Dari makan tadi lagi dia tahan rasa marah campur geram. Suka hati sahaja lelaki di depan dia ini buat cerita. Bila masa aku setuju nak kahwin dengan dia? Angguk pun tak apatah lagi nak jawab setuju.. Gila!
"Explain to me.."Ujarku. Sekarang kami berdua berdiri di laman luar. Berhampiran dengan kolam Ikan Koi ayah.
"Aku tahu kau akan marah..But.."
"Ohhh..Tahu...Dahtu, yang pergi reka cerita bukan-bukan tu dah kenapa? Awak sedar tak apa yang awak buat ni Encik Aydeen?"
"Dengar dulu Reen..."
"Hah..Cakaplah...Apa auta yang awak dah buat dekat mak saya...Cakaplah!"
"Aku dengan family datang ni nak merisik Reen..Bukan nak ajak kahwin terus..."
"Okay baik..So saya ada hak la kan nak tolak...Okay fine..."Baru je nak pusing meninggalkan laman itu. Tanganku dipegang.
"Janganlah terburu-buru Reen.....Aku bagi kau masa nak fikir semua ni...Kau tak kesian ke dekat anak-anak..? Hari-hari tanya pasal kau.."Terpaksa la dia gunakan nama Raikal dan Raina. Harap berlembut hati la gadis ini.
Syafa Adreen pandang mata lelaki itu sebelum turun ke arah tangannya yang sesedap rasa sahaja lelaki ini pegang.
"Sorry....Tak sengaja..."Terlepas terus pegangan tersebut. Aduii...Tangan ni lagi laju dari tuan badan.
"Saya cakap kan...Saya akan jaga mereka, tak perlu sampai kahwin ni...."
"Aku tahu kau boleh jaga mereka...Tapi aku....Aku takut aku tak mampu jaga diri aku sendiri Reen...Kau perempuan dan aku lelaki yang normal....Bila selalu dalam satu bumbung....
Kau tak takut ke?""Kalau macam tu, saya jaga mereka dekat rumah saya sahaja....Senang! Batas dan pergaulan kita pun terjaga..."
Kenapalah gadis ini susah nak faham? Susah benar nak faham isi hatinya..
"Reen....Tolonglah....Kau nak aku cakap macamana lagi?"
"Sekarang ni saya rasa..Encik yang tak faham...Kan ada jalan mudah, kenapa nak rumitkan?"
"Apa yang rumit? Kau dengan aku kahwin...Kita boleh sama-sama jaga anak-anak tanpa batas. They need a complete family.."
"Encik kahwin la dengan orang lain..."
"Masalahnya sekarang...Aku pilih kau Reen....Aku pilih kau untuk jadi ibu untuk anak-anak aku..."
"Saya..."Tak tahulah nak cakap macamana...
"Okey..Kalau tentang aku berkasar dengan kau...Aku minta maaf....Itu semua hanya alasan untuk buat kau benci aku....
Supaya aku pun dapat benci kau....Tapi macam yang aku cakap....Hati aku lemah Reen...
Lemah untuk usir rasa yang hadir ni untuk kau...""Saya.."
"Atau sebab gelaran yang aku bawa ni? Kau tak sudi nak bersuamikan lelaki yang berstatus duda? Macam tu?"Mungkin ada benarnya. Syafa Adreen mungkin ada pilihan sendiri. Kalau betul..
Memang dia kalah...Tanpa sempat bertanding."Bukan kuasa saya nak menolak jodoh, siapa saya nak tolak jodoh yang telah Allah tetapkan walau dengan apapun status yang dibawa.."
"Jadi..Apa alasannya kau taknak terima aku Reen?"
"Macam saya cakap...Semua ni terlalu mendadak Encik Aydeen....Baru sahaja beberapa hari lepas, encik maki-hamun saya...Lepastu harini, encik bawa family datang merisik...Saya tak sempat nak hadam perkara yang jadi..."
"Okay...Aku bagi kau masa...
Ambilah seberapa banyak yang kau nak....Tapi tolong pertimbangkan soal ni...Aku ikhlas nak angkat kau jadi suri hati aku Reen, bukan sebagai ibu untuk anak-anak aku sahaja..."
Dia berjeda."Mama ada sediakan cincin risik...Kalau kau terima, pakai...."
Eloklah dia bagi ruang dan masa. Lagipun dia kena ke luar negara. Tempoh 2 bulan rasanya bukan sekejap. Dia akan tunggu gadis ini.
"Aku akan ke luar negara 2 bulan. Ambil masa tu untuk kau fikir. Aku nak aku balik nanti, jawapan dah ada..."
"Encik cakap encik bagi saya masa selama mana yang saya nak?"
"Reen...Don't do this to me...
Jangan buat aku bergantung tak bertali....Aku tunggu jawapan dari kau, 2 bulan dari sekarang..""Ta..."
"Takda kompromi....2 bulan kalau tukar kepada hari jadi 60 hari, kalau tukar kepada jam jadi 1440 jam Reen...Takkan la sehari pun kau tak mampu nak fikirkan soal kita..."Haih..Masuk kelas matematik pula dah...
"Aku balik dulu....Tolong fikirkan soal kita dan kembar....Aku harap penantian aku selama 2 bulan tu membuahkan hasil.."
Setelah itu susuk itu melangkah pergi. Meninggalkan aku sendiri yang masih utuh berdiri di laman ini....
Apa perlu aku buat ni ya Allah? Ujarnya dalam hati...
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...