Part 8

4K 142 0
                                    

"Kak Syaf, harini kita nak buat apa?"Raikal yang baru sahaja selesai mandi itu segera menghampiri Syafa Adreen.

"Kut ye pun, pakailah baju dulu Raikal..."Kembar berdua itu baru sahaja selesai mandi. Masih bertuala lagi. Itulah salah satu tugasan dia sebagai babysitter. Memang selepas kembar itu balik dari sekolah, 100% jagaan adalah dibawahnya. Puan Sri Faridah hanya memantau dari jauh.

"Kak Syaf...Can you make cookies? Daddy likes cookies...I want to make it for him.."

"Errr..."Sudah..Aku bab-bab membakar ni mana aku pandai...

"Boleh tak Kak Syaf? Raikal pun nak buat juga.."

"Korang minta izin opah dulu, kalau opah kasi...Kita buat..."
Dalam kepala sudah mencari channel-channel youtube kegemarannya.

"Okay...Biar Raikal yang tanya..."

Pergi sahaja Raikal mencari opahnya, handphone segera aku hidupkan. Ikon youtube aku tekan...

"What kind of cookies do you want to bake Raina?"

"Daddy likes dark chocolate cookies.."

"Hurmmm, let me see..."Dia menggesek skrin handphone ke atas dan ke bawah.

Eleh..Senang je...Bahan-bahan pun takdelah banyak sangat.

"Akak...Opah said can..."Riang betul si Raikal datang kepada kami.

"Yessss...Jom akak..Now!!"
Tanganku ditarik Raina..
Amboi..Dulu masa mula-mula datang, tak suka aku..Sekarang apa jadi cik Raina...
Hahahaha....Itulah orang cakap, don't judge a book by its cover.

......

"Can I put the eggs now?"Tanya Raina.

"You can put it after this okay? Let me stir this first."Aku memukul gula dan mentega cair dengan sebati.

"Okay, now you can put the eggs." Raina memasukkan telur ke dalam mangkuk besar.

"Kak Syaf, boleh tak Raikal nak stir?"

"Boleh sayang..Nah.."Aku memberi pemukul telur itu kepada Raikal.

Dengan tangan yang kecil itu dia mengacau adunan tadi.

"Put the cocoa powder Raina.."
Aku mengarahnya. Raina lagi suka jadi tukang masukkan bahan-bahan dari tukang kacau bahan.

"Aip...Aip...Captain.."Selepas itu, aku mengambil alih untuk mengacau adunan. Tepung diambil untuk ditapis.

"Raikal..."Aku memanggilnya. Selepas dia menoleh, lantas aku mencalit tepung ke pipinya.

"Kak Syaf!!"Dia memarahiku. Lantas dia menyapu pipinya.

"Raikal dah mandi la Kak Syaf..."Dia masih menyapu pipinya.

"Raina!"Aku mencalit ke pipi Raina pula.

"Kak Syaf....!"Dia sedia maklum, tuan puteri sorang ni memang pantang comot-comot.

"Ehem!"Aku yang tengah gelak tadi terus senyap. Ada suara asing di antara kami.

"Daddy!!"Mereka berdua turun dari kerusi lantas berlari ke arah daddy mereka tadi. Aku masih kaku membelakangi daddy mereka. Errr....Ini kali pertama selama dua minggu aku bekerja, aku berjumpa dengan daddy mereka.

Eishhh..Macam dejavu la...Aku pernah dengar jeritan tu dulu..
Dekat mana eh? Sama betul bunyinya!

"Kenapa anak-anak daddy comot ni? Dah mandi ke belum?"
Alamak...Mampus aku...Dah lah aku penyebab diaorang berdua tu comot.

"We are baking cookies for you daddy..Come.."Raina menarik tangan daddynya untuk menghampiri meja pulau tersebut. Adudududu..Janganlah datang sini...Mana aku nak pergi ni?

Apabila terasa bahang asing menghampiriku, segera aku menunduk. Haih! Awal lagi ni..Selalunya, anak Puan Sri Faridah ini balik pukul 6.. Ni baru pukul 4.30 petang.

"Daddy...Ni Kak Syaf...Babysitter kami, kan Kak Syaf kan?"Raikal memperkenalkan diriku.

"Err...Ye..."Balasku dalam keadaan masih menunduk.

"Mana cookiesnya? Daddy nak cuba, boleh?"

"Still in the oven daddy..You must wait a little bit..."

"Kalau macam tu, daddy naik atas dulu solat. Nanti daddy turun okey?"Kepala anak kembarnya itu diusap sayang.

"Kak Syaf!"Apabila yakin daddy mereka tiada di kawasan berhampiran, segera aku mengangkat wajah.

"Ye Raikal?"

"Nah!"Tangan kecil itu mencalit serbuk koko ke wajahku.

"Raikal!!"

"Padan muka...What you give, you get back Kak Syaf...!!"

"High five abang.."Sambut Raina.

"Mana aci dua lawan satu..."
Rungutku.

Ting!

Bunyi oven menandakan baking untuk batch pertama sudah siap. Harap-harap rupa cookies la..
Jangan rupa benda lain pula..

"Stay here okay...Biar akak yang ambil.."Kakiku berjalan ke arah oven. Alas tangan aku sarung lalu dengan bismillah aku membuka pintu oven tersebut. Terus semerbak bau manis menyerbu keluar.

"Wow! We did it guyss!"Tengok gaya macam menjadi..Kira jadilah tu. Takda bau hangit pun..Lulus la tu kan?

"Yeaayyyy!! Nak...Raina Nakk!!"
Aku baru sahaja meletakkan tray itu di atas meja. Belum sempat aku halang, ada tangan kecil telah mendekatinya.

"Auchhh!"

"Raina!!"Suara aku dan Raikal bergema dalam dapur itu.

Aku mendekatinya. Dia sudah mencebir untuk nangis.

"Shhhh...Don't cry...Sekejap akak letak ubat.."

"Akak tunggu sini, biar Raikal ambil first aid.."Aku mengangguk.

"Sakit..Kak Syaf..."Dia mula nangis..

Alamak...Mati aku kalau aunty dengan bapak diaorang dengar ni...

"Kenapa Syaf?"Suara wanita datang menegur.

"Opah!! My hands so hurt..."Raina berlari ke arah opahnya.

"Syaf?"Aunty Faridah memandangku memohon penjelasan.

"Errr...Tadi, Raina terpegang tray yang baru keluar oven.."

"What?"Ada satu lagi suara asing masuk ke ruangan itu.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now