"Kamu naik dengan Aydeen ye Syaf...Pak Karim dah pergi dulu tadi kena hantarkan uncle kerja awal.."
"Err, yeke? Kalau macam tu, tak jadilah saya hantarkan mereka..."Naik dengan mamat ni? Taknak aku..
"Kalau macam tu...."
"Naik dengan aku..." Tak habis lagi Puan Sri Faridah cakap ada yang memintas.
"Encik sahaja la yang hantar diaorang...Nanti kalau saya ikut, encik nak kena patah balik ke sini..Kan menyusahkan.!"
"Ala..Kak Syaf kan dah janji nak hantar kami semalam...Ustazah kata, ciri-ciri orang munafik apabila dia berjanji dia mungkiri...Kak Syaf nak jadi orang munafik ke?"
Tersekat air liur dia apabila ditazkirah oleh anak soleh ini. Bukan akak nak mungkir janji Raikal oiii...Ni masalahnya, bapak korang ni....
Aku pandang mamat tu. Dia siap angkat kening lagi. Ejek aku la tu. Kuangsemm..
"Jom Kak Syaf...I am ready.."
Raina telah memaut lengan Syafa Adreen."Kau tahu anak-anak macam mana kan? Diaorang takkan berhenti sampai hati diaorang puas.."
"Aunty..Syaf pergi dulu...
Assalamualaikum.."Apa lagi yang boleh dia buat sekarang...Hantar kembar ke sekolah bukanlah satu hal yang membebankan, tapi....Berada di dalam satu kereta dengan bapak orang ni yang dia tak suka...Ergh!Aku baru nak buka pintu belakang tapi laju dihalang oleh Raikal. Raina dah selamat masuk ke dalam perut kereta.
"No..No...Kak Syaf duduk depan dengan daddy..."
"Alaaa..Biarlah Kak Syaf duduk dengan Raina...Raikal duduk depan dengan daddy ye?"
"Raikal tak suka kalau duduk depan...Sorry.."Dia terus buka pintu kereta.
"We can share right..Kita duduk bertiga nak?" Aku tahan pintu kereta dari ditutup oleh Raikal.
"Okay.."Yess...Baru je nak tutup pintu, si dia dah bersuara.
"Duduk depan Reen..Aku bukan driver kau.."Ekeleh mamat ni..Tu pun berkira..
"Haah Kak Syaf..Kesian daddy duduk sorang-sorang.."Balas Raikal.
"Betul..Betul...Betul..."Sambung Raina.
Eh..Eh..Diaorang ni...Bapak korang kan, korang la teman, apsal aku pula?
"Masa tak tunggu kita...Boleh cepat tak?"Merengus pula mamat ni. Hish! Aku taknak ikut tadi, budak-budak ni merengek...Aku dah ikut, bapak diaorang pula banyak cekadak...
"Fine!"Aku tutup pintu belakang lalu aku buka pintu depan. Masuk dan terus tarik seat belt.
.....
"Mummy Raikal dengan Raina ye? Baru harini dapat jumpa..."
Ujar wanita yang bertag nama Nora itu."Eh..Bukan..Saya pengasuh mereka sahaja..."Balasku. Apa aku nampak macam mak budak-budak ke?
"Maaf..Saya ingat mummy diaorang..."
"Takpe..Cikgu, cikgu kembar ye?"
"Haah, saya Nora..Cik?"
"Saya Syaf...Takpelah cikgu, saya balik dulu ye..Diaorang pun dah selamat masuk kelas tu.."
"Haah yela...Hati-hati, Assalamualaikum"
"Terima kasih, waalaikumusalam.."
Aku berjalan menghampiri kereta daddy Raikal dan Raina, lalu cermin di tempat pemandu aku ketuk. Sekejap sahaja dia menurunkan cermin tersebut.
"Errr...Encik pergilah office..Saya boleh order grab dari sini.."
"Apsal? Kau nak curi tulang eh?"
"Untuk pengetahuan encik..Saya punya waktu kerja pukul 12 tengah hari tau....Sekarang ni baru pukul 8..Jadi saya boleh je nak pergi mana-mana je yang saya suka sekarang.."
"Argh! Takda-takda, nanti mama bising sebab aku tak hantar kau balik!"
"Saya cakap la dengan aunty..
Encik janganlah risau..."
Hish..Mamat ni degil nak mampus."Aku ni jenis tak suka cakap banyak kali...Dah masuk!"
"Tapi encik sa..."
"Masuk Reen!"Dia menaikkan cermin tingkap. Aku geram betul la dengan dia ni..Ikut suka kepala dia je!
Kali ni memang taklah aku nak duduk depan. Lantak dialah nak cakap aku bos dia driver ke apa! Yang penting aku taknak duduk depan dengan dia. Aku nak naik grab dia tak bagi..Huh!
"I told you, that I am not your driver."
"Ikut suka sayalah...Saya nak naik grab encik paksa-paksa saya naik dengan encik...Saya duduk mana-mana pun tak penting, sekarang ni saya dah ikut encik kan?"
Stereng kereta digenggam erat. Degil! Keras kepala! Kepala batu!
"Testardo!"
"Apa do?"Tanya Syafa Adreen. Tak dapat dia tangkap ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
Namun soalannya dibiarkan sepi. Sayf Aydeen masuk gear lalu menekan minyak. Pancuan empat roda itu bergerak meninggalkan kawasan sekolah kembar itu.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...