Bunyi alarm mengejutkan ku..Segera aku capai handphone lalu mematikan alarm...Subuh?
Tegak 90 darjah aku dibuatnya. Bukan aku teman suami aku makan maggie ke tadi? Macamana boleh subuh ni? Aku kerling sebelah, kosong! Bunyi pacuran air dari arah bilik air membuatkan aku sedar.
Klak!
Bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan kepala aku laju memandang ke arah tersebut. Terbuntang mata aku saat melihat lelaki itu hanya bertuala paras pinggang. Segera aku menundukan pandangan.
"Bangun dah? Abang baru nak kejutkan Reen...Mandilah, kita solat subuh jemaah sekali..Mesti yang lain dah tunggu..."
Aku angguk lalu segera turun dari katil. Laju betul aku jalan menunduk, memang tak angkat kepala langsung.
"Auchh!"Aku terlanggar dinding. Kepalaku digosok. Kenapa dinding ni ada dekat sini pula?
"Reen..Hati-hatilah...Macamana boleh terlanggar dinding ni...Meh abang tengok dahi tu.."Dia merapati ku. Bau tubuhnya semakin kuat masuk ke rongga hidung. Ya Allah wanginya...
Tersentak aku apabila jari sejuk itu menyentuh dahi aku..
"Haih..nasib baik tak benjol...
Nanti apa pula kata mak dengan ayah kalau nampak kepala tu benjol..Nanti diaorang cop abang ni ganas sangat..."Akhir katanya dia selit dengan tawa."Errr...Saya okay...Saya mandi dulu..."Aku segera menjauh darinya. Kalau berlama disitu, tak mustahil jantungnya akan
melompat keluar........
Masuk sahaja bilik terus aku duduk di birai katil. Muka aku tutup dengan telekung. Malu...Malu...
"Reen okay tak?"Tanya Sayf Aydeen setelah pintu bilik ditutup. Isterinya itu dihampiri.
"Betul ke abang dukung saya semalam?"
Sayf Aydeen garu kening. Agak dah. Mesti isterinya malu apabila adik iparnya mengusik tadi.
Sebentar tadi...
"Neen..Untungla orang tu, duk teman suami makan sampai tertidur...Nasib baik abang ipar kita gentlemen kan? Siap dukung lagi orang tu masuk bilik...
Amacam kak, best kena dukung?"Semua mata terarah kepadaku siap pakej senyum sumbing lagi. Maknanya semalam dia teman suaminya makan sampai tertidur? Lelaki ini dukung aku masuk bilik? Lalu ruang tamu? Oh My!
"Neen....Apa usik kakak macam tu....Dah...Pergi siap, tolong mak buat sarapan..."Mujurla saudara yang lain dah keluar dari ruangan solat ni. Minah ni memang mulut takda lesen la. Elok aku cilikan mulut dia tu, biar senyap terus.
....
TBC
....
YOU ARE READING
DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
RomanceBertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia...