Part 26

4.2K 152 4
                                    

Dia tekad nak keluar dari bilik air apabila tidak mendengar sebarang bunyi lagi. Buka sahaja pintu, terkejut dia apabila susuk lelaki itu berdiri tegak di hadapannya. Sambil memeluk tubuh lagi.

"We need to talk.."Takda apa lagi untuk dibahas. Sebab aku yakin, penghujungnya aku yang bersalah. Mesti dia nak marah aku tentang apa yang anak dia cakap tadi.

"Takda apa nak dicakap encik...Saya nak balik, Raikal pun dah tidur."Aku nak berlalu.

"Kau sedar tak, kau punca Raikal jadi macam ni?" Aku dah cakap kan tadi. Mesti aku juga yang dipersalahkan.

"Maaf kalau saya punca Raikal cakap macam tu...Ada baiknya saya tak terus muncul dalam keluarga ni kalau sayalah penyebarnya.."

"Habis kau nak tinggalkan macam tu je?"

"Apa maksud encik?"

"Kau yang mulakan dan kenapa bukan kau juga yang akhirkan semua ni?"

"Encik cakap apa ni?"Sumpah aku serabut dengan ayat dia. Besar sangat ke salah aku sampai begitu sekali dia membenci aku?

"Kita kahwin!"

Dumm!

Macam kena langgar jet pejuang sahaja jasadnya kala ini. Kahwin? Tak pernah terlintas perkataan itu di dalam benaknya selama ini.

"Encik mengarut apa ni? Dah saya nak balik!"Namun, sekali lagi langkahku terhenti.

"Aku nampak anak-anak sayangkan kau Reen...Kau juga yang cakap, kasih sayang ibu tak sama dengan kasih sayang ayah....Aku nampak kasih sayang yang kau curahkan dekat anak-anak aku....Anak-anak aku sampai tak boleh berpisah dengan kau Reen...Kau tengok Raikal! Dia demam sebab rindukan kau Reen..."

Aku yang membelakangi dia hanya terpejam menelan semua kata-katanya. Betul...Aku sayangkan kembar tapi untuk kahwin dengan daddy mereka bukan penyelesaiannya..Sama sekali tidak.

"Kalau itu yang encik risaukan...
Saya rasa ada cara yang lagi baik..."

"Apa?"

"Saya akan tetap jaga mereka...
Tak perlu sampai kahwin bagai..."

"Sampai bila Reen? Sampai diaorang besar? Kau nak jadi pengasuh diaorang sampai diaorang besar ke Reen? Hidup kau macam mana?"

Ouhh...Tahu pula dia fikir tentang hidup aku? Habis yang dia suruh aku kahwin dengan dia tu, dah kenapa? Tak fikir pula pasal hidup aku kalau kena kahwin dengan dia?

"Itu terpulang pada encik.....
Kalau encik rasa perkhidmatan saya dah tak diperlukan, encik boleh pecat saya...Saya janji takkan muncul lagi depan encik sekeluarga.."

"Habis..Macamana pula dengan hati aku?"Entahlah..Sejak kehadiran Syafa Adreen dalam hidupnya. Kekosongan dalam dirinya mula rasa terisi...Benar, keras dia menolak nama itu dari bertahkta dalam hati. Tapi dia manusia yang lemah. Kudrat sahaja yang kuat tapi hatinya lemah.. Dia lemah dengan gadis ini.

"Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"

"Encik jangan nak main-main boleh tak?.."

"Aku tak main-main Reen...Rasa yang bertapak dalam hati ni semakin utuh....Puas aku mengelak namun panahnya tetap tepat, terpasung dalam hati...Kau bagitahu aku macamana aku nak cabut panah tersebut kalau ia dah jauh terbenam?"

"Sa...Saya takda jawapan untuk itu..."

"Kau silap....Jawapannya sudah ada. Hanya kita sahaja yang perlu teruskan..Aku dah nekad, aku nak lamar kau jadi isteri dan ibu kepada anak-anak aku...
Terima aku dan kita bina keluarga kita.."

Aku hanya menyepi, menelan dengan payah setiap bait yang dituturkan lelaki ini.

"Reen?"Panggil lelaki itu apabila tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulutku.

"Maafkan saya sebab semua ni terlalu mendadak...Saya balik dulu.."

"Reen!"Namun tidak sesaat pun gadis itu menoleh ke arahnya. Wajahnya diraup kasar. Atau aku terlalu mendesak? Arrghh

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now