Part 30

4.6K 137 1
                                    

Sedar tak sedar...Hari yang dinantikan telah pun tiba. Baju kebarung berona offwhite itu tersarung cantik di tubuh langsingnya. Sekejap lagi pihak pengantin lelaki akan tiba. Jantung dia berdetak bukan main laju lagi..Peluh sejuk mula merenik di dahi.

"Jangan nervous sangat dik oiii.....Luntur make-up nanti...Tenang-tenang sahaja..."
Pesan jurusolek yang ditempah khas itu.

"Entah kak...Rilek la....Cool je...Bukan kau yang kena salam tok kadi nanti...Kan Leen?"

"Memang la nervous Neen...Nanti nak kena hadap malam pertama lagi..Huish.."

"Kak boleh halau tak 2 ekor jembalang ni? Buat serabut je dalam ni..."Aku menjeling kedua-dua adik kembar ku itu. Mulut takda insurans betul masing-masing..

"Eleh, takpayah halau pun takpe..Memang nak keluar pun.."Mereka berdua akhirnya mengangkat punggung meninggalkan bilik ini.

Tak lama kemudian, mak muncul di balik pintu. Katanya pengantin lelaki dah sampai. Mak datang nak jemput aku duduk di atas pelamin. Kami buat akad nikah di rumah sahaja. Majlis pun buat sekali. Jemput sekali belah pengantin lelaki. Kami sambut sekali.

Ruang tamu yang aku rasa besar itu menjadi sempit hari ini kerana dipenuhi sanak saudara dan sahabat handai. Darah gemuruh aku mula naik lagi. Aku sebenarnya tak suka jadi perhatian ramai. Dengan lensa kamera tak habis-habis memancar. Huish! Tenang Reen tenang!

"Sebelum kita mulakan....Saya nak minta bakal pengantin lelaki untuk tengok bakal pengantin perempuan..."Aku hanya menunduk saat tok kadi berkata begitu.

"Dongak sikit...Aydeen nak tengok kamu tu..."Ujar mak. Aku hanya akur. Tapi sekejap je, lepastu aku tunduk balik.

"Betul tu bakal permaisuri kamu?"Tanya tok kadi kepada Sayf Aydeen. Dan dia mengangguk sebagai jawapan.

"Baiklah kalau betul, kita mulakan....Bismillah.."Tangan berjabat.

"Sayf Aydeen bin Mohd Yusuf.."

"Saya.."

"Aku nikah akan dikau dengan Syafa Adreen binti Ahmad Syukor yang telah berwakil walikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya sebanyak RM50 tunai.."

"Aku terima nikah Syafa Adreen binti Ahmad Syukor dengan mak kahwinnya RM50 tunai.."

"Sah?"Tok kadi menyoal kepada para saksi... Apabila saksi menyatakan sah. Ucapan syukur meniti di bibir.

"Alhamdulillah...."

Setelah selesai doa dan solat sunat. Sayf Aydeen menghampiri isterinya di atas pelamin.

"Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang..."Saat aku mendengar bisikkannya. Terus darah meneyerbu mukaku. Terharu campur malu..

Ya Allah, tautkan hati kami dengan cintamu. Lindungi hubungan kami dibawah rahmatmu. Sucikan ikatan kami dengan keberkatanmu. Agar kapal yang berlayar tidak terpesong dari landasan syurgamu. Amin.

Dia menarik tangan kananku lalu cincin emas bertakhtakan berlian disarung ke jari manisku. Setelah itu aku tunduk dan kucup tangannya.

Mak menghulurkan pula aku sebentuk cincin perak untuk disarungkan ke jari manis Sayf Aydeen. Kemudian dia memegang daguku lalu bibirnya singgah di dahiku. Sungguh syahdu aku rasa. Ya Allah ini kucupan seorang lelaki yang bernama suami. Aku serahkan diriku sepenuhnya buat lelaki ini...

Berduyun-duyun bunyi kamera memenuhi ruang tamu itu. Bermacam gaya juga aku dan dia gayakan demi memenuhi kehendak keluarga dan juga jurugambar. Alhamdulillah, majlis akad nikah berjalan dengan lancar.

Setelah selesai sesi bergambar untuk akad nikah, kami berdua bergerak ke bilik untuk menyalin pakaian. Baju songket berwarna emerald green menjadi pilihan. Aku dan dia berada di dalam satu ruangan yang sama.

.....
TBC
.....

Yeayyyyy.....dah tawen....
Huhuhu.....
👏👏👏👏

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now