi diaorang.."

Kami berdua tersenyum bahagia dengan berita baru ini. 

...

TBC

....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now