Part 62

4.4K 131 2
                                    

"Let me do it for you.."Tuala kecil yang dipegang Syafa Adreen bertukar tangan. Saat itu dia duduk menghadap cermin di meja solek.

"Anak-anak dah mandi?"Saat dia hendak mandi tadi, dia sudah pesan kepada Raikal dan Raina untuk bersihkan diri. Takut demam pula.

"Dah...Abang dah tengok tadi.."
Balas Sayf Aydeen sambil tangan sibuk mengeringkan rambut isterinya.

"Abang....Tak lama lagi nak masuk ramadhan dah kan?"

"Betul....Kali ni lagi meriah sebab sambut dengan sayang..."

Syafa Adreen tersenyum.

Dia perasan isterinya itu senyap sahaja sejak selesai mandi tadi...Ada yang tak kena ke?

"Kenapa ni hurm?"Sayf Aydeen memusingkan isterinya agar menghadap dirinya. Lalu dia berlutut di hadapan isterinya.

Syafa Adreen menggeleng dan tersenyum.

"Hey..Kenapa menangis ni? Abang ada buat sayang sedih ke?"Dia mengangkat dagu isterinya.

"Tak....Reen happy..."

"Then, why are you crying?"Air mata isterinya itu diseka.

"Reen tak sangka..Dalam umur Reen yang macam ni..Reen diberikan jodoh yang baik...Anak-anak yang soleh dan solehah....Tak pernah Reen terfikir pun semua ni bang...Jadi Reen rasa sebak dan terharu.."

"Sayangg.....Abang yang sepatutnya rasa macam tu...Umur sayang muda lagi tapi, dah terpaksa jadi ibu express...
Kahwin dengan duda pula tu....
Abang nak ucap terima kasih sebab sudi terima kami tanpa syarat..."

"Jujurnya, Reen dah mula sayang kembar sejak hari pertama Reen jejak kaki dekat rumah ni...Reen taktahu tapi naluri Reen ni sayang sangat dekat mereka....
Reen cuba letak diri Reen dekat tempat mereka, Reen nak bayangkan macamana membesar tanpa kasih ibu...They such a strong kids bang.. Reen bangga dengan mereka...
Walaupun tanpa kasih ibu, mereka dilimpahi dengan kasih sayang orang yang berada di sekeliling mereka..."

"Ya...Abang akui itu...Tak mudah sayang untuk mereka yang baru berusia 5 tahun..Abang bangga dengan kembar..Dan abang terharu sebab sayang anggap mereka macam anak sayang sendiri..Terima kasih sekali lagi.."

"Siapa tak jatuh kasih dengan kembar yang cerdik dan baik macam mereka? Abang dengan yang lain besarkan mereka dengan baik..."

Sayf Aydeen memandang isterinya dan mengangguk. Betul tu. Dia banyak terhutang budi dekat mama, papa dan Fea. Sebab mereka lah banyak besarkan kembar ketika dia di US dulu.

"Reen.."

"Hurm?"Tanganku dielus oleh Sayf Aydeen. Matanya seakan ingin memberitahu sesuatu.

"Abang dah sedia nak ada anak lagi..."

Syafa Adreen terkejut. Serius?

"Be..Betul ke ni?"Selama ni dia hormat keputusan suaminya itu. Sebab itu dia ada ambil ubat pencegah kehamilan. Walaupun pada mulanya dia sedih tapi kesihatan suaminya juga perlu diambil kira.

Sayf Aydeen mengangguk. Rasanya dia tak boleh selfish. Sepatutnya dia kena percaya pada takdir. Reen juga ada hak untuk jadi seorang ibu. Dia nampak isterinya itu berat hati ketika menelan ubat pencegah kehamilan semalam.

"Abang tak boleh selfish....Sayang ada hak nak jadi seorang ibu....In sha Allah, abang sedia...Abang percaya qada dan qadar Allah..."

"Terima kasih abang..."Dia memeluk suaminya itu. Jujur dia memang nak sangat jadi ibu. Dalam erti kata lain, dia nak rasa pengalaman mengandung. Sekali pun dia dah bersyukur. Lagipun dia dah ada Raikal dan Raina.

"Terima kasih sebab banyak bersabar dan berkoban untuk abang....I love you so much sayang..."Ujarnya disebalik pelukan.

"I love you too abang...."Balas Syafa Adreen.

....
TBC
....

Ya Allah...Kapan aku ya Allah?
🤧🤧🤧🤧
Padah kalau standard kau tinggi mengalahkan gunung everest...
Hahahahaja....

Tak lama dah nak tamat cerita ni...
Stay tuned guysss....
LOL...😘😘😘

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now