Part 29

4K 139 3
                                    

2 bulan kemudian..

Rasa teruja untuk pulang ke tanah air tiba-tiba sahaja merundum. Saat dia tiba di pintu masuk KLIA. Ada keluarga serta anak-anak menyambutnya pulang. Tapi satu susuk yang dicari masih tidak ditemui.

"Dia tak datang....Puas dah mama ajak jemput kamu, dia kata esok dia datang ke rumah.."Puan Sri Faridah tahu benar apa yang dicari anaknya itu.

"Dia terima nak jadi isteri along tak ma?"Terdesak? Ye, dia menjadi manusia terdesak saat ini. Tak mungkin dia akan biarkan gadis itu lari.

"Takde...Mama pun malas nak bertanya...Esok dia datang kamu berbincang dengan dia sendiri.."

"Daddy.....Ibu ada buat kek tadi.....Delicious kan abang?"Pelat Raina bertutur dalam bahasa melayu. Sudah dia katakan pada Raina agar selalu bertutur dalam bahasa melayu jika berada di rumah atau bersama keluarga. Taknak lah anak dia jadi minah saleh celup.

"Ibu?"Ternaik kening Sayf Aydeen. Siapakah gerangan yang digelar ibu itu?

"Bakal kakak ipar Fea la along....
Anak-anak along ni dah panggil Kak Syaf ibu....Apa lagi along, dah nampak green light tu...."

"Ye ke ma?"

"Haih....Susah mama nak larang anak-anak kamu ni long....Beria diaorang minta nak panggil Syaf macam tu...Yang Syaf pun melayan sangat, dah lekat sampai sekarang....Dan harapnya sampai bila-bila lah...Betul tak bang?"

Tan Sri Yusuf ternyata lebih gemar diam dan memerhati. Hanya akan menyampuk apabila dia rasa perlu. Dia tak minta banyak...Dia harap anak dan cucunya bahagia. Itu sudah memadai.

"Jomlah daddy kita balik...Tadi Raikal sempat makan sikit je kek yang ibu buat.....Acu la suruh orang cepat..."Dia jeling mak saudaranya itu.

"Ewah..Budak ni...
Mentang-mentang dah dapat ibu baru...Ibu saudara kau ni nak dilupakan...Dasar kacang lupakan kulit.."

"Dah...jangan nak gaduh dekat sini..Jomlah kita balik...."Setelah itu mereka sekeluarga berlalu meninggalkan kawasan KLIA itu.

.....

Sampai sahaja di depan pintu rumah agam ini. Tidak terus dia masuk sebaliknya dia berdiri seperti tugu di ruangan porch ini. Merenung pintu besar itu bagai nak tembus.

Agak-agak dia ada ke dekat dalam? Tapi tengok kereta dia elok tersadai ni macam ada je...Tak masuk office ke?

2 bulan tak bertemu muka, entah apa reaksi dia nanti. Sepanjang lelaki itu kursus selama 2 bulan. Tak pernah sehari pun handphone dia sunyi tanpa pesanan. Ye, siapa lagi kalau bukan lelaki itu yang mengirimkan pesanan tersebut. Tapi sayang, satu pun dia tak balas. Hanya sekadar memberi bluetick sahaja.

Betul ke keputusan yang aku buat ni? Berkahwin dengan lelaki berstatus duda? Tanpa ada rasa cinta? Sejujurnya, hatinya juga merasakan sesuatu saat lelaki itu meluahkan rasa selama ini. Tak cukup dengan itu..
Selama 2 bulan ini, ada sahaja ayat pickupline yang diberi. Hati wanita mana yang tak goyah?

"Taknak masuk ke?"

"Oh mak kau!"Dada diusap. Terkejut dengan suara yang tiba-tiba datang menerjah.

"Apa yang kau tenung dekat pintu tu macam nak tembus...
Nak test power ke?"

"Errr...En..Encik buat apa dekat sini?" Entah dari mana muncul lelaki itu. Tiba-tiba berdiri di belakangnya.

"Aku dari belakang tadi...Nampak kereta kau dekat situ, itu aku datang sini..."

"Budak-budak dah balik?"Jam ditangan dibelek. Sudak pukul 12 tengahari.

"Diaorang balik lambat sikit harini...Diaorang ada lawatan ke Petrosains hari ini."

"Ouhh..Kalau macam tu takpelah..Saya masuk dulu..."

"Reen!"Tak sempat nak mengangkat kaki. Dirinya dipanggil.

"Kau tak lupa kan?"Aku paham soalannya itu tentang apa.

"Kalau betul la encik jodoh yang Allah takdirkan untuk saya...Tiada kuasa saya untuk menolak, buatlah apa yang patut..Saya terima encik sebagai jodoh saya...Saya masuk dulu.."

Lepas sahaja Syafa Adreen masuk ke pintu utama. Terus Sayf Aydeen melompat gembira. Tak sia-sia dia mengayat gadis itu selama 2 bulan walaupun gadis itu langsung tidak membalas pesanannya.

"Yesss!!!Mama.....!!"Jeritnya sambil berlari masuk ke dalam rumah...

"Apa kena kamu ni? Terjerit-jerit pula, tak malu ke Syaf tengok?" Syafa Adreen ketika itu baru sahaja meletakkan bag nya di dalam bilik tetamu.

"Along nak kahwin ma.....Esok juga!!"Terbuntang mata Puan Sri Faridah dan Syafa Adreen. Apa kena anaknya sorang ni. Sampuk dek jembalang mana ni. Tak senonoh betul perangai.

"Kamu jangan nak buat gila ye Sayf Aydeen...Kamu ingat Syaf tu anak ikan ke....Kita adat adat, ikut adat jangan nak main terjah je.."Apa tak semegah sangat anak lelaki dia ni? Dulu takda pula macam ni..

"Along serahkan semuanya pada mama....Kalau boleh lagi cepat lagi elok...benda baik tak baik ditangguhkan.."Matanya lantas memandang susuk Syafa Adreen yang berdiri tidak jauh dari mereka.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now