"Kamu dah dapat ke babysitter nya Aydeen?"Setelah 2 minggu duduk berehat di rumah. Hari ni dia akan masuk ke office. Papanya awal-awal lagi sudah berangkat ke office. Katanya nak set up majlis untuk sambut dia. Over betul papanya itu. Bukannya sebelum ini dia tidak pernah bekerja disitu.
"Belum ma...Kriteria yang Aydeen tengok, semua tak kena...Bagi Aydeen masa lagi ma..."Dia menghirup kopi panas itu.
"Mama cadang anak kawan mama boleh? Lagipun, kawan mama kata, anak dia baru habis belajar. Sementara tunggu panggilan kerja, bolehlah dia jaga kembar tu dulu." Bukan dia taknak jaga. Sudah berbuih dia memberitahu anak sulongnya yang dia boleh sahaja jagakan kembar itu.
Namun ditolak berkali-kali. Alasannya, tifak mahu menyusahkan lagi. Cukup 4 tahun Sayf Aydeen meminta untuk menjaga anaknya.
"Mama minta dia hantar resume, bagi along tengok dulu..Boleh?"
Dia taknaklah terima sebarangan orang untuk jaga anak-anaknya. Dengan kes dera sana-sini.. Dia perlu berhati-hati."Baiklah..."Puan Sri Faridah akur. Asalkan semuanya yang terbaik untuk cucu-cucunya.
......
"Buat apa resume orang mak?"
Syafa Adreen menghulurkan fail nipis itu kepada Puan Roslina."Carikan kamu kerjala.."Balasnya selamba..
"Kenapa? Mak ada kenalan rapat dengan tauke kain ke? Diaorang nak pakai desingner eh?"Jurusan fesyen yang diambil selama 4 tahun di London, UK membuatkan semangat Syafa Adreen berkobar-kobar.
"Bukan kerja tu..."
"Habis?"
"Jadi babysitter.."
"Huh?"
"Anak kawan mak cari orang yang boleh tolong jagakan anak-anak dia...Jadi sementara kamu nak dapat kerja tetap ni, eloklah kutip pengalaman dulu..."Apa mak ni? Pengalaman tu tak sama langsung dengan background pengajiannya. Takda pula dalam silibus dia belajar tentang jaga anak orang.
"Makkk...Mana la orang reti jaga budak-budak...."Masa adik kembar dia kecil pun, dia tolong-tolong gitu je. Sebab beza umur mereka bukan jauh pun. 2 tahun je.
"Alah...Bukannya bayi lagi..Dah besar dah pun....Kamu tolong pantau sahaja. Mereka balik sekolah pkul 12....Tak lama pun kamu jaga..Dari jam 12 sampai 5 petang je kak..."
"Diaorang ke yang Neen cerita gaji sampai RM2000 sekepala?"
"Hah! Neen dah cerita ke? Baguslah...Haah...Gaji RM2000...Cucu kawan mak tu kembar..Jadi RM4000 la gaji kamu. Bolehlah kamu kumpul duit poket sementara."
Aku mengeluh. Apa muka aku ni ada nampak suka jaga budak-budak ke?
"Amacam? Cuba ye kak....Kalau kamu takboleh, kamu minta berhenti.."Mak cuba pujuk.
"Okaylah-okaylah....Sementara je sebelum orang dapat kerja tetap.."
"Okay...Mak nak call kawan mak sekejap."
Aku melihat susuk mak yang berlalu dari ruang tamu itu. Aku nak kena baca buku cara-cara nak jaga budak-budak ke macamana ni?
......
"Kakak siapa?"Tanya budak lelaki itu.
"Errr...Akak babysitter korang la...Hi, nama akak Syafa Adreen...Panggil Kak Syaf je.."
"Opah....I dont like her...."Ujar budak perempuan itu pula sambil memeluk kaki Puan Sri Faridah.
"Raina...Jangan cakap macam tu...Kakak ni baik tau.."Kembang juga la hidung aku bila kena puji ni.
"How old are you?"Aku boleh nampak yang budak lelaki ni ada aura yang matang, berbeza dengan budak perempuan ni. Jadi aku teka, yang lelaki ni yang sulong.
"I am 24 years old...How about you?"Aku memaniskan wajah.
"5 years old..Same like her..."Dia menunjuk ke arah budak perempuan itu.
"Ohhh..You guys are twins, right?"
"Yuppp...Tapi Raikal lahir dulu, jadi Raikal abang dan Raina adik,,"Balasnya. See! Kan betul aku cakap yang lelaki ni sulong.
"Ooohhhh I see...Raikal dengan Raina nak tahu, akak pun ada adik kembar...Nak tengok tak?"
"Nakkk.."Budak perempuan tadi bersuara tapi masih memeluk kaki opahnya. Eleh, kata tak suka aku...Hehehe
"Come...Akak tunjuk.."Aku menggamit budak perempuan yang diberi nama Raina itu. Agak perlahan dia melangkah menghampiriku. Takut aku gamaknya.
"Ni Kak Adleen dan ni Kak Adneen....See! Their face are same right?"Adik aku ni kembar seiras manakala mereka berdua ni pula kembar tak seiras. Jadi boleh beza lagi muka mereka.
"Wow...Raikal takboleh nak beza.."Aku senyum.
"Meh akak bagitahu macamana nak bezakan...Kak Adleen, dia ada tahi lalat dekat pipi...Kak Adneen takda...."Aku zoom gambar adik kembar ku itu.
"Haah la..."Jawab Raina.
"Kannn!"Balas ku.
"Ehem...Syaf, aunty pergi dapur dulu ye...Kalau ada apa-apa, panggil je aunty okay?"
Aku memandang ke arah Puan Sri Faridah lantas mengangguk.
"Okay aunty,,"Balasku.
Baik juga Puan Sri Faridah ni. Aku ingat tipikal orang kaya, semua sombong-sombong. Itulah orang kata, jangan menilai dari luaran.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...