"Mama tak kira, kamu pergi jumpa Syaf dan minta maaf dengan dia balik. Si Raina tu dah merajuk kamu tahu tak?"Masuk sahaja dapur, terus dia disembur dengan Puan Sri Faridah.
"Kamu tak patut hukum dia sampai macam tu sekali Aydeen...Bukan dia sengaja, Raina tak sengaja pegang tray panas tu.."Tan Sri Yusuf pula masuk campur. Tadi lagi dia mendengar drama cucu-cucunya.
"Nanti kalau ada babysitter lain, okaylah diaorang tu.."Sayf Aydeen malas ambil pusing. Lambat lagi dia nak suruh perempuan tu kerja sini balik.
"Ikut suka kamu lah....Malas dah mama nak ikut campur urusan kamu anak-beranak.."Puan Sri Faridah bangun dari kerusi lalu berjalan keluar dari dapur.
"Papa tak suka masuk campur, tapi mereka tu cucu-cucu papa. Apa yang buat diaorang happy, papa turutkan.. Jadi kamu fikir-fikirkan lah."Bahu anak lelakinya itu disentuh sebelum dia juga turut bangun meninggalkan ruang dapur.
.....
"Eh kak...Dah pukul 2 petang ni..Kamu tak pergi rumah kawan mak tu ke?"Puan Roslina pelik melihat anak perempuannya masih ada di rumah.
"Kakak dah kena pecat.."
Selamba sahaja dia menjawab, lalu kaki melangkah ke dapur."Huh? Kenapa?"Angin takda ribut takda, tiba-tiba kena pecat. Baru kemarin anaknya itu kata seronok jaga budak kembar tu. Hari ini tup-tup dah kena pecat.
"Bapak diorang pecat akak.."Air mineral sejuk itu diteguk.
"Kenapa Reen?"
"Entahlah mak...Baru jumpa semalam, terus mengamuk dengan orang...Last-last dia berhentikan orang, salahnya sikit je.."
"Kamu buat salah apa?"
"Anak dia terpegang tray panas..
Melecur la sikit jarinya...Apa lagi mengamuk la bapak diaorang, macam anak dia tu melecur satu badan...Padahal bukannya salah akak....Entah apa-apa lah..""Laa...Sampai macam tu?"
"Biarlah..Kita mana boleh baca masa depan..Kalau akak tahu anak dia nak melecur.. Akak dah halang, benda tu jadi dengan cepat... Akak pun tak sempat halang.."Aku membasuh gelas yang telah digunakan tadi. Tanam anggur lagi baik...
"Takpelah kalau kamu cakap macam tu...Nanti cari kerja lain ye, mak ada hal ni...Nanti kamu jangan lupa kunci pintu rumah..."
"Mak nak pergi mana?"Patutlah pakaian mak dia cantik semacam.
"Ada mesyuarat taman....Mak pergi dulu..."Syafa Adreen mengangguk lalu menyalami tangan maknya.
.....
"Janganlah sepahkan Raina....Kan akak dah kemas tadi.."Ujar Lily. Babysitter baru si kembar. Semalam masuk kerja. Harini rasa nak berhenti sahaja. Macam-macam perangai si kembar ni tunjuk...
"Biarlah....I like to play with it.."Blok-blok kayu itu disepahkan ke lantai. Bukan nak main pun, sengaja tunjuk tanduk.
"Kak Lily, mana baju bola Raikal..
Raikal nak pakai ni.."Raikal yang baru keluar dari bilik air sudah memanggil namanya."Sekejap..."Jawab Lily..
Masuk sahaja ke dalam bilik Raikal. Terbuntang matanya apabila melihat keadaan bilik tersebut.
"Ya Allah Raikal...Kenapa sepahkan semua baju-baju ni?"
"Raikal cari baju bola Raikal tapi tak jumpa..."
"Kenapa tak tunggu Kak Lily ambilkan..."Dia sudah mengutip satu persatu baju yang disepahkan di dalam bilik itu.
"Kak Lily lambat sangat....Raikal ambilah sendiri...Tapi tak jumpa pula..."Mudahnya dia menjawab.
"Nak pakai baju bola yang mana?"Lily menghampiri almari baju Raikal..Buka sahaja pintu almari itu, dirinya ditimpa beberapa mainan. Ya Allah dugaan apakah ini?
"Ooppss..Sorry...Raikal cuma nak kemas je...Kak Lily pergi buka almari tu kenapa?..Kan dah bersepah.."Tersungging bibir kecil itu. Jahat sungguh helah si kembar ini.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...