Part 31

4.3K 140 2
                                    

"Akak tinggalkan korang untuk salin pakaian je tau...Jangan lebih-lebih...Tetamu dah ramai sampai tu.."Ujar kakak sepupuku. Hai...Kenapalah semua keluarganya harini mulut takda insurans. Sabar jela. Apabila pintu bilik ditutup rapat. Aku memandang suamiku yang masih berdiri di tiang katil.

Aku terus melangkah ke arah meja solek. Jarum-jarum yang tersemat di shawl putih ku ini, harus dibuang dahulu. Entah berapa banyak yang ditanam di shawl aku ini. Nak kemas dan cantik punya pasal, pengantin yang terseksa.

"Boleh abang tolong?"Entah sejak bila lelaki itu berdiri dibelakang aku. Naik bulu roma aku saat ini apabila berduaan dan serapat ini dengan dirinya.

"Eh! Takpe, saya boleh buat sendiri...Encik..Err...Maksud saya...Abang, pergilah tukar baju dulu.."Aku menegah. Malu pun ye juga.

"Kalau abang tolong kan lagi cepat kita bersiap...Abang cuma tinggal sarung baju je...Reen lainlah, nak kena pakai tudung lagi, touch-up make-up lagi...Duduk, biar abang tolong.."Dia mengarahkanku agar duduk di kerusi meja solek. Apa lagi yang aku boleh buat selain akur..

"Memang kena pakai jarum banyak-banyak macam ni ke?"Tanyanya sambil tangan laju mencabut jarum di shawl ku.

"Haah...Supaya shawl tak gerak dan nampak kemas..."

"Lain kali, Reen takpayah pakai tudung macam ni...Pakai tudung sarung je, senang! Tak perlu banyak-banyak jarum...Seksa abang tengok.."

"Jarum banyak-banyak ni untuk hari ni je....Hari biasa, Reen tak guna jarum banyak macam ni..."

"Betul?"Dia bukan apa...Ngeri tengok jarum-jarum yang tersemat di kain tudung itu. Banyak sangat. Bersyukur dia dijadikan lelaki..Tak perlu bersusah payah begitu.

"Ye..."Jawabku. Saat itu, dia selesai mencabut kesemua jarum yang tersemat di shawl isterinya.

"Okey dah...Abang pergilah salin baju...Nanti Kak Dee bising pula, lama-lama dalam ni..."

"Yelah..."Akurnya lalu menuju ke bilik air bersama baju sanding.

......

Pukul 9 malam barulah dia betul-betul dapat rehat. Ya Allah dari pagi sampai ke petang melayan tetamu. Rehat sekejap pun sebab nak solat. Naik sakit tulang pipinya kerana senyum sepanjang hari.

"Reen..Abang lapar...Ada makanan tak?"Wajah Sayf Aydeen yang muncul di balik pintu membuatkan aku duduk tegak 90 darjah. Baru sahaja dia landing di atas tilam ini. Tapi...Suami kan lagi penting...

"Sekejap..."Aku turun katil lalu menggapai tudung sarung. Sepupu-sepupu ramai lagi yang masih belum balik. Jadi kenalah jaga aurat.

Kami berdua melangkah menuju ke arah dapur. Bunyi riuh di ruang bawah menandakan masih ada lagi ahli keluarganya yang belum tidur.

"Haih, pengantin baru ni....Orang malam-malam terperap dekat dalam bilik..Ni dah kenapa turun ke dapur ni..?"Makngah yang kebetulan keluar dari arah dapur menegur kami.

"Errr...Aydeen lapar makngah....
Ada apa je dekat dapur tu?"
Soalan makngah yang satu lagi, aku biarkan sepi. Penat betul asyik kena usik sahaja dari pagi tadi lagi.

"Ada tu...Nasi dengan lauk kenduri tadi pun ada lagi kalau nak makan..."

"Okay makngah.."Kami terus melangkah ke arah dapur.

"Abang nak makan nasi ke?"Aku tanya dia..

"Errr...Maggie ada?"

Aku angguk. Dekat rumah mak ni memang selalu ada stok maggie. Aku dengan kembar la punya angkara. Malas makan nasi, kami masak maggie.

"Duduk sekejap, saya buatkan.."Dia duduk di meja island itu. Aku mengeluarkan periuk kecil dan sebungkus maggie kari. Tak sedap pula masakkan maggie kosong sahaja, lalu aku masukkan udang, sayur sawi dan telur. Okeylah tu..

"Nah..Makanlah.."Setelah beberapa minit, aku hidangkan maggie itu kepadanya.

"Terima kasih..Sorry sebab susahkan Reen masakkan ni untuk abang.."

"Takpe...Maggie je pun..."Aku duduk di sebelahnya. Mak pesan, dah bersuami ni perangai kena ubah sikit. Suami makan kena teman, suami nak pergi kerja kena hantar sampai kereta...Uiiii..Macam-macam mak pesan..

"Reen taknak?"

Aku geleng...Aku memang tak makan dah selepas pukul 8...Jaga body sisturr...

"Takpe..Abang makanlah, saya teman je.."

"Okay...Terima kasih sekali lagi.."

"Sama-sama.."Kusyuk benar aku lihat dia makan. Mata aku ni dah memang berat...Tinggal nak pejam je, confirm lena sampai esok ni...

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now