Part 74

4.4K 120 4
                                    

Malam ni malam terkahir berpuasa. Esok seluruh umat islam akan menyambut syawal. Teruja betul aku nak menyambut sebagai seorang isteri buat pertama kali. Lepas berbuka tadi, hanya orang lelaki sahaja pergi terawih. Kami yang perempuan berhempas-pulas menyiapkan juadah terakhir.

Lemang dah siap dibakar, dodol juga sudah siap dimasak petang tadi. Meriah sungguh raya tahun ni. Adik-beradik mak juga turut balik ke kampung.

"Syaf tolong nenek ambil periuk besar dekat stor tu. Nenek nak rebus ketupat ni.."

"Baik nenek..."Aku yang tadi sibuk menggaul rendang berhenti sekejap.

"Takpe. Meh maklang sambung kacau, Syaf pergilah ambil periuk tu.."

"Terima Kasih maklang.."

Aku berjalan ke luar rumah untuk menuju ke stor. Tak jauh mana pun stor nenek dari rumah ni, keluar sikit dari rumah je. Aku pasang lampu dan sekelip mata ruangan stor itu terang. Besar mana pula periuk yang nenek nak ni? Aku memerhati segala jenis saiz periuk yang ada. Yang ni macam nice je saiz dia...

Baru sahaja nak angkat periuk yang sederhana besar itu, aku dikejutkan denga cik Ti yang laju melintas di celah kaki aku. Apa lagi, menjerit sakan la aku..

"Arrgghhhhhh!!!!"Meliuk-lintuk aku jadinya.

"Syaf kenap..."Aku tak tunggu lama terus menerpa ke arah pintu stor. Terus aku peluk orang yang berdiri tegak itu..

"Nek...Ada tikus nek...Besar nek.....Syaf geli nekk"

Tiada balasan dari nenek. Terus aku peluk badan itu dengan kuat. Terasa meremang bulu tengkuk aku apabila badan tikus tadi menyentuh kulit kaki aku...

"Acap...Syaf..Kenapa ni?"Terkaku aku apabila mendengar suara yang tidak asing itu. Itu suara nenek..Habis yang depan aku ni siapa?

Terus aku tegak dan pandang orang hadapan. Air liur kesat aku telan. Abang Acap?

"Ada apa nek..." Aku terkejut lantas menolak kuat badan Abang Acap. Suara suami aku pula menerpa.

"Maa...Maaf..."Aku pandang ke arah nenek semula. Nampak wajah suami ku seakan menahan marah. Jelas kelihatan rahangnya bergerak-gerak.

"Abang!"Aku memanggilnya apabila melihat Sayf Adreen mula melangkah pergi dari situ..

....

"Abang dengar apa yang Reen nak cakap..."Aku mengikutnya masuk ke bilik lantas pintu aku tutup dan kunci. Lengannya aku cuba gapai. Namun ditepis.

"Cakap apa? Cakap yang korang sakan bermadu asmara dalam stor tu?"

"Tak....Abang salah faham....Reen sorang-sorang je tadi dekat stor tu..."

"Habis, siapa pula yang Reen peluk tadi? Almari?"Sinis benar kata-katanya.

"Abang sumpah Reen tak sengaja....Percayalah cakap Reen..."

"Bukan sekali ni tau abang nampak Reen bemesra dengan sepupu Reen tu....Tapi sebab abang percayakan Reen, abang taknak fikir bukan-bukan...Tapi...."

"Abang....Pleaseee....Percaya dengan Reen...Reen memang tak sengaja...Sumpah!"Aku mendekatinya. Aku cuba memeluk badan sasa itu namun dirinya menjauh dariku.

"Reen..Kalau Reen tak suka abang yang duda ni..Reen cakap, jangan sampai nak buat maksiat belakang abang.."

"Abang!"Tersentak aku dengan tuduhannya yang berat itu. Astaghfirullah...Bergenang air mata aku. Sampai macam tu sekali dia tuduh aku?

Aku nampak dia meraup kasar wajahnya.

"Reen..Abang.."Sayf Aydeen sedar dia sudah melampau. Dia tak sengaja terlepas cakap lantas segera mendekati isterinya.

"Sampai macam tu sekali abang tuduh Reen?....Reen masih waras abang...Reen masih ingat lagi diri Reen ni siapa....Reen masih tahu mana halal dan mana haram..."

"Reen....Abang minta maaf...Abang tak sengaja..."Lengan isterinya itu dipaut.

"I hate you so much..."Syafa Adreen merungkai pegangan suaminya lalu dia berlalu keluar dari bilik tersebut.

"Reen..!"Arghhh! 

....

TBC

....

macam sis cakaplah...Benda boleh gaduh buat apa bincang..Haih!

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now