Saat dia sedang menemani kembar mewarna..Tiba-tiba bunyi enjin kereta masuk di dalam porch.
"Ikut aku!"Tiba-tiba tangannya disambar lelaki itu. Terbangun dia dari duduk di atas kerusi.
"Daddy kenapa ni?"Raikal tidak tenang apabila daddy dia begitu.
"Stay here...!"Sayf Aydeen memberi amaran kepada anak kembarnya. Dia kemudiannya menarik pergelangan tangan Syafa Aydreen yang berlapik itu agar mengikutinya.
"Apa encik ni? Lepaslah!"Aku cuba merungkai tangannya.
Sedar tidak sedar. Dia kini berada di dalam bilik tidur lelaki ini. Apa lelaki nak buat sehingga dia diheret ke sini? Tanganku dilepaskan kasar.
"Encik gila ke?"Bahuku ditolak agar merapati dinding.
"Apa kau dah hasut anak aku?"
"Hasut apa?"Dia tak suka keadaan mereka yang terlalu rapat itu. Puas dia menolak badan lelaki ini agar menjauhinya. Namun, tenaga lelaki ini lebih menguasai. Tidak berganjak walau seinci.
"Kau suruh diaorang paksa aku kahwin kan?"
Tolakkannya terhenti, lalu wajah bengis itu dipandang. Ada salah faham disini. Bila masa aku paksa budak tu suruh dia kahwin?
"Saya tak paksa....Saya suruh mereka cakap dengan encik baik-baik..!"
"Aku dah cakap kan, ini bukan urusan kau...Kau tu orang luar! Takda hak nak masuk campur! Aku tahu nak uruskan anak-anak aku macam mana!"Tengkingnya kuat.
"Saya tahu saya orang luar...Tapi saya juga seorang wanita yang sedikit-sebanyak mempunyai naluri seorang ibu..Mereka dahagakan kasih-sayang seorang ibu....Sekeras mana pun encik berusaha, takkan sama dengan kasihnya seorang ibu!"Aku balas pandangannya.
"Mereka tak pernah bangkitkan perkara ni sampailah semalam....
Kau memang sengaja kan?""Saya takda niat buruk encik...
Saya kesiankan mereka...Encik pernah tak tanya apa yang mereka nak selama ni?""Aku tahu apa aku buat....Sekali lagi....Jangan masuk campur urusan aku! Aku bersabar dengan kau sebab anak-anak....
Kalau tak, jangan harap aku nak ambil kau bekerja balik dekat sini!""Keluar!"Sayf Aydeen menjarakkan diri lalu dia berpaling membelakangi gadis itu.
"Mereka nak saya jadi mama diaorang, sebab tu saya minta mereka bercakap dengan encik.
Saya takda niat nak masuk campur. Encik kalau tak suka,
encik boleh terangkan elok-elok, jangan sampai emosi dan lepaskan dekat anak-anak..
Mereka kecil dan tak tahu apa-apa..."Aku masih menatap belakang tubuh itu."Tak baik lepaskan amarah dekat anak-anak, takut nanti semakin disimpan ia akan menjadi racun....Sekali lagi, saya minta maaf...Niat saya bukan buruk tapi mungkin cara saya salah...Saya tak akan masuk campur lagi...Saya ke..."
"Keluar...Aku kata keluar Reen!"Tengkingnya lagi. Setelah kelibat gadis itu tiada. Dia duduk dibirai katil. Wajahnya diraup kasar. Apa kena dengan aku ni?
Dia toleh ke sisi katil. Ada frame gambar terletak elok di atas meja kecil itu. Gambar kahwin dia bersama arwah isterinya itu diambil. Bie sayangkan sayang...
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...