Part 51

4.9K 127 1
                                    

"Assalamualaikum...Mak oohh mak..."

Syafa Adreen yang sedang memotong bahan masakan mula memusatkan pandangan ke tingkat atas rumah nenek. Nenek baru je masuk bilik air. Siapa pula datang ni?

"It's okay. Reen sambung je kerja tu, biar abang pergi tengok.."

Aku mengangguk.

"Terima kasih.."

"Most welcome.."

Sampai sahaja Sayf Aydeen di depan pintu utama. Orang dibawah sana terkejut melihat dirinya.

"Eh..Kamu ada balik?"

"Haah makngah. Dah dua tiga hari saya dekat sini...Masuklah, nenek dalam bilik air tu...."
Jemputnya.

"Hai Abang Aydeen...."Talia. Anak bongsu makngah. Perangai gedik mengalahkan apa. Pantang nampak lelaki helok. Mulalah nak jadi ulat beluncas.

"Err..Hai..Masuklah Lia..."Dia tak gemar betul dengan perangai sepupu isterinya ini. Lepas laku sangat.

Makngah dah lama berlalu ke dapur. Sengaja dia tinggalkan anaknya itu. Mana tahu, dapat jadi mentua orang kaya ke nanti. Hohoho..

Sayf Aydeen dengan pantas berjalan meninggalkan Talia.

"Eh bang..Tunggulah Lia..Kita jalan sama-sama lah..."Dia dah berdiri di samping Sayf Aydeen. Haih, letak aku berkurung dengan dia setahun pun aku sanggup. Muka helok macam ni, memang tak jemu memandang.

Sayf Aydeen malas nak layan. Selamba aje dia berjalan tanpa menghiraukan Talia. Sampai di dapur, dia lihat Nek Kalsom sudah ada di meja makan sambil berborak dengan makngah. Dia hampiri isterinya yang duduk di sebelah nenek.

"Abang tengokkan anak-anak dekat atas sekejap. Sayang take care okay.."Sempat dia hadiahkan kucupan di sisi kepala isterinya.

Sengaja!..Sengaja dia nak bagi Talia tengok. Tak nampak ke orang dah ada isteri. Nak lagi jadi kaki sondol. Huh! Baru aje dia nak melangkah naik anak tangga. Talia menanya.

"Eh abang nak pergi mana? Kan Talia dengan mak baru sampai...
Sinilah sembang sekali.."Syafa Adreen tajam merenung ulat beluncas ni. Depan isteri dia kau buat hal eh perempuan?

"Errr...Abang nak tengok anak-anak...Lia sembang la dengan nenek....Tak manis pula abang sorang je lelaki...Naik dulu ye.."Segera dia minta diri. Huish, bukan dia tak nampak renungan isteri dia tu.

Tajam umpama belati. Dalam tak sedar dia tersenyum. Sekurangnya, dia tahu yang Syafa Adreen tengah cemburu. Cemburu kan tandanya sayang...

"Syaf!"

"Errr..ye nek?"Nyaris nak terhiris tangan apabila tersentak dengan panggilan nenek. Minah ni punya pasal la. Sesuka hati usha suami orang. Gatal!

"Pergilah naik..Teman suami kamu tu...Bahan-bahan ni tinggal nak tumis je...Kejap lagi kita masak... Awal lagi ni"

"Err..Takpelah nek..Sikit je lagi ni..."Neneknya itu nak masak rendang ayam kampung. Katanya nak bekalkan untuk kami pulang nanti.

"Takpe nek..Biar Lia yang teman...Kau sambung je kerja kau eh Syaf.."Baru sahaja nak bangun. Nenek menghalang.

"Suami kamu ke suami Syaf tu? Yang kamu sibuk kenapa? Tolong nenek blender bahan-bahan ni. Ada juga faedahnya kamu datang kemari...Nasihat sikit anak kamu ni Leha, jangan lepas laku sangat. Dia tu perempuan, malu orang tengok...Dah Syaf pergi naik, tinggal aje semua ni. Lagipun dari tadi lagi kamu tolong nenek...Pergi."

"Err...baiklah...Syaf naik dulu ye.."Kalau tadi dia macam berat hati nak naik, tapi sekarang rasa nak terbang terus masuk ke dalam bilik. Semua angkara minah tak tahu malu ni. Eeeee...Lelaki bujang banyak lagi dekat luar tu...Suami aku yang hot tu juga kau nak kan?

"Apa nenek ni..Tak sporting la. Lia gurau aje.."Bengkak juga la hatinya. Baru nak teman Abang Aydeen dekat atas.

"Sporting ke sportrim ke...Peduli apa aku..Dah benda salah, kena tegur. Kalau dibiar takut makin melarat. Nah blend semua bahan ni..."Nek Kalsom bangun dari duduk untuk pergi ke stor.

"Mak...Apa ni....Tak suka la nenek tu..."

"Kamu tu pun satu..Tak reti bersabar ke? Line tak clear pun nak mencuba, padanlah muka!"

"Hish!"Talia memeluk tubuh. Benci!

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now