Part 54

4.5K 126 0
                                    

"Are you ready kids?" Sayf Aydeen sudah memakai tali pinggang keselamatan lalu dia memandang cermin belakang untuk melihat anak-anaknya.

"We are ready daddy..."Jawab mereka serentak.

"Reen ready?"Pandangan dia berubah kepada isterinya yang cantik mengenakan dress labuh bewarna peach serta shawl yang berwarna senada.

Syafa Adreen hanya mengangguk. Sebentar tadi, mereka baru sahaja bersalaman dengan Nek Kalsom dan Atok Jais. Seminggu lebih dia tinggal di kampung membawa hati yang lara.

Dan sekarang, dia di dalam kereta bersama lelaki ini. Terpaksa la dia tinggalakn Mini Cooper kesayangannya apabila lelaki ini berkeras mahu mereka pulang dengan satu kereta sahaja.

Bersediakah hatinya untuk terluka buat kali kedua? Dia pusing kebelakang untuk melihat si kembar. Bukan main ceria lagi muka masing-masing. Ibu terima sebab anak-anak. Semoga apa yang ibu buat ni berbaloi.

"Kita nak kemana daddy?"Tanya Raikal apabila kereta mereka sudah meninggalkan halaman rumah Nek Kalsom.

"Ingat tak yang Raikal dan Raina plan nak bercuti?"

"Ingat..Ingat..."

"So...Hari ni, daddy dengab ibu nak bawa pergi bercuti la..."

"Are you serious daddy?"Tanya Raina.

"Off course darling..Do you guys like it?"

"Yeayyyy!!!"Sorak mereka berdua. Syafa Adreen tersenyum melihat telatah si kembar.

Tiba-tiba senyumannya mati apabila ada tangan lain menyentuh tangannya yang terletak di atas riba.

"And we also can have our time too....Just the two of us..."
Perlahan sahaja Sayf Aydeen bersuara, cukup hanya untuk masuk ke dalam telinga si isteri.

"Fokus drive tu....Bahaya drive satu tangan je..."Syafa Adreen meletakkan tangan suaminya di stereng kereta.

"Okay, sayang..."Sayf Aydeen tersenyum manis.

Dalam beberapa jam perjalanan akhirnya mereka sampai ke destinasi. Pulau Cherating menjadi pilihan mereka untuk bercuti. Suaminya ini memang membuat penyediaan awal. Tengoklah sekarang, kawasan receiptionist itu dipenuhi dengan manusia. Datang bercuti gamaknya. Mujurlah suaminya itu sudah menempah bilik awal-awal.

Mereka dibawa oleh staf disitu ke villa yang ditempah selama 3 hari 2 malam. Apa yang aku dengar, lelaki ini menempah satu family villa. Dengar sahaja sudah tahu keluasan tempat penginapan tersebut. Membazir sahaja la suaminya itu. Pilih bilik biasa sahaja pun dah okay. Bukannya mereka lama disini.

"So sir..This is your villa...I hope you all can enjoy this staycation and if you all need anything, just call the receiptionist..We will come for you sir..." Ujar staf lelaki yang bernama Izlan itu.

"Yeah sure...Thank you for your service.."

"You are welcome sir.."Setelah itu, staf tersebut berlalu dari villa kami.

"Okay guys..Let's go inside.."

"Yeayyy!"Anak kembarnya memang teruja sejak turun dari kereta tadi. Nak pula mereka nampak pantai tidak jauh dari villa.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now