F | E : 1

25.6K 441 8
                                    

KLIA 2

Tiba sahaja di KLIA 2, terus Athea memarkirkan kereta di tepi dan berlari keluar dari kereta menuju ke pintu utama KLIA 2. Dia sudah lambat untuk menjemputnya adiknya.

Sampai di balai ketibaan, semua penumpang dari New York ke Malaysia masih belum keluar. Dia melepaskan nafas lega. Athea mencari kerusi kosong. Selepas dijumpai terus dia melabuhkan punggung nya di situ.

Haaa..lega!

Kaki nya terasa sakit. Nanti malam mesti lenguh. Pandai-pandai lah dia suruh Eva urutkan kaki dia.

Setelah menunggu selama 20 minit, akhirnya Eva keluar dari pintu. Athea melambaikan tangannya kepada Eva.

Eva yang melihat lambaian kakaknya terus tersenyum dan berjalan lebih laju lagi untuk mendapatkan kakaknya.

Sampai di depan Athea, Eva terus sauk badan kakaknya masuk ke dalam pelukan. Dia menggoyang-goyangkan badan ke kiri dan ke kanan.

"Kakkkkk, aku rindu kau sangat..." Kata Eva selepas dia melepaskan pelukan.

"Tahu dah... Ada hadiah tak untuk aku?" Tanya Athea saja ingin mengusik adiknya. Yalah, dah seminggu kot tak jumpa.

Adiknya itu model al-maklum lah kerja sebagai model itu seperti apa.

"Don't worry, kak. Your gift..is here." Eva mengetuk-ngetuk beg pakaiannya kepada Athea.

"Kau sihat kak? Butik kau macam mana?" Sambung Eva lagi.

"Alhamdulillah sihat. Butik aku pun okay. Cuma haritu ada problem sikit. Tapi, dah settle." Eva mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham apa yang dikatakan oleh kakaknya ini.

"Jom balik. Aku penat lah kak. Duduk dalam flight tu lama sangat. Naik kematu bontot aku." Eva menunjukkan riak rasa sakit bontot nya itu. Padahal tiada apa pun. Saja.

"Cakap pasal sakit..nanti malam kau urut kaki aku. Lenguh dah ni. Aku berlari masuk tahu tak tadi? Aku ingat, aku dah lambat nak ambil kau." Beritahu Athea dengan nada serius.

"Yalahhhh." Pasrah saja bunyi nya. Terus Eva sauk lengan Athea dibawa peluk. Mereka berjalan bersama keluar dari bangunan itu. Hari ini agak ramai juga. Maka, ada lah sesaknya.

Keluar sahaja terus melilau mata Eva mencari kereta mini cooper kesayangan kakaknya.

"Mana kereta kau kak?" Tanya Eva. Matanya masih melilau sana sini.

"Tulah ngok. Depan mata kau je." Athea menekan punat kunci untuk unlock.

"Eh. Hehehhe. Oi kak, jangan tinggal aku." Berlari dia mengejar Athea dengan memakai heels nya lagi. Pandangan orang sekeliling dihiraukan sahaja. Biaq pi lah. Bukan aku ganggu diaorang pun.

Selepas meletakkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta Athea. Mereka terus laju meninggalkan airport dan menuju pulang ke rumah.

"Kak. Umi dengan babah sihat?" Tanya Eva memecahkan kesunyian.

Athea memandang sekilas wajah adiknya itu. Dia tahu pasti adiknya rasa bersalah kerana pergi ke New York tanpa izin dari umi dan babah mereka.

"Alhamdulillah sihat. Adik risau umi dan babah marah adik?" Soal Athea bila melihat wajah kerisauan yang timbul di muka Eva.

Eva tidak menjawab tapi, dia hanya mengangguk. Macam mana lah dia nak berdepan dengan kedua orang tuanya ini? Dah lah pergi tak bagitahu. Haihhh.

"Umi dan babah marah tapi, takde lah sampai nak mendera anak atau menghalau. Jangan risau lah. Ini tadi umi tahu kakak nak ambil adik pun..umi suruh balik cepat-cepat. Katanya dah rindu dengan anak bongsu dia ni. Dengan babah pun jangan takut. Babah tu hari-hari rindu adik. Kakak selalu nampak babah usap gambar adik dekat telefon babah." Beritahu Athea pada adiknya. Dia tak nak Eva terlalu memikirkan yang umi dan babah mereka marah terhadapnya. Padahal itu semua sebaliknya.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now