Part 7

4K 146 1
                                    

"Daddy...Tadi Kak Syaf datang kan Raina kan?"Sayf Aydeen yang baru siap solat isyak itu didekati oleh anak-anaknya.

"Kak Syaf? Siapa tu?"Dia cuba mengingati nama-nama yang pernah hadir dalam hidupnya. Syaf?

"Ala...Babysitter kitaorang la...Kan daddy yang cari..."Ujar Raikal.

Aik! Bila masa aku panggil babysitter ni? Bukan masih dalam pemilihan ke? Macamana....Mama!

"Errr...Babies....Tunggu sini sekejap tau, nanti daddy naik balik..Daddy nak jumpa opah sekejap, hafal surah An-Nas, nanti daddy soal.."Sayf Aydeen mengusap kepala anak-anaknya.

Turun sahaja ke bawah, dia lihat mama dan papanya sedang bersantai menonton televisyen. Ceramah Ustaz Wadi Anuar.

"Ma...I want to talk with you..."

"Apa long? Mama tengah dengar ceramah ni.."Dia tahu topik yang akan kleuar. Sengaja dia malas nak bincang.

"Kenapa ni Aydeen? Serious je papa tengok.."Tanya Tan Sri Yusuf pula.

"Macamana diaorang dah ada babysitter? Along tak buat pemilihan lagi kan?"

"Ouhhh...Mama yang panggil..."

"Maa....Kan along cakap, along yang akan pilih...Tu kan anak-anak along..."Dia taknak salah pilih pengasuh. Dia taknak secuit pun badan anak-anaknya disentuh.

"Mama kenal la kawan mama tu long...Anak dia pun baik....Ada ke anak kamu cerita yang bukan-bukan pasal dia?"

"But ma...I am their daddy and I have a right to choose the best for them.."

"Mama ni opah diaorang...Mama dah jaga diaorang 4 tahun dan mama tahu apa yang diaorang suka dan tak suka...Mama bukan main pilih membabi buta...Mama pun nak yang terbaik untuk cucu-cucu mama.."Puan Sri Faridah menunduk. Salah ke kalau dia pilih Syafa Adreen tanpa pengetahuan Aydeen?

"Takpelah, kalau Aydeen tak suka dengan dia....Esok, mama bagitahu dia...Maaf sebab mama memandai buat keputusan...
Bang. saya naik dulu ye.."Mama menyalam tangan papa sebelum berlalu naik ke bilik.

"Ma..Aydeen..."Dia tak sengaja. Bukan dia marah cuma agak terkejut.

"Sudahlah Aydeen...Mama tu merajuk sekejap sahaja....Kamu dah ada pilihan ke?"Papa cuba merisik.

"Aydeen masih buat pemilihan pa, Aydeen taknak tersalah pilih...Aydeen taknak anak-anak Aydeen dijaga oleh orang yang tak bertanggungjawab. Mereka amanah isteri Aydeen...Aydeen taknak mereka tercedera sikit pun pa."

"Papa paham perasaan kamu...
Papa bukan nak memihak pada sesiapa, tapi papa tengok tadi si Syaf tu okay je...Budak-budak tu pun tadi seronok main dengan dia...Papa yakin dia boleh jagakan anak kamu dengan baik..."

Sayf Aydeen mengeluh..Adakah dia terlalu paranoid? Padahal anak-anaknya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Mereka pun masih dalam pantauan mama.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now