Part 40

5.1K 150 1
                                    

Apabila terasa tangan sedikit tidak selesa. Syafa Adreen terjaga dari lena. Dia melihat balutan kemas tersemat di tangannya. Terkejut dia apabila melihat wajah lelaki itu begitu hampir dengannya. Automatik, kejadian semalam datang menerpa. Apa guna abang rawat luka Reen, sedangkan ada bahagian lain lagi yang lebih teruk cedera?

Syafa Adreen bangkit dengan perlahan-lahan. Tidak mahu Raina ataupun lelaki itu terjaga dari lena. Jam disisi katil ditilik, sudah pukul 5.30 pagi. Elok dia bersiap untuk subuh dan selepas itu....Dia memusingkan kepala untuk melihat Raina yang masih nyenyak tidur.

"Maafkan ibu....Ibu sayang Raina...."Dia tunduk sedikit untuk mengucup dahi anak itu. Bibir digigit agar tiada tangisan yang keluar. Dia turun dari katil dan keluar dari bilik Raina, ketika ingin ke bilik Sayf Aydeen, dia sempat singgah di bilik Raikal. Perkara yang sama juga dia buat kepada Raikal. Dia tunduk dan mencium dahi Raikal. Ibu sayang Raikal juga...

Alarm yang berbunyi berjaya mengejutkan Sayf Aydeen dari lena. Entah bila masa dia terlena. Sakit badan-badannya apabila tidur dalam keadaan begitu. Matanya terus tertacap pada katil. Hanya ada tubuh anaknya sahaja. Reen?

Segera dia bangun dan keluar dari bilik ini. Baru beberapa tapak dia sudah terdengar suara mama dari bawah.

"Kamu nak kemana Syaf bawa beg bagai ni?"

"Ma..Pa...Syaf minta maaf...Tapi tolong bagi Syaf ruang dan waktu...Syaf...Syaf tak kuat..."

"Tunggu cerah sikit nak....Kat luar tu gelap lagi.."Manakan tidak..Baru pukul 6.15 pagi..
Matahari pun belum terbit.

"Apa dah jadi dengan kamu dan Aydeen ni...Tak boleh ke bawa berbincang? Kesian dekat anak-anak.."Mama masih lagi cuba memujuk.

"Syaf minta ampun sangat-sangat..Tapi Syaf kena pergi sekarang, nanti budak-budak bangun lagi susah..."

"Reen!"Panggilan itu datang dari arah tangga. Dengan kadar segera dia mencium tangan mentuanya. Dia kena pergi sekarang juga.

"Tunggu Reen!"Panggilannya tidak diendah oleh isterinya.

Syafa Adreen mencampak sahaja beg bajunya ke dalam kereta Mini Coopernya. Baru sahaja dia nak menutup pintu kereta, ada tangan yang menghalang.

"Reen..Tunggu, kita bincang.."

"Saya takda apa nak bincang dengan awak...Lepas!"

"Reen..Dengar abang...Kita berbincang dulu...Tak sayang dekat anak-anak ke?"

Satu senyuman sinis terbit di bibir. Itu yang dia risaukan? Memang dari mula aku ini hanya isteri atau lebih tepat penjaga kepada anak-anaknya sahaja.

"Siapa awak nak ukur sayang saya pada mereka? Awak ingat saya boleh hadap ke muka awak lepas saya tahu tujuan sebenar awak kahwin dengan saya? Awak ingat saya boleh buat bodoh je ke?"

"Okay...Okay....Abang tahu Reen tengah benci dan marahkan abang sekarang....But please..
Jangan tinggalkan anak-anak...
Reen pun tahu macamana mereka sayangkan Reen?"

"Awak ni tak faham bahasa ke? Lepaskan pintu ni!..."Aku bergelut dengannya dan tanpa sengaja aku tertepis kuat sehingga menyebabkan luka ditanganku berdarah kembali.

"Aucchh!"

"Reen..."Terlepas pegangan pada pintu kereta apabila mendengar isterinya mengaduh. Dengan kesempatan itu, Syafa Adreen menutup pintu kereta lalu minyak ditekan.

"Reen...Dengar dulu cakap abang Reen...Reen...!"Puas dia menahan namun isterinya tetap berlalu.

"Arrghhh...You are stupid Aydeen!! Stupid!!"

....
TBC
....

DUDA [Dia Untuk Diri Aku]Where stories live. Discover now