Tercungap-cungap dia meminta tolong. Tiada seorang pun datang menolong. Air sudah banyak masuk ke mulutnya.
"Tolong!....Sesiapa.....Tolong!"Jerit Syafa Adreen. Kala ini dia rasakan oksigen dalam tubuhnya semakin kosong. Puas dia menolak kaki untuk naik ke udara. Namun, semakin lama semakin dalam dia tenggelam. Tiada daya lagi dia mahu bernafas akhirnya dia tenggelam dalam laut yang luas itu.
"Tolongggg!!!"Tersedar dia dari lena. Nafas menjadi kencang. Mimpi tadi seakan nyata. Peluh di dahi merenek keluar.
"Astaghfirullah..."Ucapnya. Air mata mula merembes keluar. Kejadian itu kembali menghantui dirinya. Traumanya kembali menyerang. Dia duduk sambil memeluk lutut. Nafas masih tidak teratur.
Bunyi tangisan menyebabkan lena Sayf Aydeen terganggu. Dia buka mata, cuba mengamati keadaan sekeliling. Dia nampak satu susuk sedang duduk sambil memeluk lutut di sebelahnya.
"Reen..?"Tiada sahutan malah tangisan yang menyambut panggilannya. Sayf Aydeen membuka lampu tidur di sebelahnya. Bilik yang tadi gelap kini terang sedikit akibat cahaya tersebut.
"Hey Reen..Kenapa ni?"Sayf Aydeen mendekati isterinya. Bahu wanita itu disentuh.
"A...Abang..."Ujar Syafa Adreen. Lantas tubuh itu dia peluk kemas.
"Ye sayang...Abang ni...Kenapa ni? Apa yang dah jadi?"
"Reen takut....Reen...Reen.. mimpi Reen lemas..."Teresak-esak dia menceritakan itu kepada suaminya.
"Shhhh...Tak sayang...Sayang okay dengan abang....."Tak sangka pula perkara petang tadi menghantui mimpi isterinya.
"Maafkan abang sebab paksa Reen mandi petang tadi...."Tepi kepala isterinya itu dicium. Rambut itu dia belai penuh kasih.
Sayf Aydeen meleraikan pelukan kemudian kedua tangannya menekup wajah isterinya. Air mata yang mengalir itu dia seka dengan perlahan.
"Dah jangan nangis.. Abang ada dekat sini...."Tiada lagi air mata yang keluar cuma esakan sahaja yang masih kendengaran.
"Reen ada apa-apa nak cerita dengan abang?"Dia yakin ada sesuatu yang isterinya itu simpan.
Syafa Adreen menunduk. Tak tahu sama ada dia perlu kongsi ke tidak trauma dia kepada suaminya.
"It's okay kalau Reen tak ready nak cerita...Take your time...Abang tunggu.."
Wajah itu dia tatap. Ada rasa nyaman apabila melihat wajah itu. Dia mendekati suaminya lalu tubuh itu sekali lagi dia peluk.
"Abang takkan tinggalkan Reen kan?"Tanya Syafa Adreen di dalam pelukan.
"Tak sayang...Abang kan dah janji nak bahagiakan Reen..."
"Reen ambil risiko ikut abang balik.. Reen harap abang maksudkan kata-kata abang...."
"In sha Allah Reen...Abang takkan sia-siakan Reen lagi..Itu janji abang..."
"Reen pernah lemas..."Ujarku perlahan.
"Huh? Bila?"Dia cuba untuk merungkaikan pelukan namun isterinya itu semakin mengeratkannya. Akhirnya dia membiarkan, belakang badan isterinya itu dia usap.
"5 tahun lepas..."
"Reen dengan siapa waktu tu? Dekat mana?"
"Kami join event yang pihak universiti anjurkan. Dekat Pulau Tioman...Petang tu Reen dengan kawan-kawan main dekat gigi pantai je....Entah macamana Reen boleh berani pergi ke tengah...Sedar-sedar, Reen dah jauh dari tepi pantai....Bila Reen nak patah balik, kaki Reen tak boleh bergerak. Kejang tiba-tiba....Reen cuba jerit panggil kawan Reen..Tapi diaorang tak dengar...Sampailah satu ombak besar datang, Reen dibawa ombak."
Dia merungkaikan pelukan lalu wajah suaminya dipandang...
"Reen jerit minta tolong...Masa tu Reen dah fikir mati je....."
"Apa jadi lepas tu?"
"Reen tak ingat.....Bila Reen sedar, Reen ada dekat hospital...."
"Reen trauma?"
Syafa Adreen mengangguk. Masa di kampung haritu. Tidak teringat langsung tentang traumanya. Cuma apabila petang tadi. Traumanya kembali. Mungkin situasinya agak sama.
"Look here..."Syafa Adreen memandnag suaminya.
"Abang minta maaf sebab hal petang tadi...Abang tak tahu...."
"Takpe..Abang taktahu...."
"Nanti kita sama-sama ikhtiar hilangkan trauma Reen....Okay?"
Aku mengangguk. Lalu kami bertatapan. Dia masih lagi mengelus wajahku membuatkan aku sedikit tenang dan terbuai.
"Reen.."Sayf Aydeen memanggil.
"Hurm?"
Wajahnya semakin mendekat sehingga dahi kami bercantum.
"Abang tak janji akan selalu ada disisi Reen tapi abang akan cuba untuk sentiasa lindungi Reen...Lepas ni, kalau ada apa-apa yang menganggu fikiran Reen..Bagitahu abang..."
"Okay.."Perlahan sahaja jawapan ku. Hampir tak terkeluar nadanya kerana kedudukan kami yang terlampau dekat. Membuatkan aku gemuruh.
"Janji dengan abang.."Ujarnya lagi. Kini aku hanya mampu mengangguk. Tak daya nak bersuara.
Sayf Aydeen menjauhkan dahi mereka lalu dahi isterinya diganti dengan ciuman. Perlahan-lahan ciuman itu turun ke mata, pipi dan akhir sekali bibir.
"I love you Syafa Adreen binti Ahmad Syukor"
Syafa Adreen tak mampu menolak kerana dia juga sama terbuai. Lama dia dambakan belaian seorang suami. Dia reda dan rela untuk malam ni. Semoga ini menjadi titik permulaan buat mereka menuju kebahagian.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...