"Mommy, Luth nak naci petak tu lagi." Kata Luth menunjuk ke arah ketupat yang sudah siap dipotong dan masuk ke dalam mangkuk.
"Nak lagi? Meh pinggan." Eva mengambil pinggan Luthfi dan meletakkan beberapa potongan ketupat di dalam pinggan.
"Nah. Nak kuah kacang tak?"
"Nak." Eva mencedok kan sedikit kuah kacang ke dalam pinggan Luthfi. Kuah kacang ni pedas. Budak ni pula tak tahan pedas. Eva mengalihkan pandangan memandang Hafiz yang sedang sedap makan lontong sambil disuap Anisa.
"Sedap dia makan lontong tu."
"Favourite Apis. Dia punya request lah ni suruh buat lontong. Katanya tok mi dia dah lama tak masakkan dia lontong. Siap berdrama air mata lagi kalau kau nak tahu.." Beritahu Anisa.
"Lah. Ya ke? Lepas ni Apis datang rumah mommy..mommy masakkan lontong buat Apis. Nak tak?"
"Nak, nak, nak. Mama boleh kan Apish pergi rumah mommy?" Teruja suara Hafiz dan bertanya pada Anisa.
"Boleh sayang. Nanti suruh je papa hantar." Kata Anisa lembut dengan membelai lembut rambut Hafiz.
"Kak long, kak ngah." Tegur Sofia dengan senyuman.
"Hai Fi. Dari mana ni?" Tanya Eva bila baru melihat kelibat adik iparnya ini.
"Dari atas. Baru siap mandi. Tadi melengas sangat."
"Minta maaf lah sebab tak datang awal tolong-tolong. Kalau, ikutkan pagi-pagi dah sampai. Tapi, Firash lah. Boleh pula dia ada kerja last minute. Dah kena pergi office dia settle kan kerja dia dulu." Ucap Eva jujur.
"Takpe lah kak ngah. Lagipun, kak ngah bukan datang dengan tangan kosong. Siap buat egg tart dengan creampuff lagi. Sedap kak ngah. Tadi Fi rasa dekat depan." Kata Sofia dengan ceria.
"Ya ke sedap? Ke nak bodek kak ngah? Cepat cakap nak apa?"
"Handbag Gucci yang baru keluar limited edition tu satu." Terletus ketawa Anisa, Eva dan Sofia.
"Boleh. Guna black card angah." Seloroh Eva.
"Jangan lupa untuk aku satu. Nak juga." Sampuk Anisa. Mahu juga tu.
"Boleh, boleh. Don't worry. Seorang satu nanti aku belikan. Alright?"
"Alright.." Serentak Anisa dan Sofia berkata. Siap buat thumbs-up lagi.
"Mengikis harta suami rupanya." Tiba-tiba ada suara gagak hitam menyapa mereka.
"Eh Thalia. Apa maksud kau mengikis harta suami ni? Siapa yang kikis?" Soal Sofia dengan menjelekkan wajahnya.
"Lah..siapa lagi. Perempuan sebelah kau ni lah. For your information, perempuan ni dia kahwin dengan abang Rash cuma nak kikis duit abang Rash je."
"Dia nak kikis ke apa ke..suka hati dia lah. Duit suami dia. Masalah bagi kau?" Tanya Anisa pula.
"Masalah lah. Kesian abang Rash sebab dapat perempuan mata duitan macam ni."
"Kau silap ni. Yang mata duitan tu engkau." Sarkastik Sofia membalas.
"Kau dengki kan sebab tak dapat Firash? Yalah..dari dulu kot mengorat tapi tak dapat. Try hard sangat kau ni." Perli Anisa.
"Aku ni tak perlukan pun duit suami aku. Aku sendiri pun ada harta aku. Tapi, bila dah suami bagi ni..kita kena manfaatkan. Ini salah satu dari nafkah juga. Faham?"
"Nafkah ke tamak?" Kasar suara Thalia.
"Tengku Thalia..rugi lah kan kalau kita tak gunakan kemewahan yang suami dah bagi. Kita jadi isteri ni kikis lah duit suami sebanyaknya. Takut nanti ada perempuan lain pula yang datang mengikis."
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
Roman d'amourTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...