Eva keluar dari biliknya dan dia mendengar suara babah dan umi sedang bersembang dengan seseorang. Sakan bergelak tawa lagi.
Dia turun dari tingkat atas dengan memijak setiap takah anak tangga dengan berhati-hati. Semakin dia mendekat, semakin dia mengenali suara itu.
'Asal macam pernah dengar eh suara ni?' Kata Eva dalam hati.
Dia berjalan mendekat ke ruang tamu dan dia hanya dapat melihat bahagian belakang badan lelaki itu sahaja. Tapi, dari belakang badan pun macam kenal. Siapa eh?
"Hah turun dah anak umi ni. Adik meh duduk sini." Panggil umi menyuruh mendekat untuk duduk di sebelahnya.
Eva berjalan mendekat dan melabuhkan punggung di sebelah uminya. Bila dia memalingkan sahaja wajah ke arah 'tetamu' umi dah babah..
Zap!
Jantung dia terhenti seketika. Matanya membulat besar. Ni betul ke apa yang dia nampak ni? Dia tidak bermimpi kan? Eva menggosok-gosok matanya beberapa kali. Tapi, masih sama. Eva memandang ke arah uminya.
"Umi. Cubit adik." Suruh Eva.
"Hah? Kamu dah kenapa nak suruh umi cubit?" Tanya umi pelik dengan perangai anaknya ini.
"Cubit lah." Arah Eva lagi.
Umi mencubit lengan Eva kuat. Umi pulas sehabis baik. Menjerit Eva di tengah-tengah ruang tamu.
"Ahhhhhhh!!! Umi sakit! Wahhhh. Ambil kesempatan nampak?" Eva menggosok-gosok lengan kanan yang dicubit umi tadi.
"Tadi adik yang suruh umi cubit kan?"
"Memang lah..tapi, jangan lah kuat wahai Datin Sri Nafisah. Tu macam personal sangat cubitan umi tu." Sudah. Bergaduh pula dua beranak ni.
"Mana ada. Tak baik menuduh." Umi masih lagi membela diri. Umi memang dah lama pendam nak cubit anaknya ini. Tapi, sebab sayang dia tak sampai hati. Bila dah disuruh ni memang kesempatan emas buat umi lah.
"Ha sudah. Hishhh lah emak dengan anak pun. Tak malu ke tu bertekak depan Firash?" Kata babah menghentikan umi dan Eva. Bukan dia tidak tahu. Ini kalau dibiarkan memang melarat lah.
Firash pula hanya memerhati sahaja. Dia tersenyum melihat kedekatan Eva dengan kedua orang tuanya. Kelakar dia tengok Eva dengan umi.
Eva baru tersedar akan itu. Umi cubit tadi sakit. Maknanya dia tidak bermimpi di petang hari. Memang Firash yang dia nampak. Tapi, apa yang dia buat dekat sini?
"Maaf lah ya Firash. Diaorang dua ni memang macam ni. Ni belum ada Athea. Kalau, bergabung 3 orang ni. Memang riuh sekampung lah rumah ni." Kata babah.
"Eleh tu sebab babah takde geng kan?"
"Siapa kata takde? Babah dah ada geng lah."
"Siapa?
"Ni Firash. Dia kan menantu babah. Jadi geng babah lah." Babah menunjuk Firash. Firash pula tersenyum mengangkat kedua alisnya beberapa kali.
"Sejak bila pula dia jadi menantu babah? Belum lagi ehhhh." Menyampah pula dia tengok muka Firash. Annoying!
"Aku sejak sampai lagi dah jadi menantu babah." Firash bersuara perlahan sambil tersenyum senget pada Eva. Eva yang mendengar hanya menghadiahkan jelinga tajam.
"Babah bagi dia panggil babah dengan panggilan babah ke?" Tanya Eva dengan tak puas hati.
"Ya. Kenapa? Tak boleh?"
"Mana bolehhh. Babah adik punya sorang je." Cebik bibir Eva. Tiba-tiba, muncung bibirnya ditarik oleh umi.
Umi, babah dan Firash sudah ketawa. Tak tahan tengok muka Eva bila muncungnya ditarik. Eva pula dah masam mencuka. Eeee..ni memang memalukan aku ni. Yang dia ni pun ikut gelak kenapa? Buat-buat tak nampak sudah lah.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...