Part 52

4.7K 148 0
                                    

Baru sahaja dia nak menolak pintu bilik. Ada satu tangan sudah menarik lengannya dari dalam. Sayf Aydeen menolak isterinya bersandar ke arah pintu. Pintu bilik dikunci.

"A...Apa awak buat ni?"

"Kenapa naik atas? Miss me?"Dia dengar apa yang Nek Kalsom cakap dekat bawah tadi..Sengaja dia nak bergurau dengan isteri. Eloklah tu, anak-anak pun takde. Keluar dengan Atok Jais pergi kedai.

"Jangan nak perasan eh! Saya nak tengok anak-anak, tepilah!"
Rimas dan sesak nafas apabila sedekat ini dengan Sayf Aydeen.

Sayf Aydeen pandang isterinya dari atas hingga bawah. Kenapa tak perasan eh tadi?

"Abang taktahu pula pakai kain batik pun boleh jadi seksi!"Dia puji ikhlas ye....Isterinya itu hanya mengenakan t-shirt lengan pendek serta kain batik.

"Awak jangan nak mengarut siang-siang ni...Tepilah, anak-anak mana?"

"Diaorang ikut atok pergi kedai...Baru je tadi...."

"Kalau macam tu saya nak keluar...Tepi sikit boleh tak?..."
Aku dah pusing diri untuk keluar. Namun pergerakan ku sekali lagi dihalang apabila aku dikepung oleh Sayf Aydeen.

"Nope.... Give me what I want, and I will let you go.."Sengaja dia berbisik di telinga isterinya itu.

"Tak kuasa saya nak layan perangai awak ni! Saya jerit nanti..!"

"Take it or leave it? Abang tak suka paksa-paksa ni..."Semakin dekat dia menghimpit belakang badan sang isteri.

"Awak nak apa ni Aydeen?"

"Simple....Give me a quick kiss.."

"Eeee...Sorry but no sorry...Suruh la Lia tu kiss awak...."

"Kenapa pula? Lia tu bukan isteri abang....Reen ni hah yang halal kan? Buat apa nak cari yang haram?"

"Saya takda masa lah nak layan perangai awak ni!"Sayf Aydeen memusingkan badan Syafa Adreen menghadapnya kembali. Belakang badan Syafa Adreen bertemu dengan pintu bilik.

"Ouhhh dear...Abang rasa Reen lupa nenek pesan apa dekat bawah tadi...Nenek suruh Reen naik atas teman abang kan? Memandangkan kita berdua tengah free ni...Apa kata kita....Ermm...Kita..."Dia kenyit mata.

"Eeeee...Apa kena dengan awak ni? Tak senonoh..."

"What? Reen fikir sesuatu yang tak senonoh ke? Tsk! Tsk! Tak sangka abang yang Reen ni pervert juga!"

"Aydeen...."Baru sahaja aku nak pukul dada lelaki itu, tetapi bunyi pintu diketuk mematikan niatku.

Tok! Tok!

"Errr...Abang Aydeen...Boleh tak Lia nak jumpa Abang Aydeen sekejap...Ada benda Lia nak tanya..."

Suara orang diluar membuatkan kami berpandangan antara satu sama lain. Datang dah perosak suasana.

"Follow me!"Sayf Aydeen menarik lengan isterinya agar menghampiri meja solek. Bag make-up wanita itu diselongkar.

"Apa awak buat ni? Kenapa selongkar barang saya?"

"I think this one should be okay..."
Dia mengambil objek itu keluar dari bag make-up.

Dengan sebelah tangan dia pakaikan lipstik itu ke mulut isterinya.

"Awak buat apa ni Aydeen?"Puas dia menampar tangan Sayf Aydeen yang mencengkam pipinya. Apabila lelaki itu selesai. Tanpa sempat dia nak muntahkan amarah. Sekali lagi dia dikejutkan dengan tindakan suaminya.

"Aydeen! Apa awak buat ni?"
Apabila tautan terlerai. Segera aku menapak menjauhinya.

"Shhh! Nanti Lia dengar...Tengok apa yang abang akan buat...Shut your pretty mouth or else..."Dia angkat kening sebagai amaran sambil tubuh isterinya itu dia lihat dari atas hingga ke bawah.

Rambut diserabaikan. Dia menghampiri pintu bilik. Setelah itu, pintu bilik dibuka..

"Eh...Lia....Errr..Ada apa eh?"
Sibuk la perempuan ni. Orang nak bermadu kasih pun tak senang.

Talia terbuntang melihat susuk lelaki itu. Rambut serabai..Bibir yang comot dengan lipstik...

"A..Abang buat apa?"Soalan tak cerdik keluar dari mulutnya. Orang gila pun faham apa yang berlaku kalau dah tengok kondisi lelaki itu.

"Buat apa? Maksud Lia?" Sengaja dia buat-buat bodoh.

"Tu..Bibir abang ada lipstik.."

"Hah?"Dia acah-acah lap bibirnya dengan tangan...Terus dia pandang ke dalam bilik. Pintu bilik pun dia buka sedikit je. Muat-muat kepalanya sahaja.

"Sayang! Looked what you've done!.."Syafa Adreen di dalam bilik seakan nak meletop dah ni. Suka hati tuduh aku yang bukan-bukan. Padahal dia yang buat onar. Mulutnya digigit geram.

"Sorry la Lia...Err...Ada apa eh Lia panggil abang? Boleh cepat sikit tak?"

"Err..Takda apa-apalah..Sorry kacau abang.."

"Okay!"

Dum!

Terus ditutup pintu bilik. Padan muka! Kacau aku lagi..

....

"Lakonan abang hebat kan?"Dia menghampiri isterinya yang sedang cuci kesan lipstik tu.

"Awak memang gila!"

"Tak gila mana lah...Okaylah tu, biar dia sedar diri sikit. Takdalah dia nak menyondol abang je!"

"Kenapa? Bukan awak suka ke?"

"Who said that? Abang yakin statement tu tak pernah keluar dari mulut abang...Ke....?"Dia menapak mendekati isterinya.

"Reen jealous?"Dia bisik ke telinga Syafa Adreen.

"Sorry? Talk to my hand!" Dia letak tapak tangannya di hadapan muka Sayf Aydeen.

Sayf Aydeen menarik kuat tangan isterinya dan menyebabkan wanita itu rapat ke tubuhnya.

"Sikit pun tak?"Ujar Sayf Aydeen.

Syafa Adreen dengan berani geleng. Dia tak tahu ke apa yang bermain di minda suaminya itu? Penuh dengan rancangan.

"I felt so hurt...But its okay, I know you can cure me..."Selepas itu bibir isterinya menjadi sasaran. Jika tadi ciuman sekadar untuk menyakitkan hati Talia...Kali ini, ciuman yang dia sendiri mahu...

"Aydeen.."

"Shhh....Just enjoy this moment...."
Lama-kelamaan mereka hanyut dengan dunia yang mereka cipta sendiri. Sedar tak sedar, Syafa Adreen juga membalas.

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now