Semalam selepas sahaja habis majlis, mereka sekeluarga menginap di hotel. Baru hari ni semuanya bergerak balik ke KL.
Hanya Eva dan Firash sahaja yang masih lagi di Johor. Termasuk Luthfi. Dia tak nak langsung berpisah dengan mommy dia. Haih ini budak.
"Umi." Panggil Eva bila dia melihat umi yang sedang berada di dapur seperti tengah mengacau sesuatu di dalam periuk.
Umi memusingkan kepalanya memandang anak perempuan bongsunya ini. Umi tersenyum bila melihat Eva berjalan mendekati dia.
"Ya anak umi. Kenapa?" Tanya umi dengan lembut.
"Mana babah, Firash dan Luth? Takde pun dekat depan. Rumah pun senyap je." Tanya Eva bila tidak mendengar keriuhan di dalam rumah.
"Firash dengan Luthfi ikut babah pergi kebun. Saja babah bawa diaorang pergi sana. Luth pun beria-ria dia mengajak babah pergi kebun. Katanya dekat KL takde." Tersengih umi bila mengingatkan gelagat Luthfi yang meminta babah untuk bawa dia ke kebun. Siap bergesel manja dekat paha babah.
"Ohh..umi masak apa tu?"
"Umi tengah masak bubur jagung. Luth minta tadi. Siap kelip-kelip mata dengan umi. Tak tahan umi dengan kecomelan dia tu. Puas umi gomol-gomol dia tadi." Beritahu umi dengan tergelak kecil.
"Hmm tak best lah kakak takde. Biasanya dia balik lambat. Tetiba pula nak balik awal." Kata Eva dengan memuncungkan bibirnya. Biasanya masa-masa macam ni dia kacau Athea. Memang meriah lah rumah ni dengan suara dua beradik ni je.
"Adik. Umi nak tanya sesuatu boleh?" Umi meminta izin untuk bertanya. Mana tahu soalan umi ini mungkin akan membuat hati Eva tersinggung.
"Boleh. Tanya je lah. Macam tak biasa pulak umi ni. Tak selalu nak minta-minta izin. Biasanya terjah je." Eva mendekatkan wajahnya ke periuk untuk mengambil bau bubur jagung. Hmm..sedap!
"Kamu dengan Firash ada masalah ke?" Terdiam Eva bila mendengar soalan umi. Dia merenung wajah umi sekilas dan memberi senyuman kecil.
"Takde lah. Kenapa umi tanya macam tu?"
"Entah lah. Cuma, umi rasa macam ada sesuatu je. Kamu ada buat apa-apa yang sampai menyinggung perasaan suami ke?"
"Mana ada buat apa-apa. Kitaorang pun baru je kahwin. Tak sampai seminggu lagi umi."
"Yakin?"
"Ya umi..yakin."
"Kalau, takde baguslah. Cuma umi nak pesan. Kita bila dah jadi isteri ni tolong jaga batas kita dengan semua lelaki. Jaga maruah diri, maruah suami dan maruah keluarga. Apa-apa kita nak buat, nak pergi mana dan semuanya lah kena minta izin suami. Dapatkan redha dari dia. Ada redha dari suami maka, ada lah redha dari Allah juga. Kalau, suami tak redha maka, Allah pun takkan redha. Ingat tu baik-baik. Tapi, kalau adik ada buat salah pada suami bawa bincang dan minta maaf. Dalam hidup berumah tangga kena pandai bertolak ansur. Harus ada kejujuran dan kepercayaan." Nasihat umi panjang lebar pada Eva.
Eva menggigit bibirnya menahan rasa mahu menangis. Dia berfikir jika dia ada berbuat salah pada Firash. Lagipun, Firash memang layan dia biasa cuma dia rasa ada kekurangan sikit pada layanan Firash terhadapnya.
Langsung tubuh umi dipeluk erat oleh Eva dari belakang. Dia menahan dari mengeluarkan bunyi tangisan. Takkan lah suami dia marah sebab malam tadi?
"Assalamualaikum.." Tiba-tiba, Firash memberi salam bila dia sudah melangkah masuk ke dapur.
Dapat Firash lihat yang isterinya sedang memeluk umi. Wajahnya juga dipalingkan dari memandang Firash. Pelik Firash jadinya. Ada apa-apa ke?
"Waalaikumussalam. Haa, Rash. Kamu sorang je ke? Babah dengan Luth mana?" Umi menjawab salam Firash dan Eva juga turut menjawab tapi, perlahan sahaja suaranya.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...