F | E : 46

9K 286 4
                                        

Eva menemani Athea yang berada di dapur. Athea disuruh umi untuk mencuci pinggan, mangkuk semua. Eva pula hanya duduk di atas kerusi memerhati kakaknya dari belakang.

Dia lagi menikmati air bandung cincau dia. Athea buat banyak air tu. Katanya biar Eva minum sampai muak.

"Kak." Seru Eva.

"Ya."

"Kau macam mana dengan abang Fizi? Okay tak lepas dah jadi suami isteri ni?" Tanya Eva. Kepoh.

"Alhamdulillah, okay. Abang Fizi kau tu baik. Jangan risau lah." Kata Athea selepas selesai mencuci semua pinggang dan mangkuk kotor.

"Baguslah. Aku tahu abang Fizi boleh jaga kau pastu layan perangai bengong kau ni. Mana ada lelaki lain lagi yang sanggup. Kau dah lah macam cacing kerawit."

"Kurang asam masin betul punya adik. Kalau, aku cacing kerawit kau tu gajah."

"Kau nak cakap aku gemuk?"

"Memang pun."

"Aku mengadu dekat laki aku."

"Kau ingat kau sorang je ada? Aku pun ada lah."

"Dik. Firash baik layan kau? Pernah dia tinggi suara dengan kau? Pernah dia naik tangan? Dia ada tengking kau tak? Dia ada marah-marah kau tak? Dia.." Mulut Athea disumbat roti kacang oleh Eva sebelum dia menyudahkan semua pertanyaannya.

"Banyak tanya lah kau ni kak. Dia layan aku baik sangat. Tak pernah sekali ya tinggi suara ke marah ke pukul ke tengking ke semua tak pernah. Dia sayang aku, dia timang aku lagi ada lah." Jawab Eva.

Athea menelan roti tadi masuk ke dalam perutnya. Terkejut juga tadi dia bila tiba-tiba Eva sumbat roti tu.

"Kalau aku tercekik tadi pastu mati memang hidup kau, aku hantui sepanjang hayat." Spontan Athea.

"Iyo iyo lah." Balas Eva sambil mengangguk kepala berkali-kali.

"Best tak pregnant?"

"Best sangat kak. Satu pengalaman yang baru bagi aku. Setiap kali baby tendang perut mesti lah rasa sakit tapi syukur dan gembira tu tak terkata kak. Kakak cepat-cepat lah." Ucap Eva dengan gembira sambil mengusap lembut perutnya.

"Boleh kakak pegang tak?"

"Boleh. Pegang lah."

Athea memegang perut Eva dan diusap lembut. Tak lama selepas itu, terbit senyuman di bibir Athea bila bayi di dalam perut Eva menendang.

"Dia respon kakak lah adik." Kata Athea.

"Dia tahu mak long dia yang pegang. Baby said heyyo mak yong." Tutur Eva dengan membuat suara budak kecil.

"Jom lah pergi depan. Duduk dekat dapur lagi buat apa." Athea membantu Eva untuk bangun dan memimpin mak buyung ni ke ruang tamu.

Dapat mereka lihat, yang lain lagi sedang berbual dan bergelak tawa. Luthfi pula dah terbongkang tidur. Kepalanya dilabuhkan di atas paha umi.

"Siap dah?" Tanya umi.

"Beres semua bu." Jawab Athea dengan bahasa Indonesia.

"Adik tu duduk sebelah Rash. Banyak sangat berjalan."

"Alah. Dah lama tak balik. Itu yang nak berjalan je. Lagipun jalan dalam rumah." Kata Eva dengan terkedek-kedek berjalan ke Firash.

Firash pun dengan tangkas mendapatkan isterinya yang macam penguin ini. Dia mendudukkan Eva di sebelahnya secara perlahan.

"Nanti malam memang Rash kena urut lah kaki dia tu."

"Memang tiap malam umi, Rash urut. Dia ni kadang duduk saja pun boleh naik bengkak kakinya." Beritahu Firash dengan mengurut bahu Eva.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang