Firash berjalan masuk ke dalam satu kafe bersama dengan Qais. Dia mencari satu susuk tubuh di setiap sudut kafe tersebut.
Setelah dijumpai, Firash berjalan mendekati ke arah figura tersebut. Qais mengikuti dari belakang dengan senyap. Dia takut nak menegur Firash sekarang lagi-lagi bila melihat wajah sepupunya ini bengis semacam.
"Sarah." Tegur Firash.
Sarah memalingkan kepalanya memandang lelaki yang menyebut namanya. Teruja wajah dia bila melihat Firash berada di hadapannya sekarang ini.
"Firash. This is you, Firash right?"
"Habistu kalau bukan aku siapa? Hantu raya?"
"No. I just suprise to see you. Have a sit." Sarah mempersilakan Firash untuk duduk. Tersenyum manis dia melihat Firash tapi, jelingan tajam diberi pada Qais.
Qais yang perasan akan jelingan itu sudah membuat muka jelek pada Sarah. Tak suka betul dia dengan perempuan ni. Dia datang sini pun sebab nak temankan Firash je. Kalau, tidak memang takde maknanya lah dia nak jumpa nenek kebayan ni.
"You apa khabar? Lama kan kita tak jumpa? Anak kita sekarang macam mana? I teringin sangat nak jumpa anak kita." Ceria suara Sarah.
Raut wajah Firash tak usah dikata bila mendengar Sarah menyebut soal 'anak kita'. Tajam sahaja pandangan yang dilemparkan buat Sarah.
"Anak kita? Since when are we having a baby together?" Sarkastik soalan Firash buat Sarah.
"Luthfi. Luthfi kan anak kita.." Belum lagi Sarah sempat menghabiskan kata-katanya. Firash mencelah.
"Kau jangan nak sebut tentang anak aku dengan mulut kotor kau." Keras nada suara Firash.
"Sayang.." Sarah mahu mencapai tangan kiri Firash yang berada di atas meja. Tapi, ditepis kasar oleh Firash.
"Kau tak payah nak bersayang dengan aku. Jijik aku dengar. Dan lagi satu, jangan sentuh aku."
"Sayang sampai hati you. You tak ingat ke semua kenangan manis kita? You love me. I love you. We love each other. Luthfi tu hasil dari cinta kita." Lirih sahaja suara Sarah. Qais dah rasa nak muntah sekarang ni.
"Uwerk.." Tajam mata Sarah merenung Qais.
"Geli taik telinga aku dengar. Hasil cinta konon. Hak tuih." Qais pura-pura mengorek telinga dan meludah.
"Firash. Yang you bawa lelaki tiga suku ni kenapa? Ni nasib dia sorang je. Kalau, you bawa lagi seorang tu memang hancur lah." Geram Sarah dengan Qais.
"Aku ikut ni sebab aku nak lindungi sepupu aku ni dari makhluk durjana macam kau. Kau ni bukan jenis manusia bertalam dua muka. Tapi, bertalam-talam muka kau tu." Kutuk Qais dengan wajah menjengkelkan.
Makin sakit hati Sarah. Rasa macam nak tumbuk je muka Qais ni.
"Kau tak payah nak cakap Luthfi tu anak kau. Dia cuma anak aku seorang je. Cinta? Kau cintakan aku ke? Sedangkan budak tu dulu pun kau nak gugurkan. Tu kira nasib aku dapat tahu. Kalau, tidak memang kau dah gugurkan betul. Kau tak payah nak soal cinta dengan aku. Kau sendiri pun curang." Bersuara Firash setelah lama berdiam membiarkan Qais membidas dan mengutuk Sarah.
"Apa you cakap ni? I sayang Luthfi. Isteri baru you tu bukan baik pun. Dia tak ikhlas terima Luthfi. I ni mommy kandung dia."
"Kau jangan nak sebut tentang isteri aku bukan-bukan. You don't know her."
"I ni baik untuk you. Dia tak baik Firash."
"Kalau, baik sangat tak lah sanggup sampai nak buang anak." Menyampuk Qais.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomansaTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...