Part 58

4.4K 136 2
                                    

Pagi tu dia melihat isterinya asyik kehulur-kehilir. Sedikit pun isterinya itu tak pandang dirinya. Bangun pagi tadi, ruang katil disebelahnya sudah kosong. Dia lihat isterinya itu sudah siap bertelekung untuk menunaikan solat subuh. Aku mimpi ke apa malam tadi?

"Apa yang busy sangat tu?"Dia menegur isterinya.

Terhenti langkah Syafa Adreen saat ditegur suaminya. Nyaris terlepas pakaian kotor yang ada di tangannya.

"Err...Saya tengah nak buat laundry...."Gigih dia angkut baju-baju kotor untuk dicuci. Dah takda apa nak dibuat, baik dia cuci baju. Villa ni lengkap serba-serbi.. Siap ada dryer lagi..

"Saya?"Sayf Aydeen menapak menghampiri isterinya. Malam tadi elok dan tukar gelaran.. Ni kenapa tiba-tiba saya pula ni?

"Errr...?"Dia berundur kebelakang apabila susuk itu menghampiri dirinya.

"Bagitahu abang, yang abang tak bermimpi malam tadi kan?"

"Errrr...."

"Reen sengaja ke?"

"Huh?"Tak faham maksud suaminya. Sengaja apa?

"Cakap dengan abang...Apa yang jadi malam tadi tu atas kerelaan Reen..Dan bukan sebab Reen nak permainkan abang.."

"Permainkan?"Apa dia ingat benda macam tu boleh buat main ke? Apa aku sanggup gadaikan badan aku hanya untuk sebuah permainan ke?

"Then...Why you behaved like this? You are avoiding me.."
Ouhh..Sebab tu ke? Hish..Dia taktahu maksud malu ke? Aku malu la woii....Mana boleh aku buat biasa je bila perkara malam tadi baru sahaja beberapa jam berlalu.

"Re....Re...Reen...."

"Reen what?"Tanya dia.

"Reen malu!"Segera aku menekup mukaku. Baju yang berada di tangan jatuh ke lantai.

"Malu? Itu je?"Ya Allah aku ingat apa la tadi. Puas aku fikir apa salah aku dah buat. Aku ingat isteri aku tak rela malam tadi.

"Abang tak faham..."Tegah Syafa Adreen.

"Okay, abang faham...."Dia merapati isterinya lalu pinggang isterinya itu dirangkul, menyebabkan kedudukan mereka semakin dekat.

"There is nonthing to be shy sayang...We both are husband and wife...Perkara tu biasa dalam perhubungan suami dan isteri..."

"Reen tahu..Tapi tu kali pertama, jadi Reen malu..."

"Don't worry, belajar dengan abang.. Reen lupa ye Reen kahwin dengan siapa? Abang kan duda...Duda banyak pengalaman tau!...."Dia ketawa dengan kata-katanya.

"Euwww...Dah lah Reen nak pergi basuh baju.. Tolong kejutkan anak-anak bangun, kita boleh bersiap pergi breakfast.."

Selepas dia tunduk mengutip baju yang jatuh, Syafa Adreen nak angkat kaki berlalu dari situ namun, langkahnya terhenti apabila dirinya dipeluk dari belakang.

"Sayang....Basuh baju tu nanti-nanti boleh....Teman abang hurm?"

"Err...Te..Teman kemana?"

"Abang sebenarnya tak puas tidur lagi....Jam pun baru pukul 7.30 pagi....Reen teman abang tidur okay?"

"Tapi Reen..."

"Jom..."

"Arrgghh!"Terjerit aku saat tubuhku dicempung oleh Sayf Aydeen...Baju-baju juga terjatuh ke atas lantai. Kami menuju ke bilik beradu. Aku harap memang teman dia tidurlah, bukan teman benda lain..

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now