Part 75

4.7K 119 1
                                    

Pukul 1 pagi baru dia masuk ke bilik tidur. Saat masuk ke bilik, dia nampak katil sudah berpenghuni. Syukur. Sekurangnya, isterinya itu masih tidur di dalam bilik ini.

Selepas kejadian tadi, terus dia ambil kunci kereta untuk keluar. Dia tak sanggup nak hadap kecanggungan dalam rumah ini. Isterinya itu pun dia tak tahu pergi kemana.

Saat mahu menekan pedal minyak, pintu di sebelah penumpang dibuka dari luar. Dan susuk tegap itu masuk tanpa berkata apa-apa.

"Aku ikut kau..."Ujar Ashraf. Dia tahu, dia perlu selesaikan salah faham tersebut. Oleh itu, dia mengikut Sayf Aydeen dan ingin berbincang dengannya.

Sayf Aydeen tidak membalas kata-kata itu, sebaliknya dia terus menekan minyak dan membawa kereta jauh dari rumah Nek Kalsom.

.....

Bunyi esakan menyedarkan Sayf Aydeen. Segera dia menghampiri birai katil.

"Reen..."Dia menyentuh bahu isterinya itu.

Setelah itu, bunyi tangisan semakin jelas kedengaran. Sedarlah dia bahawa isterinya itu masih lagi menangis.

"Pandang abang Reen..."Tiada pergerakan yang terhasil.

"Abang minta maaf sebab tuduh Reen macam tu...Abang takda niat Reen...Abang cuma rasa tercabar dengan Ashraf.."Dia menunduk. 

"Saya tahu saya salah...Tapi sa..saya tak sengaja...Sampai ha..hati awak tu..tuduh saya sampai macam tu...."

"I know sayang..I know.....How stupid I am....Reen hukumlah abang.....Abang sanggup..."

Tiada balasan dari isterinya. Dia memusingkan badan isterinya yang sedang baring membelakanginya itu.

Sembap sepasang mata itu jelas kelihatan. Tanda yang sang isteri sudah banyak menangis.

"Sayang...Stop crying, pleaseee...."
Dia mengusap pipi yang basah itu.

"Hi..Hina sangat ke saya de..dekat mata awak?"

"Tak sayang...Tak....Please stop saying that...."Dia mencantum dahinya dengan Syafa Adreen.

"Abang yang salah Reen.....Abang salah sebab tuduh Reen melulu...I'm so sorry dear..."

"Sumpah..Sa..Saya tak buat maksiat be..belakang a..."

Terhenti bicara Syafa Adreen saat bibir itu bercantum dengan bibirnya.

Lama mereka begitu sehingga Sayf Aydeen sendiri yang melepaskan tautan bibirnya. Ada air jernih di tubir mata Sayf Aydeen.

"Pleasee..I'm begging you Reen....
Please stop saying that.....Abang minta maaf...Really...Really sorry...."Dia menggapai tangan isterinya lalu dikucup. Terdengar esakan dari lelaki itu.

Syafa Adreen menggigit bibirnya. Bagaimana aku nak membenci lelaki ini sedangkan hatinya tidak mampu berbuat begitu.

"Abang..."Syafa Adreen memanggil suaminya. Tangannya terasa basah dengan air mata lelaki itu. Hati ini mudah benar mengalah.

Sedikit pun Sayf Aydeen tidak mengangkat wajah dari tangan isterinya.

Syafa Adreen duduk dari pembaringan.

"Sayf Aydeen...Pandang saya..."Pula..Tadi dialog itu ditutur oleh suaminya. Sekarang dia pula yang ulang.

Sayf Aydeen hanya menggeleng.

"Baik....Kalau macam tu, awak jangan langsung pandang muka saya sampai bila-bila..."

"Sayang..."Segera dia angkat wajah.

"Tahu takut..."

"Jangan bergurau macam tu..Abang tak suka..."

....

TBC

....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now