"Apa kamu dah buat dengan Syaf, Aydeen? Raikal mengadu dekat mama yang semalam kamu tarik dia.."Patutlah si Syaf tak datang ke rumah dia hari ini. Siap dihantar pesanan untuk minta cuti dua-tiga hari. Bila ditanya mengapa, tidak pula gadis itu menjawab.
"Along tak buat apa pun..."Sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya.
"Kalau kamu tak suka tingkah dia, duduk berbincang baik-baik...Jangan nak besar-besarkan masalah. Kamu tu dah dikira baik, dia nak kerja semula dekat sini..Ini kamu buat hal lagi....!"
"Dia masuk campur urusan keluarga along...Dan along tak suka!"
"Sebab tu mama cakap duduk berbincang.. Jangan nak tengking melulu...Kalau dia nak berhenti kerja lepas ni..Mama taknak masuk campur...Kamu tahu kan anak-anak kamu macam mana bila Syaf takda hari tu..Kamu tanggung sendiri.."Kemudian Puan Sri Faridah berlalu meninggalkan Sayf Aydeen sendirian.
......
"Aydeen! Aydeen!"Puan Sri Faridah kalut memanggil anaknya. Semasa nak turun sarapan tadi, sempat dia masuk ke bilik cucunya. Niat dihati nak tengok cucunya sudah bangun atau belum. Lain pula jadi apabila tangannya menyentuh dahi cucunya dan berasa bahang.
"Kenapa ma?"Sayf Aydeen muncul dengan wajah yang terpinga-pinga.
"Raikal...Demam...Panas ni Aydeen..."Sayf Aydeen melangkah mendekati anak bujangnya. Dahi serta tubuh kecil itu disentuh. Panasnya!
"Raikal sayang..Bangun....Dengar daddy kan?"Dia cuba mengejutkan anaknya. Kelopak mata yang bergerak-gerak itu membuatkan nafasnya sedikit lega.
"Daddyyy..."Serak sekali suaranya.
"Ye..Ni daddy sayang...Kita pergi hospital okay?"
"Raikal nak mama..."Sayf Aydeen tergandah lalu wajah mamanya dipandang. Sebu dadanya dengan permintaan Raikal. Ya Allah..
"Kita pergi hospital dulu, okay?...Mama tengokkan Raina sekejap....Apa-apa hal along inform.."Segera tubuh kecil itu dicempung. Puan Sri Faridah mengangguk.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...