3 hari berada di Cherating merupakan memori yang sangat indah. Dia takkan lupakan kenangan itu. Kini mereka sudah sampai di kediaman keluarga Sayf Aydeen.
Apabila kami selesai bersalaman dengan mama dengan papa, kami berdua naik ke bilik begitu juga dengan kembar. Mama orang paling bahagia nampak aku ikut Sayf Aydeen pulang. Sampai menangis mentuaku itu apabila memeluk diriku. Syukur dikurniakan mentua yang baik.
"Sayang..."
"Hurm?" Aku yang baru sahaja melepaskan shawl berpaling ke arah dia.
"Sini kejap...."Dia menggamit ku duduk di birai katil.
Aku menghampirinya lalu aku duduk disebelahnya.
"Kenapa?"
"Nah.."Dia menghulurkan satu pamplet kepadaku. Muka hadapan pamplet tersebut adalah gambar sebuah rumah.
"Kenapa bagi Reen pamplet ni?"
"Cantik tak rumah tu?"
Aku pandang semula ke arah pamplet tersebut. Cantik! Rumah banglo 2 tingkat. Nampak macam perumahan elit.
"Cantik..Tapi kenapa?"
"Abang rasa nak beli...So that kita sekeluarga boleh duduk situ..."
"Maksud abang?"Aku memang blur sekarang ni?
"Pindah....Abang nak bawa sayang dengan anak-anak pindah rumah..."
"Pindah?"
Sayf Aydeen mengangguk. Dah lama dia fikir tentang hal ini, sebelum dia berkahwin dengan Syafa Adreen lagi. Dia nak sedikit privasi dari keluarga. Jadi dia buat pilihan untuk pindah. Tapi tak jauh pun dari kediaman orang tuanya. Masih lagi boleh untuk ulang-alik.
"Mama dengan papa tahu?"
"Tahu....Abang dah bincang dengan diaorang and diaorang okay....Kenapa? Reen tak suka ye?"
Syafa Adreen geleng. Bukanlah tak suka cuma berat hati sahaja nak pindah. Mama mesti sunyi nanti takda kawan. Fea pun jarang-jarang balik rumah sekarang.
"Hey kenapa ni?"Sayf Aydeen memegang wajah isterinya.
Syafa Adreen menggeleng.
"Mesti mama takda kawan..."
Sayf Aydeen terkejut dan setelah itu dia ketawa...
"Kenapa abang ketawa? Abang tak kesian dekat mama ke?"
Sayf Aydeen menggeleng lalu dia menarik tubuh isterinya itu ke dalam pelukan.
"Bertuah mama dapat menantu macam Reen...Sayang betul ye Reen dengan mama..."
"Abangg...Tsk!"Aku serius dia main-main pula..
"Sayang janganlah risau...Rumah kita tu tak jauh pun dari sini....
Bila-bila masa sayang nak jenguk mama pun boleh....""Betul ke?"
Sayf Aydeen melepaskan pelukan lalu mengangguk.
"So...Apa konsep rumah kita? Cat warna apa? Semua dah lengkap ke?"Tanya Syafa Adreen yang sekali lagi buat Sayf Aydeen terkejut. Aik?
"Tadi bukan main macam berat hati nak tinggalkan mama..Ni dah kenapa excited pula ni? Orang perempuan memang macam ni ke?"
"Macam ni apa?"
"Mood swing...Ada suis dekat mana-mana ke? Sekejap je bertukar mood..."
"Haah....Perempuan je tahu suis tu dekat mana...."
"I'm curious..."Sayf Aydeen meletakkan jari di dagu..
"Curious of what?"
"Suis apa je yang ada..."
"Banyak sampai tak terkata....
Dahlah....Kenapa cerita pasal suis pula ni..?"Syafa Adreen bangun namun badannya dipeluk oleh Sayf Aydeen dari belakang."Suis ke mood suami dan isteri ada tak?"
"Errr..."Tak terjawab soalan suaminya apabila dia kini sudah dicempung oleh Sayf Aydeen ke arah katil.
"Or should I switch it on by myself, hurm?"Sayf Aydeen sudah kenyit mata...
Syafa Adreen terasa seakan payah untuk menelan air liur apabila wajah suaminya semakin mendekat, segera dia tutup mata..Adakah ini namanya teknik pukauan? Sebab dia memang tak mampu berbuat apa-apa......Lemas dalam pukauan cinta suaminya...
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...