Part 68

3.9K 117 4
                                    

Aku kerling jam..Sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku kerling pula disebelah ku, ruangan yang sepatutnya berpenghuni masih lagi kosong! Lepas mama dengan papa naik ke bilik tadi, aku juga turut naik sama. Si Sayf Aydeen pula kata nak naik lambat sikit. Tak tahu pula lambat dia tu sampai berjam-jam.

Klak!

Bunyi pintu bilik dibuka dari luar membuatkan aku terus bangun terduduk. Mari kita dengar alasan apa yang dia nak bagi sampai masuk lambat ke bilik.

"Eh..Sayang tak tidur lagi?"
Ujarnya saat berpaling setelah menutup pintu.

"Saya tak boleh tidur sebab suami saya takda dekat sebelah...
Abang pergi mana?"

"Ouhh..Abang sembang dengan Lisa..Yelah, lama kan tak jumpa.
Banyak benda nak bercerita..."
Tanpa rasa bersalah sikit pun dia menceritakan semua itu. Aku agak memang dia dengan Lisa ni sepupu yang rapat.

"Sampai tengah malam? Lama betul eh duk bercerita? Kira tadi sesi luah perasaan la tu?" Mata ku mengekori pergerakannya yang kehulur-kehilir.

"Takda la luah perasaan sangat..Just recalled back our memories. Tak sangka abang, Lisa tu tak lama lagi nak kena pegang jawatan besar dekat syarikat paksu...Bangga abang, muda lagi dan berjawatan tinggi..."

Aku tak salah dengar kan? Suami aku ni baru lagi puji perempuan tu kan?

"Iye? Bagusnya dia...Muda lagi dah ada jawatan..Tak macam saya kan...?"Sedikit-sebanyak aku terasa juga dengan Sayf Aydeen. Entah kenapa aku rasa kecil sekarang.

"Kenapa cakap macam tu pula?"
Sayf Aydeen sudah mengambil tempat di sisi isterinya.

"Nothing...Okaylah, saya nak tidur...Night.."Aku baringkan badan lalu menarik selimut sehingga leher.

"Sayang..."Namun tidak diendah oleh isterinya. Dia memerhati kelakuan isterinya itu. Aduii, kenapa pula ni?

....
TBC
....

Benda boleh gaduh buat apa bincang....😅😅😅

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now