"Syaf buat apa tu?"Terkejut aku saat ada suara yang menergur.
"Eh..Abang Acap ni, kejut Syaf....Tak ni, nenek suruh Syaf anyam daun ketupat ni....Dah lama tak buat, skill dah tumpul..."Dia ambil tempat di hadapan ku.
"Abang dah lama teringin nak anyam ketupat ni, tapi tulah....Syaf ajar abang boleh? Kut nanti boleh tunjuk skill depan mak mentua..."
"Hahaha..Serious nak tunjuk skill depan mak mentua dengan anyam ketupat? Abang Acap biar betul...?"
"Eh....Bukan calang-calang tau orang yang pandai anyam ketupat ni...Kira hebat la tu..."
"Ye..Apa-apa jelah...Ni tengok Syaf buat ni..."Aku mula menganyam sarung ketupat.
Mula-mula dia mampu mengikuti segala langkah namun..
"Syaf..Betul ke ni? Dahtu macamana abang nak keluarkan tangan abang ni?"Ada pula tangan dia berselirat dengan daun ketupat.
"Bukan macam tu la...Hahahahahaha....Abang Acap buat apa tu? Raya ni takda orang nak makan ketupat tangan la Abang Acap oiii..."
"Takpayah la gelak..Tolong abang ni hah..."
"Hish..Abang Acap ni, yang bukan-bukan je...Lain yang diajar, lain yang dibuat....Dah, koyakan aje...Guna daun baru..."
"Susah nau nak buat....Kenapa nenek tak beli yang instant je? Rebus je, kan senang!.."
"Biasalah...Orang lama, mesti nak buat cara lama....."
"Lama tak lama la, jangan esok disuruhnya abang tangkap ayam sudah.....Memang abang beli siap-siap ayam dekat pasar tu..."
"Hahahahahaha...Apa la Abang Acap ni, Syaf bagitahu nenek..."
.....
Entah kenapa perangai suaminya lain malam ni. Mulut suaminya itu bagai ada emas. Susah benar nak dengar suara.
"Abang?"Dia yang baru mengambil tempat di atas katil aku dekati. Aku duduk di sebelahnya.
"Hurm?"Dia menggapai handphone lalu dibeleknya. Bukan nak pandang isteri depan mata ni.
"Abang senyap je malam ni, dari berbuka tadi lagi Reen perasan..Kenapa? Ada problem dengan kerja ke?"
"Takda apa.."
"Abangggg....."Aku cuba menggapai lengannya namun ditepis perlahan. Tersentak aku dengan kelakuannya.
"Ada orang call...Nak jawab jap.."Dia bangun dari katil dan berlalu keluar dari bilik ini. Apa besar sangat ke rahsianya sampai kena jawab call dekat luar bilik?
Tiada langsung orang yang call. Sengaja dia nak berjauhan sekejap dari isterinya. Takut dia akan meninggi suara pula. Dia duduk di balkoni rumah sambil merenung langit yang pekat itu. Tiada langsung bintang di dada langit. Tanda nak hujan sekejap lagi.
Teringat kembali perkara petang tadi. Puas dia mencari si isteri di dalam rumah. Sampai ke dapur dia mencari. Dan tak sangka apa yang dia tengok petang tadi berjaya menganggu gugat jiwa lelakinya apabila dia melihat isterinya sedang bergelak ketawa dengan lelaki lain. Walaupun dia sedia maklum bahawa lelaki itu hanya sepupu isterinya.
"Abang tahu dia teruna dan abang ni duda....Mestilah dia menang banyak....Bahagia betul abang tengok Reen layan dia tadi...."Luahnya.
"Astaghfirullah.."Segera dia meraup muka. Kenapa kau tak percayakan isteri kau Aydeen...
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...