Part 36

4.4K 137 0
                                    

Apabila pintu bilik dibuka, dia nampak susuk Syafa Adreen hanya duduk di birai katil.

"Reen.."Apabila namanya dipanggil segera dia mengesat air matanya itu. Tidak mahu suaminya perasan.

Pintu bilik ditutup dan dikunci. Lalu dia menghampiri isterinya. Dia nampak isterinya itu menangis.

"Anak-anak dah pergi sekolah ke?"Aku tanya dia.

"Dah..Baru je.."

Aku angguk lalu aku nak bangkit. Tak betah rasanya satu ruangan dengan lelaki ini. Perasaan aku sedang sedih ni. Takut syaitan semakin kuat menghasut. Sebaiknya aku keluar dari bilik ini.

Apabila aku lalu di depan dia, segera lengan ku dipegang.

"Tunggu...Abang nak cakap sekejap..."Dia menarik tanganku agar aku duduk semula di birai katil itu.

"Abang buat Reen menangis ke?"Aku tak pandang dia dan aku hanya menunduk.

"Reen pandang abang.."Dia menyentuh dagu aku lalu dia tolak sedikit agar mataku bertentangan dengan matanya.

"Did I make you cried?"

Aku pejam mata lalu terburai lagi air mata ku. Lelaki ini buat aku tertanya-tanya. Betul ke dia terima aku dalam hubungan ini sebagai isteri atau penjaga semata-mata? Kenapa aku merasa semakin jauh darinya?

"Abang ikhlas ke terima Reen?"
Terluah juga ayat itu.

"Kenapa Reen cakap macam tu? Sebab abang cakap pasal anak tadi ke?"

"Abang taknak ada anak dengan Reen ke? Reen ni tak layak jadi ibu untuk anak abang ke?"

"Hey....Kenapa cakap macam tu? Bukan ke abang pilih Reen sebab anak-anak juga sayangkan Reen? Kenapa Reen cakap Reen tak layak jadi ibu untuk anak-anak abang?"

"Abang buat Reen keliru..."

Sayf Aydeen tenang memandang isterinya. Dia sudah agak yang isterinya akan rasa begitu....

"Kenapa pula..?"Sayf Aydeen bertanya.

"Abang sebenarnya kahwin dengan Reen semata-mata sebab kembar je ke?"...
Kenapalah selepas kahwin baru wujud pemikiran begini? Kalau betul macamana?

"Abang rasa Reen terlalu fikir yang bukan-bukan.... Kalau sebab kembar je abang kahwin dengan Reen, buat apa? Baik abang upah je Reen jadi babysitter anak-anak sampai ke besar."

"Then why you treat me like this? Reen rasa abang jauhkan diri dari Reen..Atau Reen ada buat abang kecil hati? Tell me...Jangan buat Reen rasa keliru macam ni!"

"Reen..."Dia memegang kedua-dua bahuku. Air mata pun dah banyak merembes keluar dari mata.

"Abang kan dah pernah cakap....
Abang pilih Reen sebab anak-anak dah pilih Reen...
Mereka sayangkan Reen dan....A...Abang pun sayangkan Reen....Janganlah fikir bukan-bukan, ye?"

"Betul ke abang pun sayangkan Reen?"

"Ye sayang..."Dia menjawab soalanku lantas terus menarik tubuhku masuk kedalam pelukannya. Please forgive me Reen....Ujarnya dalam hati.

"Tentang anak tu? Abang taknak anak dah ke?" Dalam pelukan aku masih bertanya kepadanya.

"In sha Allah...Kalau ada rezeki kita, abang tak pernah tolak...
Cuma abang tak ready lagi...
Abang trauma Reen....Reen pun tahu kan kisah abang....Bagi abang betul-betul kuat dulu, baru kita bincang soal anak, boleh?"

Aku angguk. Mungkin betul trauma lelaki ini belum pudar. Bayangkanlah, isteri pergi selepas beberapa hari melahirkan kembar.

"Abang tolong jangan lukakan hati Reen....Reen takpernah bagi hati Reen dekat mana-mana lelaki kecuali abang....Reen takut, bila hati Reen hancur....Reen tak mampu nak cantum semula....
I'm never trust other men except you and ayah...."

Rasa bersalah semakin menghimpit diri Sayf Aydeen. Namun, untuk berpatah balik dia sudah tak mampu kerana dia telah melangkah sejauh ini.
Ya Allah, ampunkan aku...
Maafkan abang Reen...

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now