Part 53

4.9K 135 0
                                    

"Kalau dah sasau sangat....Angkut isteri kamu tu naik bilik Deen oiii....Jangan nak hangitkan rendang nenek tu!" Rimas dia tengok cucu menantuya tak habis-habis duk tenung cucunya.

Tersentak Sayf Aydeen apabila ditegur nenek.

"Err...Ma..Maaf nek...Okay-okay, Deen kacau elok-elok..."Kepala yang tak gatal digaru. Angau dah dia ni.

Syafa Adreen juga sudah memerah mukanya. Walaupun tiada apa yang berlaku antara mereka tadi. Namun, hatinya tetap menjadi huru-hara saat ini.

Makngah dan Talia dah balik masa kami turun ke bawah tadi. Tak lama pun mereka duduk di rumah nenek. Katanya ada hal mustahak... Entah iye entah tidak dua beranak tu. Sengaja la tu, liat nak menolong nenek masak

"Syaf....Ada Abang Acap kamu telefon tak? Lama dah opah tak dengar cerita dia..."Sayf Aydeen yang sibuk mengacau rendang memasang telinga.

"Syaf pun lama tak dengar cerita dia nek...Dah lama kan Abang Acap tak balik sini..."

"Itulah...Sejak makteh kamu ikut suami dia pindah ke Jepun tu...Memang jaranglah dia
balik..."Ujar nenek.

"Nanti kalau Syaf dapat call Abang Acap...Syaf cakap dengan nenek ye?"

"Haa...Takpelah kalau macam tu..Ni tengokkan sikit rendang tu....Nenek nak solat dulu..."

Aku angguk lalu nenek berlalu dari ruangan dapur.

"Siapa Abang Acap?"

"Sepupu saya..."

"Wedding kita aritu, dia ada datang tak?"

"Tak...Abang Acap tu tentera...
Selalu ada tugas luar, itu jarang balik ke sini. Makteh dengan pakteh pula duduk Jepun."

"Mana lagi handsome...Dia ke abang?"Entah kenapa...Dengar isterinya menggelar sepupu sebagai abang..Rasa menyirap pula hati ni. Suami sendiri taknak pula panggil abang..Duk awak..awak je...

"Kenapa tiba-tiba tanya?"

"Saje...Nak tahu juga...Abang Acap awak tu heloookkk sangat ke!"

"Kalau dah sampai bersusun anak dara minat dia..So I guess dia helok la kut....Siapa je tak suka lelaki macam Abang Acap tu...Sudahlah kerja tentera, badan tegap bukan main..."

"Amboii..Sampai ke badan Reen tengok..."

"Eh...Awak ni....Kacau je la rendang tu..."

"Aku punya badan pun tegap juga...Ada sixpack lagi...Taknak pula dia tengok....Huh!"Perlahan sahaja dia membebel..

"Assalamualaikum.....Abang!!!!"
Suara orang bagi salam memecahkan kesunyian ruangan dapur. Siapa lagi kalau bukan ulat beluncas tu.

Eh dia ni, dah takda rumah ke?.. Baru lagi balik dari rumah nenek.. Ni dah kenapa datang semula?

"Waalaikumusalam...Lia buat apa datang sini. Tadi kata ada hal mustahak.."Ujar Sayf Aydeen.

"Ohhh...Mak je pergi dengan ayah... Lia tak suka la pergi tempat yang ramai orang....
Kenapa?Lia dah takboleh datang rumah nenek lagi ke?

"Bukan tu maksud abang...Cuma pelik la...Tadi macam tergesa-gesa sangat..."

"Memang urgent pun, tapi Lia je taknak pergi....Abang buat apa? Nak Lia tolong tak?"Talia sudah memegang sudip kayu itu.

"Eh..Takpe-takpe...Abang boleh buat...Lia tolong Syaf potong sayur Lodeh tu...."

"Ala..Lia tak suka potong sayur..
Lia suka kacau-mengacau je..."
Taknak dia duduk dengan sepupunya itu..

"Hah..Okaylah..Nah, kacau jangan bagi hangit ye!...Abang nak tolong Syaf.."Nak sangat kan...Buatlah! Kacau isteri aku lagi bagus...

"Abang tolong sayang eh? Nak potong apa lagi?"Dia ambil tempat di sebelah isterinya.

