Dua minggu ni dia macam orang gila cari isterinya. Keluarga mentua dia pun tak tahu keberadaan isterinya itu. Mana Reen pergi Reen?
Sewaktu dia nak masuk ke bilik, dia terdengar perbualan anak-anaknya. Dah seminggu dia abaikan anak-anaknya. Apa khabar mereka agaknya. Baru je nak masuk, dia terkaku di pintu bilik.
"Bila ibu nak balik? She promised us to go to holiday.."
"Kan ibu call tadi cakap yang ibu akan balik nanti. Ibu suruh kita sabar kan?"Petang tadi mereka mendapat panggilan dari Syafa Adreen. Bukan main panjang lagi mereka berbual. Rindu? Usah cakaplah. Nasib baik opah baik, bagi mereka berbual lama-lama.
"Kita ajak daddy balik kampung ibu, nak?"
"Raina lupa ye ibu pesan apa? She doesn't want daddy know about it.."
"Until when abang? I miss her so much..."
Raikal angkat bahu. Dia pun takda jawapan.
"Raikal dan Raina ada cakap dengan ibu ke?"
Terbuntang mata kedua anak itu. Alamak....Kantoi!
"Bila ibu call?"
"Errr..."Raikal tergagap-gagap nak bagitahu.
"Kids....I need to know now!"
"Ibu call opah petang tadi....
Lepastu, kami cakap guna handphone opah..."Jelas Raikal. Aduuih, mesti ibu marah nanti...Sayf Aydeen pusing untuk turun ke dapur. Dia yakin mama masih ada di ruang tamu. Kenapa mama tak bagitahu dia tentang Syafa Adreen.
"Ma...Reen ada call mama ke? Kenapa tak bagitahu along?"
Puan Sri Faridah yang bersandar di sofa mula duduk tegak.
"Dia minta mama rahsiakan..
Mama cuma tunaikan permintaan dia. Lagipun elok la, biar dia cari ketenangan dulu...""Ma....Along macam orang gila cari dia...Kenapa mama buat along macam ni?"
"Biar kamu sedar bertapa berharganya seorang isteri...Jangan sesenang hati nak permainkan hati dia...Kamu ingat senang ke nak baik bila terluka macam tu?"
"Along tahu along salah....
Sebabtu along nak perbetulkan keadaan....Along cuma rasa bersalah dengan arwah Mia sebab kahwin dengan Reen....Tapi along lupa, Allah maha berkuasa....Dia dah lama masukkan Reen dalam hati along....Cuma along sahaja yang berat nak terima...""Kamu yakin ke kamu dah terima dia sebagai isteri?"
"Tolonglah ma...Bagitahu along dekat mana Reen ada sekarang....
Along akan yakinkan mama dengan Reen yang along memang bersungguh..""Baik...Ini kali terakhir Aydeen....
Mama taknak kamu sakitkan hati dia lagi, kalau itulah tujuan kamu..Lepaskan dia...Dia pun berhak nak bina keluarga bahagia...""Along janji ma...Along takkan persiakan Reen lagi.....Dia isteri dan ibu yang baik..."
"Mama taktahu banyak....Syaf cuma cakap dia ada di Tanjug Malim....Selebihnya kamu sendiri kena tanya dengan mentua kamu sebab dia kata itu kampung nenek dia..."
Sayf Aydeen melutut di depan mamanya. Tangan yang berada di atas paha itu dia pegang.
"Maafkan along sebab dah buat mama kecewa dengan along....
Along akan betulkan semua, dan akan bawa balik Reen dalam rumah ni...Itu janji along...""Mama minta satu je Aydeen...
Jangan siakan perempuan sebaik Syaf....Mana kamu nak cari lagi perempuan yang ikhlas sayangkan anak-anak tiri?""Ye ma....Reen memang isteri yang baik...Terima kasih ma dan maafkan along sekali lagi..."Aku tunduk mencium tangan mama.
"Jangan minta maaf dengan mama...Sebaiknya minta maaf pada Syaf..Pada isteri kamu Aydeen..."Ujar mama.
Sayf Aydeen mengangguk laju...
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...