Part 13

4.1K 144 6
                                    

"Taknak....We are not going home.. I want to stay here with Kak Syaf..!"

Dia mula dah..Si drama queen ni...Aku pun jadi serba salah dah ni..Kesian pun ada..Haihlah!

"Takboleh macam tu sayang...Ni kan rumah Kak Syaf...Nanti kita ajak Kak Syaf datang rumah kita okay?"Pujuk Puan Sri Faridah.

"Raikal pun nak duduk sini dengan Kak Syaf..Bolehkan nenek?"Raikal memandang Puan Roslina.

"Raikal....."Sayf Aydeen menyeru nama anaknya itu memberi amaran.

"Boleh..Apa pula takboleh...
Macam nilah Idah...Biar mereka berdua tinggal dekat sini malam ni, lagipun esok cuti kan..."

"Betul ke nenek? Yeaayyyy...
Opah, boleh kan?"Raikal memandang opahnya pula.

"Raikal dengan Raina kena tanya daddy dulu...Opah tak kisah..."
Raikal dan Raina berpandangan sesama sendiri. Sebenarnya mereka masih merajuk dengan daddy mereka tapi disebabkan nak tidur dekat sini.. Mereka angkat bendera putih.

"Daddy..Pleaseee...Can we stay here?"Raina memeluk lengan kanan daddynya.

"Raikal minta maaf...Raikal tak marah daddy dah, boleh kami tidur sini?"Raikal mendapatkan lengan kiri daddynya pula.

"Tak menyusahkan aunty ke?"
Tanya Sayf Aydeen serba salah. Mereka sudahlah tiada sebarang pertalian darah yang ada cuma saudara sesama islam. Jadi segan pula nak meninggalkan anak-anaknya disini.

"Takda apalah ..Lagipun, si Reen ni ada...."

Sayf Aydeen memandang kedua wajah anaknya.

"Okay..Daddy izinkan but pleasee...pleasee..behave yourself..
Jangan susahkan nenek dengan Kak Syaf.. Promise?"

"Promise....Yeayyyy....Thank you daddy.."Kemudian pipi kiri dan kanan Sayf Aydeen menjadi sasaran si kembar.

.....

Bunyi deringan dari handphone Syafa Aydeen membuatkan dia menggagau mencarinya. Dia baru sahaja menidurkan si kembar di bilik tetamu, sekarang siapa pula yang mencemar duli ni? Taktahu malam ke, orang nak tidur tahu tak?

Skrin handphone digesek. Mata tak larat nak tengok siapa yang berani call dia malam-malam ni..Nak sembur terus..

"Oi, orang disana..Taktahu ke dah malam ni? Apa pasal tak boleh tunggu matahari terbit dulu ke nak call orang?"

Diam!

Lama juga la senyap...Ni nak bertanding siapa senyap paling lama ke macam mana ni?

"Memang aku angkat call ni nak dengar nafas kau je...Siapa la ni.."Syafa Adreen melihat skrin handphone. Nombor tak dikenali..

"Kurang ajar betul scammer ni...."Baru sahaja dia nak jauhkan handphone. Suara orang disana menghentikan tindakannya.

"Aku ni.."Aku? Aku mana pula ni?

"Memang aku kenal la kau kan....Takda nama ke sedara?"

"Daddy Raikal dengan Raina.."
Terus tegak 90 darjah Syafa Adreen. Dah kenapa mamat ni call aku?

"Ada apa encik call saya ni? Eh jap..Mana encik dapat nombor saya?"

"Mama.."

"Sejak bila saya jadi mama encik ni..Gila ke?"

"Nombor kau..Aku dapat nombor kau dari mama!"Apa ke sengal minah ni.

"Ouhhh...Dahtu ada apa call ni?"Dari mengantuk terus jadi segar mata aku ni. Hish! Ni mamat ni punya fasal...

"Anak-anak dah tidur?"

Zapp!

Anak-anak? Rasa sesuatu sangat bila dia sebut macam tu...Bukan ke patutnya dia cakap..
Anak-anak aku? Aku tu mana?

"Errr...Dah...Saya dah tidurkan diaorang tadi..."

"Anak-anak buat hal tak?"Sekali lagi..Eish! Tak boleh jadi ni..

"Anak-anak encik semua okay...
Anak-anak encik behave je.."

"That's great.."

"Encik call nak tanya tu je kan..?"Cepat sikit end call ni..

"Reen...Aku nak cakap sikit.."

"Ye, tentang apa tu?"

"Aku betul-betul nak kau kerja balik dekat rumah ni.."

"Encik..Saya..."

"Aku double kan gaji kau.."

Ekeleh...Ingat aku mata duitan agaknya...Bapak aku pun kaya derr...Bukan nak berlagak tapi fakta.

"Encik nak butakan saya dengan duit ke?"

"Okay fine...Kau cakap apa je yang kau nak...Aku boleh bagi, asalkan kau jadi babysitter untuk anak-anak aku balik..Tolonglah, Reen..."Dia dah turunkan ego pada tahap paling bawah dalam hidupnya... Andai kata gadis ini masih menolak, dia tak tahu nak buat apa dah....

"Baik...Encik jangan tarik balik kata-kata encik...Ini peluang terakhir encik...Lepas ni, kalau terjadi apa-apa...Saya memang taknak masuk campur dah..Saya terima ni pun sebab saya kesiankan kembar.."

"Okay deal...Kau nak aku buat apa?"Kalau diminta bawa 7 hati nyamuk pun dia sanggup sekarang ni, asalkan gadis itu bekerja balik.

"Itu nanti saya bagitahu..
Sekarang saya mengantuk...
Bye..Assalamualaikum.."

Tut!

"Reen!"Namun sayang..Talian sudah selamat dimatikan.

....
TBC
....

Uwaarrghhhh..😴😴....bye....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now