Menyirap sahaja dia tengok sepupunya itu. Ingat lepas peristiwa tadi. Sepupunya itu takkan kacau suaminya lagi. Kau tunggu!

"Abang....."Meleret Syafa Adreen memanggil suaminya sambil pusing menghadap lelaki itu.

"Err...Ye sayang?"

"Reen pening kepala la.....Abang picitkan boleh?"

"Bo..Boleh..Jomlah, abang picit dekat bilik.."Lain macam isterinya ini. Siap tukar gelaran lagi ni.

"Taknak...Dekat sini pun okay...
Cepatlah abang....Reen...
Peeeeeeenniinnggggg sangat ni!"Matanya menjeling Talia. Muka Talia dah macam apa dah. Bengang ke tu?

"Okay..Come..Tell you, I have a magic hands..."Syafa Adreen merapatkan jarak. Suaminya sudah mula memicit tepi kepalanya. Ada hati nak caras suami orang. Hambik ni, aku bagi kau meroyan sikit. Huh!

"Sayang okay tak ni?"

"Okay...Pening sikit....Abang picit nanti, hilanglah.."Matanya menjeling Talia lagi.

Sayf Aydeen tersenyum lalu mendekati telinga isterinya itu.

"I know what are you doing right now!...Talia right?"Dari tadi duk jeling Talia. Ingat dia tak perasan? Saje la tu nak bikin orang sana sakit hati..

"Kenapa? Awak marah ke saya mainkan dia?"

"Nope..Why should I?...But...Let me be an actor too..Tak seronok main sorang-sorang..."

"Huh?"Syafa Adreen pelik dengan kenyataan suaminya.

"Ni apa orang cakap dekat abang tau, ciuman mampu melegakan rasa pening... Kita try test nak?" Ujar Sayf Aydeen. Sengaja dia kuatkan suaranya. Nak bagi orang yang duk kacau rendang tu dengar.

Syafa Adreen memandang suaminya..Ni nak ambil kesempatan namanya...
Teori mana entah dia pakai ...

"Errrrr...Waaaa..Tak pening dah...
Hebatla tangan abang....." Aku menjeling dirinya... Tangannya yang masih disisi kepala, aku pegang dan aku jauhkan dari kepalaku.

"Ye ke? See....I told you.... Tangan abang ni ajaib.....So takpayah cium la ni?"

"Eh takpayah...Segar dah kepala otak Reen ni....Hehehe..."Segera aku capai lobak lalu aku potong bulat...Melebih pula lelaki ni... Aku seligi nanti baru tahu!

"Auucchhh!"Terdengar suara orang mengaduh. Aku dan Sayf Aydeen pandang ke arah suara itu.

"Sikit je ni... Tangan Lia terkena telinga kuali..."

"Ohhh okay...Hati-hati tau..."Balas Sayf Aydeen...Lalu terus menolong isterinya...Correction..
Bukan menolong tetapi menganggu isterinya.

"Hish!"Ujar Talia geram.. Ingat nak datang tengok aku...
....Macam tu je dia balas...?

"Sayang....Kenapa sampai berpeluh ni....Meh abang lapkan...."Tisu yang berada di atas meja makan itu diambil lalu dia mengelap tepi dahi isterinya.
Bukan nak over ek, memang isterinya itu sedang berpeluh...

Talia yang pandang adengan suami isteri itu hanya menahan geram... Eeeee.... Mengada betul!..

"Eh...Kamu datang balik ni dah kenapa?Tadi kata ada hal
mustahak sangat.."Nek Kalsom yang baru selesai solat itu
masuk ke dapur semula.

"Mak dengan ayah je yang pergi.. Lia malas nak ikut..."Mendatar sahaja dia menjawab.

"Dah la nek...Lia nak balik....Ada kerja nak buat...."Sudip itu diberikan kepada neneknya. Kemudian berjalan selamba melintasi pasangan merpati sejoli itu. Siap package jelingan tenggiling lagi diberi..

"Pulak dah....Hish...
Macam-macam la perangai budak Lia ni..."Nek Kalsom menggeleng kepala melayan keletah cucunya yang satu itu..

"See...Abang dah cakap....Main sorang-sorang tak best...Reen tak nampak ke muncung dia tu mengalahkan paruh burung belatuk panjangnya?"Ujar Sayf Aydeen...

"Whatever.."Balas Syafa Adreen..Malas dia ambil pusing tentang sepupunya itu..

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now