"Eh, aunty....Ya Allah...Masuk aunty, mak ada dekat dalam.."Buka sahaja pintu utama. Susuk Puan Sri Faridah menyapa matanya..
"Kak Syaf!!"Terus tubuh tinggi lampainya dipeluk oleh kembar itu..
"Eh..Raikal dengan Raina pun ada..."Dia melutut agar sama paras dengan si kembar.
"I miss you Kak Syaf..."Ucap Raina.
"Alololo...I miss you too..Come, masuk...Masuk aunty.."
"Aunty datang ada hajat ni.."
"Hajat? Hajat apa aunty?"
"Aydeen!"Puan Sri Faridah memanggil anaknya yang dari tadi berdiri di sebalik dinding. Sayf Aydeen keluar saat mama menyeru namanya.
Terkaku juga la Syafa Adreen sebab memang tak sangka yang lelaki tu ada sekali.
"Eh, Idah...Meh masuk...
Cucu-cucu nenek ada sekali..."
Mak datang menyambut tetamu yang hadir."Nenek!"Raikal dan Raina mendapatkan Puan Roslina.
"Aunty masuk dulu..Aydeen kata dia ada benda nak bincang dengan Syaf."Kelibat Puan Sri Faridah, mak, Raikal dan Raina hilang dari pandangan mata. Hanya ada susuk dirinya bersama lelaki itu di ruangan ini.
"Aku nak cakap dengan kau sekejap...Aku tunggu dekat kolam.."Masa masuk perkarangan rumah orang tua Syafa Adreen, dia perasan ada kolam buatan disitu.
Eish! Cakap macam nak cari gaduh bunyinya.. Entah apa-apa..
.....
"Encik nak cakap apa?"Takda nak mukadimah-mukadimah...
Straight to the point terus soalan aku."Aku nak kau kerja balik dekat rumah tu...Budak-budak ni nak kau jaga diaorang.."Dia memeluk tubuh sambil membelakangi Syafa Adreen.
Terbuntang mata Syafa Adreen. Macam tu ke dia minta orang kerja? Cakap takda intonasi, mendatar je...Bagi gaji berjuta pun orang tak hingin.
"Kenapa pula? Encik kan cakap saya ni seorang yang cuai...
Taknaklah saya...Buatnya anak encik cedera lagi...Tak pasal-pasal saya kena tuduh macam-macam..""Kalau ikutkan, aku memang taknak langsung ambil kau balik...Ni semua sebab diaorang dah naik tanduk...Kau ingat aku tak cari ke babysitter lain?"
"Dahtu...Masalah saya ke sekarang ni?"
"Sebab kau yang selalu diaorang sebut..Kak Syaf..Kak Syaf...Entah apa yang bagus sangat kau ni pun aku tak tahu!"
Eieeee! Sudahlah minta orang kerja dengan dia lepastu nak maki-maki kita pula. Apa hal mamat ni? Mental agaknya!
"Maaflah encik...Itu masalah encik anak-beranak..Saya taknak langsung masuk campur.."Aku dah nak berlalu dari situ namun kata-katanya membuatkan aku terkaku.
"They love you.."
"I hate to say this but they really love you...Mama cakap sepanjang 4 tahun ni, diaorang tak pernah buat perangai macam ni..."
Nampak sangatlah bapak diaorang ni benci sangat dekat aku sampai cakap macam tu. Excuse me! Aku tak hadap pun nak kerja dengan dia balik....
Cakap macam la aku terhegeh-hegeh sangat.. Lagi satu, apsal mamat ni tak sebulu sangat dengan aku?Terjumpa pun dekat aiport dulu, itupun dia langgar aku...Jadi aku tak nampak sebab apa yang dia ni benci sangat dekat aku?
Aku menyambung langkahku yang terhenti tadi. Pandai-pandailah dia selesaikan masalah dia anak-beranak.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...